Isnin, 17 November 2014

Rawatan Gout

Rawatan penyakit gout secara tradisiona

Lazimnya penyakit gout menyerang ibu jari kaki. Ada juga yang menyerang sendi lutut. Menurut Wikipedia, rawatan penyakit gout secara tradisional boleh dilakukan dengan tiga cara. 1.) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang. 2.) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali (Biji buah durian juga boleh digunakan sebagai ganti anak pokok durian dan akarnya. Kemudian rebuskan (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam dimakan. 3.) Ambil beberapa helai daun pandan dan rebuskanya. Minum air rebusan tersebut.Amalkan 2 kali seminggu. Cara rawatan tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout

M. Nasir

Tahniah kepada Datuk Mohd Nasir bin Mohamad (M. Nasir) kerana dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif) oleh Universiti Utara Malaysia. Anugerah disampaikan oleh Canselor Universiti Utara Malaysia, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena Konvokesyen UUM Ke-27 pada 8 November 2014. Sesungguhnya, anugerah itu tepat dengan penerimanya.

Rabu, 5 November 2014

Kepakaran


Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Balia Yusof Wahi dalam menyampaikan keputusan rayuan Dr Arwira Abdul Aziz menyatakan bahawa pensyarah dan ahli akademik sepatutnya menumpukan perhatian mereka terhadap kebajikan penuntut masing-masing (Utusan Malaysia, 22 Okt. 2014). 

Manakala Prof Dr. Syed Muhammad Naquid al-Attas (dalam Dewan Budaya) menyarankan agar, "Letak masing-masing pada tempatnya." 

Kedua-dua pandangan ini merujuk kepada tanggungjawab ahli akademik terhadap dirinya dan pelanggannya.Tentunya yang dimaksudkan 'perhatian' dan 'letak' itu merujuk kepada kepakaran ahli akademik berkenaan. 

Malangnya, 'letak masing-masing pada tempatnya' tidak menjadi tonggak penempatan pensyarah di IPG.Ramai yang berkelulusan dalam bidang A, tetapi mengajar dalam bidang B.