"Nah, hari ini orang yang dianggap menjadi penghalang hukum hudud nombor
satu itu sudah tidak ada lagi dan apakah hukum hudud akan dapat
dilaksanakan semudah dianggap sekiranya tanpa penentangannya?" Kata MSO dalam blognya, Merah Tinta bertajuk Karpal Sing, Walau Sudah Tiada, Suaranya Masih Bergema. Beliau merujuk kepada Karpal Singh yang baharu sahaja meninggal dunia pada 17 April 2014 pukul 12.45 pagi kerana kemalangan jalan raya.
Dalam Buletin Utama TV3 pukul 8.30 malam, 16 April 2014, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar Abdullah menegaskan bahawa PAS akan tetap membentang rang undang-undang hukum hudud di Parlimen, walaupun ditentang oleh DAP dan PKR.
Nampaknya Allah telah membuka ruang kepada PAS untuk melaksanakan hajat dan tanggungjawabnya. Selamat 'melangkahi mayat Karpal Singh.' Saya berharap cita-cita PAS itu berjalan lancar kerana kalangan ahli UMNO sendiripun menyokongnya. Semoga Allah akan terus memberkati negara kita yang kini sarat dengan masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan