Jumaat, 31 Oktober 2014

Misbun Sidek

Dato' Dr. Haji Misbun Sidek
Tahniah kepada Dato' Hj. Misbun Sidek kerana dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains (Pembangunan Insan) daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sempena Majlis Konvokesyen Ke-14, di Batu Pahat, Johor. Ijazah telah disampaikan oleh Pro-Canselor UTHM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor). 

Penganugerahan ini tepat dengan penerimanya yang banyak berjasa kepada negara, khususnya dalam bidang sukan badminton. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai pemain, malahan juga beliau berjaya sebagai jurulatih (caoching), dan pengurus Kelab Badminton Nusa Mahsuri.  

Khamis, 30 Oktober 2014

Makna Tayar


Setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. Sesiapa perlu memahami maklumat ini sebelum membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. Sila teliti makna nombor yang tercatat pada tayar kereta anda.
 
Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya jika lebih besar nilai angka maka lebih lebar tayar itu. Nombor 70 merujuk nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Isnin, 27 Oktober 2014

Buku 'Morfologi - Sintaksis' Karangan Asmah Haji Omar

Buku MORFOLOGI - SINTAKSIS BAHASA MELAYU (MALAYA) DAN BAHASA INDONESIA: SATU PERBANDINGAN POLA ini merupakan karangan Asmah Binti Haji Omar, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah Siri Pengetahuan Bahasa dan Sastera DBP Bil. 15 dan diterbitkan pada tahun1968. 
 
Kandungannya membandingkan dua bahasa Melayu dari aspek morfologi (khususnya morfim) dan sintaksis (khususnya kata tugas, rangkai kata, ayat dan tranformasi ayat). 
 
Pengarang merumuskan bahawa morfim inventaris bahasa Melayu (BM) dengan bahasa Indonesia (BI) adalah sama, namun cara penggunaannya berbeza. Demikian juga berkenaan sintaksis. Polanya juga sama, namun cara pemakainnya adalah berbeza. 
 
Buku setebal 60 halaman ini sesuai untuk merujuk aspek morfim kerana tajuk yang sedemikian amat jarang dibicarakan secara khusus.

Rabu, 8 Oktober 2014

Ketupat Isteri



Sempena menyambut Aiduladha pada tahun ini, isteri telah masak ketupat berintikan sambal daging. Oh, rupa-rupanya, pandai juga isteriku masak ketupat!

Bersama Abu Hassan Morad dan A. Kadir Ibrahim

Bergambar kenangan bersama-sama dengan penulis novel Julia, Tuan Haji Abu Hassan Morad (kiri), dan penulis cerpen dari Provinsi Kepulauan Riau, Saudara A. Kadir Ibrahim (kanan).

Cerita Teladan



Cerita ini saya ambil dari FB, kerana tertarik dengan teladannya. Dipaparkan sebagai peringatan dan teladan kepada saya dan pembaca.

Wanita Cashier itu berkata, "Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pulanglah  ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang ke dalam troli, memandang wanita cashier itu dan membuka purdahnya. Ternyata dia wanita kulit putih bermata biru, lalu dia berkata, "Aku wanita Perancis asli. Begitu ayah dan nenekku. Ini adalah pakaian agamaku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.”

Rabu, 1 Oktober 2014

Keturunan Ke-7 Raja Haji

Bergambar kenangan dengan Raja Syukri Bin Raja Zainudin, keturunan ke-7 Raja Haji Fisabilillah.