Rabu, 14 Disember 2016

Keracunan Pembelajaran

Sistem pendidikan kita, baik peringkat rendah mahupun peringkat IPT terdedah kepada keracunan pembelajaran. Hal ini disebabkan perubahan yang kerap berlaku pada gaya pentadbiran, pengurusan penilaian dan peperiksaan, dan muatan dalam sukatan. Pelajar dan mahasiswa diberikan kuasa menilai pengajar dengan item penilaian yang mereka sendiri tidak memahami, atau tiada kaitan dengan pengajarnya. Perubahan adalah penting, namun perubahan yang kerap perlu dielakkan. Misalnya, perubahan daripada jenama proforma kepada Table 3 dan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) di IPG. Tahun 2014 lebih empat kali kandungan Table 3 berubah. Manakala, perubahan RMK dalam tahun 2016 sebanyak tiga kali (Januari, April dan November). Antara sebab kerap berlaku perubahan ialah permasalahan tidak dihadam dengan baik sebelum dilaksanakan, dan juruubah yang tidak pakar dalam bidang yang ditanganinya.

Khamis, 24 November 2016

Felda Rugi?

Maaf, memang sukar percaya. Telah bertahun-tahun diwar-warkan bahawa pelaburan Felda telah mencatat keuntungan besar, dan berjaya, tiba-tiba dikhabarkan telah rugi jutaan ringgit.

Bukankah pelaburan anak syarikatnya, FGV, dianggap berjaya, malah mengatasi graf kejayaan pelabur-pelabur lain.

Kalau betul rugi, maka benarlah perjuangan Anak membela para peneroka. Mahkamah patut membebaskan pemenjaraan Mazlan Aliman.

Khamis, 17 November 2016

Melatih Pakar


Apabila pensyarah IPG dilibatkan untuk melatih Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+), timbul pertanyaann: Apakah tugas Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)? Semuanya mendapat peruntukan untuk memajukan sekolah. Peruntukan yang diberi kepada IPG terpaksa pula dikongsi melatih SISC+. Sejauh manakah pengetahuan semasa pensyarah tentang perkembangan/eviromen sekolah? Apakah pensyarah lebih pakar daripada SISC+? Sehingga kini, PPK agak 'kedekut' menyalurkan maklumat sebarang perubahan dan pembaharuan yang dilaksanakan di sekolah. Pada pandangan saya, tanpa pengetahuan lengkap dan jelas pensyarah tentang eviromen sekolah akan 'melukakan' situasi yang sedia ada. Ibarat 'itik mengajar buaya berenang.' Maaf, sekadar pandangan peribadi.

Khamis, 27 Oktober 2016

Menyusu Kera


Bajet 2017 tidak mesra rakyat. Ia mesra individu saja. Ia 'bajet menyusu kera di hutan, anak sendiri mati kelaparan'. Banyak peruntukan kepada kementerian dipotong. Kalau tahun 2016, banyak kerja rasmi aku guna duit sendiri, nampaknya tahun 2017 juga akan demikian. Bajet ini 'tidak mempedulikan nasionalisme dan pendidikan negara'. Tiada langsung peruntukan untuk memajukan bahasa Melayu. Tetapi, bahasa Inggeris mendapat peruntukan 90 juta. Manakala, Permata mendapat 85 juta, dan 'merampas' dua IPG.

Baju Merah


Ibuku ahli Umno. Ayahku pun ahli Umno, tetapi aku tidak berparti. Selesa di atas pagar. Kumpulan baju merah ini dikatakan pembela Umno dan pembela orang Melayu. Mereka diketuai oleh Jamal Yunos, salah seorang Ketua Umno cawangan di Selangor. Malangnya, sikap dan perangai mereka gaya Israel. Kalau ayah atau ibuku tahu tentu mereka rasa malu. Lebih memalukan lagi, orang baju kuning yang dibelasah itu, juga orang Melayu.

Makan Malam Perdana 2016



Selamat berjamu selera. Kepada pelajar Semester 8, selamat menempuh alam baharu. Jadilah guru yang berkhidmat secara ikhlas kepada bangsa dan negara.

Asrama L, IPSI

Kenangan di Institut Perguruan Sultan Idris (Julai 1987 - Disember 1989) di Asrama L, kursus PSM:SJ/PSV Kumpulan G.


Selasa, 18 Oktober 2016

Arnab Taman Pertanian


Dalam gambar itu, aku menamakannya sebagai Arnab Taman Pertanian (sekarang boleh ditukar kepada Arnab Taman Botani). Tidak pasti apakah arnab batu ini masih ada atau telah diruntuhkan. Atau pecah kerana terkena gelombang Bom C4.

Taman Pertanian Bukit Cerakah terletak di Bukit Cerakah, Shah Alam. Taman ini dirasmikan oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada 24 April 1986. Kemudiannya namanya ditukar kepada Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Kini dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) mulai tahun 2007.

Tujuan TBNSA dibangunkan adalah sebagai pusat kecemerlangan negara dalam bidang pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan botani, hortikultur, pertanian serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya.

Pada tahun 1991 pernah berlangsung aktiviti deklamasi sajak sempena Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur.

Isnin, 10 Oktober 2016

Sastera dan Sains



















Ini cerita tahun 2007 semasa saya berkhidmat di IPGKTB, Pulau Pinang. 

Hasil imbasan, doktor melaporkan bahawa kami akan memperoleh anak kembar. Imbasan itu mencatatkan setiap butiran (gambar atas) Janin A dan Janin B.  
Sebenarnya, keturunan aku dan keturunan isteriku tiada sejarah beranak kembar. 

Berita gembira itu aku terima seadanya.

Pada 12 November 2007 isteri telah sakit perut saat janin berusia tujuh bulan. 

Oleh sebab air ketuban sudah keluar, isteri terpaksa bersalin melalui pembedahan. Ini kali kedua isteri bersalin melalui pembedahan. Kali pertama ketika isteri melahirkan anak sulung pada tahun 1991.

Doktor di Hospital Seberang Jaya membuat pemeriksaan terakhir sebelum pembedahan.

Doktor telah memanggil aku dan menunjukkan monitor imbasan. Katanya, dalam imbasan itu menunjukkan hanya ada satu janin sahaja. Tempat janin kedua kosong. 

Aku mengiyakan sahaja kerana aku tidak faham gambar hitam putih dalam monitor berkenaan. 
Memang benar hanya satu bayi sahaja yang keluar. 

Kami menamakannya Muhammad Nur Al-Amin. Anak itu mengalami sindrom down, tidak boleh mendengar dan bercakap. 

Kini, Muhammad Nur Al-Amin telah berusia sembilan tahun dan bersekolah di PDK.

Kesimpulannya, walaupun sastera tidak benar, namun sains tidak semestinya betul. 

Kehadirannya sangat menggurukan.

Jumaat, 7 Oktober 2016

Seminar Penyelidikan Tindakan

Selamat berseminar para pelajar PISMP (BM) ambilan Januari 2013 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM), dan membentangkan hasil kajian masing-masing. 

Semoga kalian akan menjadi guru sebenar yang berkhidmat dengan ikhlas dan insaf serta memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari sepanjang belajar di IPGKBM. 

Dan, tidak malas menambah ilmu, tidak kelorek membeli buku-buku.

Dan engkau, Mujahidah binti Mujin, kembangkan Teknik Haitum binaanmu itu.

Khamis, 6 Oktober 2016

Cadangan Membina Sekolah

Isu kemalangan murid di hadapan dan di dalam kawasan sekolah bukan isu baharu. Sudah banyak cadangan dikemukakan dan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, masalah ini tetap berlaku. Puncanya adalah pelbagai. Berdasarkan pemerhatian, salah satu faktor ialah tapak sekolah dibina bersebelahan jalan raya utama.  Cadangan dan tindakan memasang papan tanda kelajuan di hadapan kawasan sekolah tidak berkesan. Manakala cadangan terbaharu mengehadkan kenderaan berat melintasi kawasan sekolah pada waktu-waktu tertentu, pada pandangan saya, tidak menjamin akan dipatuhi. Justeru, saya mencadangkan, pada masa akan datang, (a) sekolah-sekolah baharu yang akan dibina hendaklah berjarak satu atau dua kilometer daripada jalan raya utama; (b) melantik seorang pengawal lalu-lintas yang akan menguruskan murid melintas jalan di hadapan sekolahnya; (c) membuat tanda belang kuning sepanjang 50 atau 100 meter di atas jalan raya di hadapan pintu masuk ke sekolah; (d) menyediakan tapak parkir kenderaan tempat menurun dan menunggu murid yang lebih luas dan selesa; (e) membina beberapa laluan atau jalan alternatif ke sekolah berkenaan; dan (f) menghalang sepenuhnya penjajah berjualan di tepi pagar sekolah, lebih-lebih lagi di kaki lima jalan raya.

Jumaat, 23 September 2016

Candi Borobudur

Pada 17 September 2016 saya melawat Candi Borobudur, sebuah Candi Buddha  yang terletak di Barat Laut Jogjakarta, Indonesia. Menurut Wikipedia, candi berbentuk stupa ini didirikan oleh penganut agama Buddha Mahayana  sekitar tahun 800 Masihi pada masa pemerintahan Wangsa Syailendra. Borobudur adalah candi atau kuil Buddha terbesar di dunia. Monumen ini terdapat tiga pelataran melingkar, pada dindingnya dihiasi dengan 2.672 ukiran dan 504 arca Buddha.

Stupa utama teletak di tengah (puncak) Ia dikelilingi oleh tiga barisan melingkar 72 stupa berlubang dalam tiga tingkatan iaitu Kamadhtu (ranah hawa nafsu), Rupadhatu (ranah berwujud), dan Arupadhatu(ranah tak berwujud). Setiap stupa mengandungi arca buddha bersila dalam posisi teratai sempurna dengan mudra (sikap tangan) Dharmachakra mudra (memutar roda dharma). 

Candi Borobudur bukan tempat ibadat, sebaliknya tempat suci untuk penganut memuliakan agama Buddha dan mencerahkan jiwa. Ia sebuah monumen yang membentang lakaran Buddha sejak awal kelahirannya. Ini menjadikan Candi Borobudur sebuah kitab ukiran agama Buddha terbesar di dunia.


Candi Borobudur ditinggalkan pada abad ke-14 apabila pengaruh kerajaan Hindu dan Buddha di Jawa mulai lemah. Candi ini mulai dimajukan pada 1814 oleh Sir Thomas Stamford Raffles, yang menjadi Gubernur Jenderal Inggris di Jawa. Ia juga telah didaftarkan sebagai tapak Warisan Dunia oleh UNISCO.

Khamis, 1 September 2016

Peribahasa Baru

BAPA TANAM ANAK TEBANG
 
Ungkapan di atas ialah peribahasa baru yang saya cipta. Penciptaan peribahasa itu adalah berdasarkan fenomena yang sering berlaku dalam masyarakat kita. 

Ibu bapa bersusah payah membina atau menanam sesuatu, setelah ketiadaan mereka dan harta itu beralih ke tangan anak-anaknya, lazimnya harta itu akan mengalami kemusnahan di tangan anaknya sendiri. Misalnya, ibu ayah meneroka tanah baharu, apabila dipusakai oleh anak, maka tanah itu dijual.

Sabtu, 13 Ogos 2016

Unit Pelaksanaan & Prestasi Pendidikan (PADU)

Unit Pelaksanaan & Prestasi Pendidikan (PADU), Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara aktivitinya ialah menggerakkan Makmal Bahasa, Linus, dan memastikan pelaksanaan DLP di sekolah. Tenaga pengeraknya sebagaimana di bawah.

Khadijah Abdullah was appointed CEO of PADU in May 2014 and has led the success of various successful education transformation initiatives. Prior to joining PADU, she was the CEO of the Malaysian Insurance Institute (MII). Her vast experience in Education and Training began early in her career when she served the Ministry of Education as a teacher, teacher trainer, lecturer, and Assistant Director in the State Education Department before moving on to the corporate sector. Prior to joining MII, she was Head of Group Organizational Development for a leading Malaysian bank, where she led the setting up of its Leadership Centre. She also served on various local and international Boards. She obtained her degree and masters from the University of London and also holds a Diploma in Applied Linguistics with a distinction awarded by the Regional English Language Centre (RELC) in Singapore. She qualified in the Education Evaluation from Ealing College of Higher Learning and Lecturing Skills from Sheffield University, United Kingdom. She was awarded the Honorary Life Membership of the Institute of Risk Management from the Institute of Risk Management (IRM), UK. She was also honoured with a prestigious international award “Asia’s Leading Woman in Finance and Investment” for her dedication to elevating professionalism of the insurance industry in Malaysia and emerging markets.

Dr. Noorliza Haji Zakuan was appointed as Executive Director of PADU on April 2013 and is responsible for the managing and facilitating the delivery of Malaysia Education Blueprint initiatives. She has served the government for 29 years, and was previously the Head of Delivery Management Office for Education NKRA and NKEA, which overlooked the development and monitoring initiatives under the Government Transformation Programme (GTP) and Economic Transformation Programme (ETP). Prior to that, she was the KPI Officer to the Minister of Education, Assistant Director in Education Planning and Research Division of Ministry of Education, and a former teacher. She graduated with a PhD in Educational Policy from University Malaya and earned a Masters in Educational Studies from University of Warwick, United Kingdom. She also received a Post Graduate Certification in Educational Research from Tsu University, Japan and a BSc of Education from USM, Malaysia. Due to her vast experience in planning and policy development, she was appointed as a Consultant to the Ministry of Education in Oman to develop the country’s Education Blueprint for Elementary Education in 2008.  

 Mohamad Nazuir Ahmad Toee graduated with a BSc in Electrical & Electronics Engineering from the University of East London, UK. Prior to his current position in PADU, he was the Senior General Manager for Human Capital & Administration in Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). Before joining PADU, he was the Senior General Manager for Intellectual Capital Management in Sapura Secured Technologies.He began his career with Intel Technology and has held various positions during his 23 years tenure at Intel Technology. His experience constitutes of both Engineering and Human Resource. He has 30 years of collective experience managing strategic projects as a Product, Quality and Reliability Engineer; managerial positions in Engineering, Relocation, Technical Training and Recruitment departments; and in Senior General Manager positions.He has participated in several local Human Resources training and University forums, delivering soft skills training and career talks to local universities. His talks have also been featured in local career handbooks and university newsletter publications. He enjoys collaborating with the universities and helping to develop people within organizations and business groups. He has presented in several national HR, Training Conferences and University Symposiums. He has also presented a concept paper in the past International Federation of Training & Development Organization (IFTDO) World Conference.  

Radzifuddin Nordin leads PADU's Programme Management, which covers Initiative Management, Data Management, Business Process Improvement, and Corporate Planning and Strategy, in support of the Education Transformation as per the Malaysian Education Blueprint (MEB) 2013-2025.Prior to joining PADU, he was the Director of Communications, Media and Technology at multi-national company Accenture, specialising in System Integration, Consultancy and Outsourcing. His role in Accenture involved managing large scale IT transformation projects for major telecommunication companies, which required various skillsets such as project management, requirements analysis, data migration, release management.He also worked for SchlumbergerSema Asia Pacific (formerly known as LHS Asia Pacific), where he managed projects pertaining to data migration and green-field system implementation in countries such as Indonesia, India and Brazil. He also led Production Support Teams in Malaysia.He graduated from Case Western Reserve University, Ohio, USA, with a double degree of Bachelor of Science in Computer Engineering and Bachelor of Arts in Economics. He also holds a comprehensive knowledge of delivery methodologies, programming languages, operating platforms, software applications and architecture.  

 Dr. Azwan Abd. Aziz is the current Executive Director of the Teachers and School Leaders Sector for the Malaysian Education Blueprint 2013-2025 under PADU.He has served the Ministry of Education for 25 years where he began his career as a teacher and later moved to the Educational Planning and Research Division, first in the Educational Planning Sector and then to Educational Data Sector. During his service, he introduced various innovation solutions to the education sector including the award-winning online Educational Management Information System.In 2010, he was appointed to be the section head of the National Key Results Area Unit (NKRA) for education, a major national agenda that aims to transform Malaysia into a developed and high-income nation by 2020. He received his first degree in Housing, Building and Planning in 1988 and went on to obtain a Masters degree in Computer Assisted Instruction at the University of Lancaster in 1996. In 1999, he continued his Ph.D in Geomatic and GIS. His area of expertise include School Siting using GIS, Educational Data Analysis, and Database Integration.

Rabu, 20 Julai 2016

Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)

Aku belajar di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) mulai Julai 1987 hingga November 1989 dalam jurusan Pengajian Sekolah Menengah subjek Sejarah dan Pendidikan Seni (PSM: SJ/PS) dan ditempatkan dalam kumpulan G. 
 
Dewan Kuliah A dan B

Bangunan Perpustakaan

Bangunan Suluh Budiman

Bangunan Bilik Kuliah, Masakan, Komputer, Pendidikan Seni dan sebagainya

Bangunan Gerko Berunitform

Surau

Dewan Besar

Bilik Manipulatif (Kemahiran Hidup)

Bangunan Teknologi Pendidikan

Bilik-bilik kuliah

Bangunan Jabatan Penerbitan (JPP) - bekas rumah pengetua