Jumaat, 16 Oktober 2020

Lebih Baik Hadir Mesyuarat

Hadir mesyuarat lebih penting daripada mengajar. Itu persepsi aku.

Sebabnya, dalam mesyuarat Majlis Kualiti Institut (MKI), aku mewakili KJ, mereka bincang bahawa jika tidak hadir program Institut sebanyak tiga kali berturut-turut akan diberikan surat tunjuk sebab. Demikian, jika hadir sekejap, kemudian menghilang kerana pergi mengajar, juga akan dianggap tidak hadir,

Maka hari ini aku tidak masuk ke kelas yang sepatut bermula 8.45 - 12.45 tgh kerana mesyuarat MKI dari jam 9.00 - 12.55 tgh.

Petangnya pula, aku hadir Mesyuarat JK Arkib dan Repositori Bil. 1/2020 dari jam 2.00 - 4.00 ptg. Sungguh mahal gaji aku pada hari ini. Aku perlu hadir mesyuarat walaupun sebagai patung bernyawa.

Siapa mahu surat tunjuk sebab dan surat itu dimasukkan dalam fail peribadinya. Aku tidak mahu. Tentu tuan-tuan pun tidak mahu. Maka, lebih baik hadir mesyuarat daripada mengajar jika masanya serentak.



Pasar Karat

Di sini orang menjual bermacam barangan. Ada yang berkarat dan ada yang masih baharu. Barangan tiada di kedai mungkin akan ditemukan di sini. Aku datang ke sini kerana mencari buku-buku lama. Dan, aku berpuas hati dengan pencarian aku itu. 

 Pasar Karat barangan lama, 

kalau dapat (peroleh) senyum sokmo.

Selasa, 6 Oktober 2020

Denggi

Walau ramai bersiap-sedia menghadapi keganasan covid, namun tidak ramai yang bersiap-sedia menghadapo serangan denggi. Telah dua bulan kementerian kesihatan menyembur asap setiap minggu di kawasan perumahan kami.