Jumaat, 13 Jun 2014

Halal@Haram


Cabaran paling besar umat Islam di Malaysia ialah barangan halal. Walaupun Dr Mahathir Mohamed telah mengisytiharkan bahawa Malaysia sebuah negara Islam, namun barangan yang dijual belum terjamin halal. Dalam kes coklat Cadbury misalnya, menteri bukan Islam mengisytiharkan ada kandungan babi, tetapi menteri beragama Islam mengisytiharkan sebaliknya. Dalam kes terbaharu, behoon cap masjid diisytiharkan menggunakan lambang halal secara haram dan kilangnya kotor. Sebelum ini ada kes sembelih ayam yang diragui.   Laporan Malaysiakini (13 Jun 2014) pula mendapati seramai 6,275 wanita dari pelbagai negara yang ditahan sejak Januari hingga April 2014 dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini. Ada kalanya tindakan tegas majlis agama Islam negeri-negeri terhadap orang Islam yang minum arak misalnya, mendapat bantahan daripada pemimpin kerajaan negara Islam Malaysia sendiri. Apabila diisytiharkan bahawa Malaysia merupakan negara Islam, sepatutnya institusi Islamnya mempunyai kuasa besar bagi memartabatkan Islam. Lebih-lebih lagi, agama Islam berada di bawah kuasa Agong/Sultan - satu kuasa tertinggi di Malaysia. Malangnya, nasib agama Islam 'dipermain-mainkan' oleh orang bukan Islam, dan kuasa institusinya sangat terhad.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AKAL BUDI MELAYU

  Akal Budi Melayu OLEH ATIQAH ABD RAHIM   Sesi Wacana Ilmu 2020 Siri Kedua telah bersiaran langsung menerusi laman Facebook rasmi Dew...