Rabu, 25 September 2013

Kampung Inderasabah

Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini terdiri daripada pendatang dari Indonesia, terutama komuniti Bugis dari Nunukan, Tarakan dan Sulawesi. Terdapat juga etnik dari Selantan Filipina. Secara umumnya, masyarakat di sini terdiri daripada warganegara asal, warganegara projek Dr. Mahathir dan bukan warganegara. Kegiatan utama penduduk Kampung Inderasabah ialah perikanan, termasuk bilis dan ikan kering. Justeru, Kampung Inderasabah dikenali sebagai tempat memancing dan pendaratan ikan bilis dari kepulauan sekitar. Nadi kampung ialah  perkampungan di atas air. Di sini terdapat satu jeti, yang agak sibuk pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari Jumaat juga ada Pasar Tamu. Oleh sebab kampung ini terdedah kepada ancaman lanun, maka sebuah pos kawalan tentera dibina. Menghala ke daratan terdapat SK Inderasabah, tadika, sebuah masjid dan pusat komuniti.  Saya sering datang ke sini, terutama hari Sabtu (lazimnya ada pendaratan ikan dan ikan bilis) atau Jumaat (pasar tamu).

3 ulasan:

  1. Asal nama Kg. Inderasabah di ambil sempena nama 2 org yg mula2 membuka kawasan perkampungan ini iaitu Indal dan Seba. Indal merupakan org tidung yg paling berpengaruh ketika itu dan merupakan ketua bagi suku kaum tidung. Pangkalan telah dibuka oleh penduduk kg bagi memudahkan pendaratan hasil laut melalui muara sungai. Namun kini kawasan tersebut telah dipenuhi oleh rumah setinggan atas air yg didirikan oleh pendatang dari Filipina dan Indonesia.

    BalasPadam
  2. Kampung tidung ini,orang asal Tawau.

    BalasPadam
  3. Kampung tidung ini,orang asal Tawau.

    BalasPadam