Isnin, 25 Mac 2013

Cuti Sekolah

Cuti sekolah ni amat membosankan. Tak dapat melawat Semporna atau Lahad Datu, juga Sandakan. Bimbang kerana penceroboh belum dihapuskan sepenuhnya. Amat sukar menghapusnya kerana, menurut khabar, mereka juga mempunyai kad pengenalan. Yang dikepung itu mungkin tidak berbahaya kepada masyarakat awam di luar kawasan. Yang ditakuti ialah mereka yang berada di luar kawasan. Khabarnya, kerja mereka pun macam-macam, daripada pegawai tinggi kerajaan hingga nelayan. Mereka juga bersaudara-mara dan tingal di pelbagai tempat, termasuk Tawau. Puratanya di petempatan kampung air. Abgimudin misalnya, menantu orang besar parti kanan. Dan, ramai ahli keluarga. Tali barutnya juga dikatakan bukan calang-calang orang. Mat Bom misalnya, juga orang kuat parti kanan. Kesian Anwar dan Tian Chua yang dikambinghitamkan. Saya, perwira dan keluarga perwira, disogok maklumat syak wasangka, hingga terdorong rasa benci terhadap kumpulan orang yang tidak sepatutnya dibenci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PANTUN SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI MELAYU TRADISIONAL

  PANTUN SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI MELAYU TRADISIONAL § Mohamad Saleeh Rahamad   Bukan lebah sebarang lebah,                    Lebah be...