Tahu tidak pernah mendidik kita jadi berguna. Dan, besar. Diingati dunia dan dirahmati-Nya. Kecuali rasa. Rasa yang merasai tahunya.
Isnin, 23 Oktober 2017
Tahu dan Rasa
Tahu tidak pernah mendidik kita jadi berguna. Dan, besar. Diingati dunia dan dirahmati-Nya. Kecuali rasa. Rasa yang merasai tahunya.
Khamis, 12 Oktober 2017
Bangsa
Agama boleh bertukar, namun bangsa tidak. Sejauh manapun engkau
berjalan, setinggi manapun engkau belajar, sekaya manapun engkau berharta, sebesar manapun engkau berjawatan, sedalam manapun engkau berilmu: Bangsamu yang kini tetap bangsamu yang dulu. Dan, bahasamu juga! Oh, Tuhan, alangkah hinanya bangsa yang Engkau berikan bahasa, dia pertingkaikan keupayaan bahasanya.Selasa, 3 Oktober 2017
Isnin, 25 September 2017
Aku Suka Teknologi
Aku suka teknologi. Ya, aku suka teknologi. Lagi canggih lagi suka. Lagi ringan dan perkasa. Walau mata dajalnya membunuh aku. Membikin aku sengsara. Rakan jadi penganggur. Jadi penjenayah. Merampas kerja dan bahagia. Namun, aku suka
teknologi. Dia punya seribu tangan, seribu mata, dan seribu daya. Aku suka teknologi. Ya, aku suka teknologi. Terpaksa!
Isnin, 11 September 2017
Jumaat, 18 Ogos 2017
Menyusu Kera di Hutan
Bermula tahun 2016, staf akademik di IPGKBM dibahagi dua, Sayap dalam Perkhidmatan yang mempunyai 70% pensyarah, dan sayap Praperkhidmatan yang mempunyai 30% pensyarah. Aku berada di sebelah Praperkhidmatan bertugas mendidik pelajar PPISMP (2 semester) dan pelajar PISMP (8 semester). Tugas sayap Dalam Perkhidmatan ialah membina modul dan memberi kursus kepada guru-guru. Kos pembelanjaannya ditanggung oleh PADU. Banyak modul dihasilkan dan diberikan percuma kepada guru. Tidak ada satupun modul dan kursus diberikan kepada pelajar sendiri (PISMP) yang bakal menjadi guru beberapa bulan lagi. Bagi aku, IPGKBM kini seumpama 'menyusu kera di hutan.' Alangkah baiknya kalau kursus dan modul yang dihasilkan itu diberikan juga kepada pelajar PISMP.
Langgan:
Catatan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
-
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Aku belajar di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) mulai Julai 1987 hingga November 1989 dalam jurusan Pengajian Sekolah Menengah subje...


