Rabu, 25 Mei 2016

Permit Mengajar

Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan menjadi guru? Mengapa masih perlu mengambil Permit Mengajar?

Aku tidak memperbaharuinya disebabkan rasa duka cita atau rasa tertipu oleh pegawai JPWP. 

Aku memohon permit pada 20 Disember 1990. Pada tahun itu, sesi persekolahan bermula 01 Disember 1990 hingga 30 November 1991. 

Malangnya permit yang aku mohon itu diberikan tempoh hayatnya sehingga 31 Disember 1990 sahaja. 

Sepatutnya, tempoh hayatnya sehingga 30 November 1991, sesuai dengan sesi persekolahan. 

Disebabkan karenah JPWP itu, aku langsung tidak memperbaharui lagi. 

Kini, permit mengajar sudah tiada dan tidak perlu dimohon.

IPGKKB

Nama asalnya Kota Bharu Training Centre (KBTC). Setelah merdeka, namanya diubah kepada Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB). Sekitar pertengahan tahun  1990-an, namanya diubah kepada Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB). Tahun 2006 sekali lagi namanya berubah kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (PGKKB). Aku berkhidmat di sini (Jabatan Pengajian Melayu) bermula 17 Disember 2007 hingga 16 November 2011.

Rabu, 11 Mei 2016