Rabu, 13 Julai 2016
Rabu, 25 Mei 2016
Permit Mengajar
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan menjadi guru? Mengapa masih perlu mengambil Permit Mengajar?
Aku tidak memperbaharuinya disebabkan rasa duka cita atau rasa tertipu oleh pegawai JPWP.
Aku memohon permit pada 20 Disember 1990. Pada tahun itu, sesi persekolahan bermula 01 Disember 1990 hingga 30 November 1991.
Malangnya permit yang aku mohon itu diberikan tempoh hayatnya sehingga 31 Disember 1990 sahaja.
Sepatutnya, tempoh hayatnya sehingga 30 November 1991, sesuai dengan sesi persekolahan.
Disebabkan karenah JPWP itu, aku langsung tidak memperbaharui lagi.
Kini, permit mengajar sudah tiada dan tidak perlu dimohon.
IPGKKB
Nama asalnya Kota Bharu Training Centre (KBTC). Setelah merdeka, namanya diubah kepada Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB). Sekitar pertengahan tahun 1990-an, namanya diubah kepada Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB). Tahun 2006 sekali lagi namanya berubah kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (PGKKB). Aku berkhidmat di sini (Jabatan Pengajian Melayu) bermula 17 Disember 2007 hingga 16 November 2011.
Rabu, 11 Mei 2016
Rabu, 9 Mac 2016
Langgan:
Catatan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
-
Aku belajar di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) mulai Julai 1987 hingga November 1989 dalam jurusan Pengajian Sekolah Menengah subje...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...








