Rabu, 31 Julai 2013

Anak

Berkata Lee Lam Thye (BH 28 Julai 2013), "Apabila negara menuju kemajuan, institusi kekeluargaan menjadi mangsa pertama di mana anak tidak dapat perhatian." Ya, hal ini berpunca  daripada tuntutan kos hidup yang semakin menaik. Menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja. Dan, kadangkala terpaksa bekerja lebih masa. Anak-anak terpaksa ditinggalkan kepada pengasuh atau dihantar ke rumah asuhan. Jika mereka mendidik dengan nilai yang baik, maka akan baiklah anak-anak itu, dan sebaliknya.



Ahad, 28 Julai 2013

Negara Islam

Semasa merasmikan Masjid An-Nur, IPG Kampus Tawau pada 16 Julai 2013, YB. Datuk Haji Syed Abas bin Syed Ali (Adun N.55 Balung) menyarankan agar hadirin 'membina' negara Islam dalam diri terlebih dahulu sebelum berjuang membina negara Islam dalam negara. Saya bersetuju amat. Diri pejuang perlu diperkemaskan, dilengkapi dengan ilmu-ilmu sebagai seorang Islam. Dengan adanya kekuatan iman dan ketakwaan, dengan lengkapnya diri dengan ajaran Allah, barulah berjuang perkara di luar kuasa atau dirinya. Kalau diri sendiri tidak teguh dengan sebagai seorang Islam, nescaya perjuangannya tidak akan kesampaian, atau hasil perjuangannya tidak akan bertahan lama. Atau, mungkin akan timbul kerosakan lain yang lebih dahsyat. Umpamanya, gejala sosial.  Justeru, binalah Negara Islam dalam diri kita sebelum membina Negara Islam dalam diri orang lain.

Khamis, 18 Julai 2013

Lawak Tol

Rakyat   : Datuk, kami tak setuju cukai tol naik!
Menteri  : Toll naik sikit, banyak marah saya.
Rakyat   : Kami bantah! Kami tak setuju!
Menteri  : You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah?
Rakyat   : Habis, siapa punya?
Menteri  : Saya juga!
Rakyat   : 8@#$%&^*8???

Rabu, 10 Julai 2013

Khidmat SESB

Kerja mudah dan cepat belum tentu mudah dan cepat pada praktisnya. Piagam Pelanggan hanya hiasan dinding. Demikian khidmat Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) cawangan Tawau. Pada 9 Julai saya memohon memotong akaun (Pertukaran Nama) dan diberikan nombor 3043 pada jam 2.51 petang. Jarak nombor menunggu ialah 17 orang. Ada lima kaunter dibuka. Kaunter 1 dan 2 untuk Pertanyaan, kaunter 3 untuk Pertukaran Nama, manakala Kaunter 4 (2 pekerja) untuk urusan bill. Hanya kaunter 4, walaupun ramai pelanggan, bergerak pantas dan amat memuaskan, diikuti Kaunter 1 dan 2 yang kurang pelanggan. Manakala Kaunter 3 sangat tidak memuaskan. Ramai pelanggan yang 'cabut lari'. Seorang pegawai penjara, yang ingin membuka akaun, mengeluh berkali-kali kerana nombornya belum dipanggil walau telah satu jam menunggu. Sehingga jam 3.30 petang saya masih jadi penunggu ke-10. Saya bertanya pada salah seorang pegawai kaunter akan sebab kelewatan khidmat. Rupa-rupanya hal ini telah lama mereka sedari melanggar Piagam Pelanggan nombor 5. Namun, atas alasan keuntungan korporat, pihak pengurusan atasan SESB tidak bersedia menambah pegawai di Kaunter 3. Saya teringat akan bahasan AP Kalabakan, Datuk Seri Panglima Datuk Ghaffur (disiarkan dalam Berita 1.30 TV3 pada hari sama), yang mengeluh (komen) khidmat pihak berkuasa di Kuala Lumpur yang tidak membanteras pendatang haram di Kuala Lumpur. Keluhan itu bagus, namun seakan-akan menepati peribahasa, "Kuman di seberang lautan tampak, gajah di bibir mata tak tampak". Ya, Datuk Abdul Ghafur tidak nampak pendatang haram berkeliaran bebas di sekitar Parlimen Kalabakan dan khidmat SESB yang buruk itu. Apakah SESB akan muflis jika dua orang berkhidmat di kaunter Pertukaran Nama? Dan, oleh sebab terlalu lewat, saya terpaksa membatalkan niat dan terpaksa datang pada hari yang lain.

Kali kedua dating ke SESB dalam minggu pertama puasa. Bertolak dari Balung pada jam 1.45 petang. Ketika saya sampai, ada seorang lelaki berkopiah sedang berurusan di Kuanter 3. Saya mengambil nombor dan menunggu. Setelah sekian lama menunggu, nombor saya masih belum dipanggil dan urusan lelaki berkopiah belum selesai. Hanya saya seorang pelanggan yang masih ada. Seorang pegawai (yang mengesyaki saya ada urusan di Kaunter 3) datang memberitahu mungkin urusan saya tidak dapat diselesaikan pada hari berkenaan disebabkan kaunter SESB tutup awal kerana bulan puasa. Ya, sekali lagi saya gagal menguruskan pemotongan akaun di SESB.