Selasa, 16 Disember 2014

Isnin, 17 November 2014

Rawatan Gout

Rawatan penyakit gout secara tradisiona

Lazimnya penyakit gout menyerang ibu jari kaki. Ada juga yang menyerang sendi lutut. Menurut Wikipedia, rawatan penyakit gout secara tradisional boleh dilakukan dengan tiga cara. 1.) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang. 2.) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali (Biji buah durian juga boleh digunakan sebagai ganti anak pokok durian dan akarnya. Kemudian rebuskan (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam dimakan. 3.) Ambil beberapa helai daun pandan dan rebuskanya. Minum air rebusan tersebut.Amalkan 2 kali seminggu. Cara rawatan tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout

M. Nasir

Tahniah kepada Datuk Mohd Nasir bin Mohamad (M. Nasir) kerana dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif) oleh Universiti Utara Malaysia. Anugerah disampaikan oleh Canselor Universiti Utara Malaysia, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena Konvokesyen UUM Ke-27 pada 8 November 2014. Sesungguhnya, anugerah itu tepat dengan penerimanya.

Rabu, 5 November 2014

Kepakaran


Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Balia Yusof Wahi dalam menyampaikan keputusan rayuan Dr Arwira Abdul Aziz menyatakan bahawa pensyarah dan ahli akademik sepatutnya menumpukan perhatian mereka terhadap kebajikan penuntut masing-masing (Utusan Malaysia, 22 Okt. 2014). 

Manakala Prof Dr. Syed Muhammad Naquid al-Attas (dalam Dewan Budaya) menyarankan agar, "Letak masing-masing pada tempatnya." 

Kedua-dua pandangan ini merujuk kepada tanggungjawab ahli akademik terhadap dirinya dan pelanggannya.Tentunya yang dimaksudkan 'perhatian' dan 'letak' itu merujuk kepada kepakaran ahli akademik berkenaan. 

Malangnya, 'letak masing-masing pada tempatnya' tidak menjadi tonggak penempatan pensyarah di IPG.Ramai yang berkelulusan dalam bidang A, tetapi mengajar dalam bidang B.

Jumaat, 31 Oktober 2014

Misbun Sidek

Dato' Dr. Haji Misbun Sidek
Tahniah kepada Dato' Hj. Misbun Sidek kerana dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains (Pembangunan Insan) daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sempena Majlis Konvokesyen Ke-14, di Batu Pahat, Johor. Ijazah telah disampaikan oleh Pro-Canselor UTHM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor). 

Penganugerahan ini tepat dengan penerimanya yang banyak berjasa kepada negara, khususnya dalam bidang sukan badminton. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai pemain, malahan juga beliau berjaya sebagai jurulatih (caoching), dan pengurus Kelab Badminton Nusa Mahsuri.  

Khamis, 30 Oktober 2014

Makna Tayar


Setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. Sesiapa perlu memahami maklumat ini sebelum membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. Sila teliti makna nombor yang tercatat pada tayar kereta anda.
 
Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya jika lebih besar nilai angka maka lebih lebar tayar itu. Nombor 70 merujuk nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Isnin, 27 Oktober 2014

Buku 'Morfologi - Sintaksis' Karangan Asmah Haji Omar

Buku MORFOLOGI - SINTAKSIS BAHASA MELAYU (MALAYA) DAN BAHASA INDONESIA: SATU PERBANDINGAN POLA ini merupakan karangan Asmah Binti Haji Omar, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah Siri Pengetahuan Bahasa dan Sastera DBP Bil. 15 dan diterbitkan pada tahun1968. 
 
Kandungannya membandingkan dua bahasa Melayu dari aspek morfologi (khususnya morfim) dan sintaksis (khususnya kata tugas, rangkai kata, ayat dan tranformasi ayat). 
 
Pengarang merumuskan bahawa morfim inventaris bahasa Melayu (BM) dengan bahasa Indonesia (BI) adalah sama, namun cara penggunaannya berbeza. Demikian juga berkenaan sintaksis. Polanya juga sama, namun cara pemakainnya adalah berbeza. 
 
Buku setebal 60 halaman ini sesuai untuk merujuk aspek morfim kerana tajuk yang sedemikian amat jarang dibicarakan secara khusus.

Rabu, 8 Oktober 2014

Ketupat Isteri



Sempena menyambut Aiduladha pada tahun ini, isteri telah masak ketupat berintikan sambal daging. Oh, rupa-rupanya, pandai juga isteriku masak ketupat!

Bersama Abu Hassan Morad dan A. Kadir Ibrahim

Bergambar kenangan bersama-sama dengan penulis novel Julia, Tuan Haji Abu Hassan Morad (kiri), dan penulis cerpen dari Provinsi Kepulauan Riau, Saudara A. Kadir Ibrahim (kanan).

Cerita Teladan



Cerita ini saya ambil dari FB, kerana tertarik dengan teladannya. Dipaparkan sebagai peringatan dan teladan kepada saya dan pembaca.

Wanita Cashier itu berkata, "Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pulanglah  ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang ke dalam troli, memandang wanita cashier itu dan membuka purdahnya. Ternyata dia wanita kulit putih bermata biru, lalu dia berkata, "Aku wanita Perancis asli. Begitu ayah dan nenekku. Ini adalah pakaian agamaku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.”

Rabu, 1 Oktober 2014

Keturunan Ke-7 Raja Haji

Bergambar kenangan dengan Raja Syukri Bin Raja Zainudin, keturunan ke-7 Raja Haji Fisabilillah.   

Khamis, 25 September 2014

Hero-Hero Malaya

Gambar dirakam dilokasi Stesen LRT Pasar Seni di tebing Sungai Kelang.         

Awan

Rakaman awan bersinar melalui pesawat MAS, pesawat terakhir saya sekeluarga naik semasa berkhidmat di IPG Kampus Tawau, Sabah.

Jumaat, 19 September 2014

Kapal Terbang

Menaiki kapal terbang bukan cita-cita aku. Tidak pernah aku berangan. Mungkin disebabkan kemiskinan keluarga menyebabkan kami tidak pernah bercita-cita akan menaiki kapal terbang pada suatu masa nanti. Namun, kebesaran Tuhan mengatasi. Telah terlalu banyak yang Allah beri kepadaku. Salah satu ialah menaiki kapal terbang. Terutama, ketika aku berkhidmat di Kelantan dan lebih-lebih lagi ketika berkhidmat di Sabah. Seluruh ahli keluargaku dapat merasai naik kapal terbang MAS dan AirAsia. Terima kasih Allah. Alhamdulillah.

Rabu, 17 September 2014

Hadiah

Dapat hadiah kategori Pakaian Terbaik Pelatih Lelaki, 
sempena Majlis Sambutan Hari Raya PDPK 2014

Pasu Mangkuk Tandas

Sering kita jumpa mangkuk tandas terpakai dibuang begitu sahaja, namun tidak demikian di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Mangkuk tandas terpakai telah dijadikan pasu bunga. 

Saya pernah terbaca, di sesetengah tempat, mangkuk tandas sebegini telah dijadikan bangku rehat, bangku tempat perbincangan. Malah, ada yang menjadikannya bangku meja makan.

Apapaun, terpulanglah kepada kita memanfaatkannya.

Sabtu, 23 Ogos 2014

al-Fatihah

Selamat kembali ke tanah air kepada 20 jenazah yang menjadi mangsa nahas MH17 MAS yang ditembak di Timur Ukraine. Semoga amalan kalian diterima Allah dan damai bersemadi di negara sendiri. Kepada keluarga mangsa, penantian anda telah selesai. Sedih anda telah bertanda. Saya juga berasa sedih dan duka kepada keluarga mangsa MH370 yang hilang belum berjawab. Kalau mati di manakah kuburnya. Dan, rindu belum bertanda.

Kenangan Mengusik Jiwa

Azura Abdul Wahab
Kampung Teladas


Potret Diri


       



Jumaat, 22 Ogos 2014

Teater Asyik

Bergambar kenangan bersama-sama Grup Teater Asyik pimpinan Marzuki Ali ketika melawat dan membuat persembahan di MCKK, sekitar tahun 1988.

Gambar Kenangan

Bergambar kenangan setelah selesai melaksanakan penyelidikan terhadap Gerakan Belia 4B Kubang Panjang, Kelantan, pada 28 Jun 1985.

Moyang dan Bapa Saudara

Bapak saudara (Awang Yacob) dan keluarganya bersama-sama moyang ketika di Taiping.

Bapa Saudara

Bapa saudara, Junor Yacob pada hari perkahwinannya.

Datuk

Datuk (Yacob) dan sepupu (Mohd Zahid Awang) sebelah ibu.

Nenek

Nenek, nenek saudara dan dua pupu aku. Gambar kenangan ketika di Kampung Cherang Hangus, Bachok, Kelantan.  

Khamis, 21 Ogos 2014

Bapa Saudara

Bapa saudara sebelah ibu, Allahyarham Awang Yacob (berdiri - 2 dari kiri), ketika berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan di Ulu Kinta, Perak (tahun 1960-an).

Ibu