Secara ibarat, sejak pindah IPGKBM, saya diberikan sebuah kereta. Cantik dan bergaya mewah. Tersilau mata mengimpikannya. Saya diminta memandu bersiar-siar ke mana sahaja yang dimimpikan. Carilah tempat yang mahu dituju, tempat cantik, indah dan mendamaikan. Kereta itu menjadi milik saya, menjadi tanggungjawab saya menjaganya. Malangnya, saya tidak diberikan kunci. Apabila minta, saya disuruh guna mana-mana kunci yang ada. Atau, cari sendiri kuncinya. Demikianlah ibarat, apabila diberikan tanggungjawab menulis teks ucapan pengarah bagi majlis MOU IPGKBM dengan BTN. Tidak diberikan sebarang maklumat. Siapa penganjurnya pun tidak diberitahu. Apabila diminta, disuruhnya saya cari di internet. Apabalia minta kertas kerja projek, jawabnya tidak ada. Macam projek atas angin saja. Beginilah kebanyakan sikap pensyarah di IPG. Mereka tahu merancang aktiviti, tetapi orang lain melaksanakannya. Tidak salah mohon pertolongan, namun biarlah berhemah. Berilah maklumat yang berkaitan. Kalau silap nanti, kita juga yang malu. Yang pasti, sikap begini bukan berfikir di luar kotak.
Rabu, 5 Mac 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan