Sabtu, 23 Ogos 2014

al-Fatihah

Selamat kembali ke tanah air kepada 20 jenazah yang menjadi mangsa nahas MH17 MAS yang ditembak di Timur Ukraine. Semoga amalan kalian diterima Allah dan damai bersemadi di negara sendiri. Kepada keluarga mangsa, penantian anda telah selesai. Sedih anda telah bertanda. Saya juga berasa sedih dan duka kepada keluarga mangsa MH370 yang hilang belum berjawab. Kalau mati di manakah kuburnya. Dan, rindu belum bertanda.

Kenangan Mengusik Jiwa

Azura Abdul Wahab
Kampung Teladas


Potret Diri


       



Jumaat, 22 Ogos 2014

Teater Asyik

Bergambar kenangan bersama-sama Grup Teater Asyik pimpinan Marzuki Ali ketika melawat dan membuat persembahan di MCKK, sekitar tahun 1988.

Gambar Kenangan

Bergambar kenangan setelah selesai melaksanakan penyelidikan terhadap Gerakan Belia 4B Kubang Panjang, Kelantan, pada 28 Jun 1985.

Moyang dan Bapa Saudara

Bapak saudara (Awang Yacob) dan keluarganya bersama-sama moyang ketika di Taiping.

Bapa Saudara

Bapa saudara, Junor Yacob pada hari perkahwinannya.

Datuk

Datuk (Yacob) dan sepupu (Mohd Zahid Awang) sebelah ibu.

Nenek

Nenek, nenek saudara dan dua pupu aku. Gambar kenangan ketika di Kampung Cherang Hangus, Bachok, Kelantan.  

Khamis, 21 Ogos 2014

Bapa Saudara

Bapa saudara sebelah ibu, Allahyarham Awang Yacob (berdiri - 2 dari kiri), ketika berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan di Ulu Kinta, Perak (tahun 1960-an).

Ibu



Ayah
























Ayahku, Ibrahim Bin Mamat, lahir di Kuala Kerai, Kelantan. Seorang yang sangat berminat dan cekap menggunakan senjata. Pada zaman muda, dia merupakan orang suruhan kepada kumpulan debeber. Semasa bekerja dan tinggal di Barat (Selantan Siam), dia pernah ditembak curi ketika di atas lori. Terjun dan terus menembak balas ke arah rumah penembak curi. Namun, penembaknya sempat melarikan diri. Di kampung, beliau telah menjadi anggota rela, tanpa bayaran, sehingga berumur 60. Beliau juga merupakan mandur pertama Mini Estet Getah Kampung Tok Kah (1981 - 2004). Seorang yang berani, sangat amanah dan sanggup bekerja tanpa mengira masa, walaupun upahnya tidak sepadan.

Rabu, 20 Ogos 2014

Mayat Batu


Suatu masa dahulu, Julai 1984, para penduduk di Paka, Dungun, gempar dengan penemuan mayat batu, yang ditemui oleh pekerja kontrak ketika menggorek tanah untuk projek pembinaan. Namun, pihak berkuasa menafikan mayat batu itu berasal daripada manusia. 

Selasa, 19 Ogos 2014

Pendekar

Hajat hati nak jadi pendekar, tetapi gagal. Hanya dapat menghasilkan sajak berjudul 'Pendekar' dan memenangi Hadiah Utama Utusan-Publik Bank tahun 1989.

Kenangan Hari Sastera

Kenangan rombongan PPK dengan Dr. Kasim Ahmad pada Hari Sastera di Pulau Pinang.

Marzuki Ali

Kenangan bersama-sama penyair Terengganu, Sdr Marzuki Ali, di rumahnya, di Pasir Panjang (Bukit Besar) Kuala Terengganu, sekitar tahun 1986. Saya sering bertandang ke sini, membaca buku-buku kesusasteraan koleksi beliau, khususnya buku-buku terbitan Indonesia. 

Sekali-sekala saya mengikuti pelbagai program grup, dan latihan Grup Teater Asyik di Gelanggang Budaya. 

Saya ada mencipta sebuah sajak, khas berkenaan Saudara Marzuki Ali, berjudul 'Lelaki Terengganu.' Sajak itu telah dimuatkan dalam kumpulan sajak Gelodak Rasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2014. Banyak ilmu yang saya peroleh sepanjang bersama Grup Teater Asyik.

Kenangan di IPSI

Kenangan di IPSI 1987 - 1989
Taman Rama-Rama di Pulau Pinang (1988)




Sabtu, 16 Ogos 2014

Makan Orang


Menurut blog news.everydaypak.com, pengiklanan dan penjualan daging manusia banyak dipasarkan di sekitar negara China dan Taiwan. Misalnya di Tiongkok. Bahagian-bahagian badan manusia digantung secara bergerak untuk dipilih oleh pembeli. Daging yang mendapat permintaan tinggi ialah daging perempuan dan kanak-kanak perempuan kerana dagingnya lebih pejal dan cantik, terutama di bahagian otot dada. Demikian juga janin. Lazimnya, daging manusia digoreng atau dimasak sup. Soalnya, dari manakah bekalan ini diperoleh? Apakah diculik atau mangsa tragedi/bencana? Apapun, kewujudan industri 'makan orang' ini menandakan tipisnya keselamatan manusia, terutama kaum perempuan dan kanak-kanak.

Selasa, 12 Ogos 2014

Kecatatan Majlis

Berdasarkan pengalaman, antara sebab sesuatu majlis tidak berjalan lancar ialah gangguan atau kecuaian daripada daripada VVIP/VIP jemputan atau VVIP/VIP penganjur majlis berkenaan. Akibatnya atur cara, masa dan konsentrasi penonton majlis terganggu. Misalnya, menambahkan atur cara pada saat akhir. Biasanya, penonton akan menyalahkan kepada pengacara majlis. Umpamanya, kereta rosak kerana pemandunya.

Isnin, 11 Ogos 2014

Surau

Dulu-dulu, pegawai kesihatan dan doktor dari Hospital Daerah Dungun sering berkunjung ke kampungku. Ini gambar kenangan sempena pembukaan surau baharu di kampung kami.  Sebahagian besar daripada mereka telah berhijrah.

Di Atas Jambatan

Di atas jambatan Pulau Pinang, aku duduk bersandar, bukan kerana penat bukan juga mencari ilham, semuanya kerana indahnya pemandangan dan bukti aku pernah melawat Pulau Pinang.

Keluarga

Aku hanya mempunyai seorang kakak, Ramlah Ismail, dan seorang adik, Zarina Ibrahim.

Balai Seni Lukis Negara

Balai Seni Lukis Negara ni bekas Hotel Masjetic. Aku selalu datang ke sini, menghayati seninya. Kini, tempat ini kembali menjadi hotel setelah BSLN berpindah ke Jalan Tun Razak.

Rabu, 6 Ogos 2014

Kadet














Kenangan dalam pasukan Kadet Tentera Malaysia, semasa belajar di SMTIZ, Dungun. 

Pray for Gaza and Muslim

Amerika telah lama membantu Israel membunuh rakyat Palestin dan negara sekitarnya. Dana diambil dari komisyen duit barangan yang dijual di negara-negara Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Bukan sahaja dana, Amerika juga menghantar senjata perang dan tentera untuk membantu Israel menyerang Gaza. Umat Islam sekarang ternyata lemah. tidak mampu berbuat apa-apa, selain melihat gambar kematian penduduk Gaza. Selebihnya, kita hanya mampu kempen boikot barangan Israel, demonstrasi, ceramah dan majlis baca sajak. Semuanya tidak beri sebarang kesan terhadap Israel. Saya fikir, elok kita beralih ketuanan, daripada 'memuja' Amerika kepada 'memuja' Russia. Putin pernah datang beberapa kali ke Malaysia, berbanding Presiden Amerika. Malah, Russia pernah membantu kita menghantar angkasawan.