Rabu, 12 April 2017

Gong

Awal tahun ini aku dapati kunci Bilik MQA BM telah dipotong dan diganti dengan mangga baharu. Pemotongnya tentulah pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP) yang diketuai oleh Encik Zakuan. Khabarnya, mereka mahu jadikan bilik itu dan lima bilik lain sebagai bilik peperiksaan. Sebelum ini, UPP telah ada empat bilik yang panjang dan luas digunakan untuk peperiksaan.

Ditakdirkan Allah, selepas tiga bulan, aku terjumpoa kunci yang dipotong itu dibuang di suatu sudut bangunan.

Dalam Bilik MQA BM itu penuh dengan fail kursus, buku-buku, tiga buah komputer, beberapa buah meja. Bilik ini khusus untuk proses akreditasi program PISMP. Kini, semua bahan-bahan itu hilang ghaib entah ke mana!

Kali terakhir Bilik MQA BM digunakan dan dilawati oleh Panel MQA ialah pada tahun 2010.

Aku terkilan juga kerana bilik itu diambil secara rampasan. Sepatutnya, mereka datang berjumpa ahli jabatan kami dan memaklumkan tujuannya serta memohon kunci.

Mesyuarat JK Akademik terakhir pada tahun 2016 telah diputuskan bahawa semua peperiksaan di IPG ini dilaksanakan di Dewan Aminuddin Baki. Encik Zakuan merupakan salah seorang ahli JK Akademik tersebut. Pelik juga mengapa beliau engkar keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh pengarah sendiri.

Kalau kita tidak hormat kepada ketua (pengarah) dan keputusan mesyuarat, pada siapa kita mahu hormat lagi. Apakah mahu tunjuk bahawa kita ada kuasa 'gong' dan boleh 'menggong sesiapa sahaja.