Isnin, 15 Januari 2018

Datuk Mohd Azmi Ali

Bersama Datuk Mohd Azmi Ali, MB Selangir 
di Majlis Perkahwinan anak Pyanhabib.



Khamis, 11 Januari 2018

Roslan Madun - Aminah Mokhtar

Selamat berbahagia melayari alam rumah tangga kepada Encik Roslan Madun dan Puan Aminah Mohktar.

Isnin, 8 Januari 2018

Daki Gunung Bromo


Gunung Bromo merupakan antara gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Gunung ini terletak di Jawa Timur dalam empat wilayah kabupaten, iaitu Kabupaten Pronolinggo, Kabupaten Pasuruan, Kabupaten Lumajang, dan Kabupaten Malang.
       Bromo berkamsud 'Brahma' dalam bahasa Tengger. Gunung Bromo berada di bawah jagaan etnik Tengger yang mendiami sekitar kawasan kaki gunung.
      Ketinggian Gunung Bromo ialah 2,329 meter dari aras laut.
       Pengunjung boleh menaiki jip hingga ke kawasan lautan pasir di kaki gunung, dan kemudian menaiki kuda atau berjalan kaki hingga ke kawasan tangga. Seterusnya, pengunjung perlu mendaki anak tangga hingga ke puncak.
    Luas lautan pasir sekitar 10 kilometer persegi.
    Semasa saya melawat dan mendaki Gunung Bromo pada 28 Oktober 2017, kelihatan asap yang keluar daripada kawahnya. Permukaan kawah tidak kelihatan kerana ada seakan batu besar atau tanah menutup permukaan kawah. Hanya asap kelihatan keluar daripada sekeliling batu tersebut.
     Dari kawah itu terdengar bunyi mengaum yang kuat. Bunyi ngaumannya seakan orang memamah sesuatu dengan mulut tertutup.
     Bunyi ngaumannya amat menakutkan. Apalagi, kita berada di atas tebing puncak yang tirus (tajam) dan pengunjung pula terpaksa berhimpitan. Hati kecil saya berbisik, 'Jikalau aku tergelincir tidak ada siapapun yang dapat menolonga.'