Rabu, 6 Ogos 2014

Pray for Gaza and Muslim

Amerika telah lama membantu Israel membunuh rakyat Palestin dan negara sekitarnya. Dana diambil dari komisyen duit barangan yang dijual di negara-negara Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Bukan sahaja dana, Amerika juga menghantar senjata perang dan tentera untuk membantu Israel menyerang Gaza. Umat Islam sekarang ternyata lemah. tidak mampu berbuat apa-apa, selain melihat gambar kematian penduduk Gaza. Selebihnya, kita hanya mampu kempen boikot barangan Israel, demonstrasi, ceramah dan majlis baca sajak. Semuanya tidak beri sebarang kesan terhadap Israel. Saya fikir, elok kita beralih ketuanan, daripada 'memuja' Amerika kepada 'memuja' Russia. Putin pernah datang beberapa kali ke Malaysia, berbanding Presiden Amerika. Malah, Russia pernah membantu kita menghantar angkasawan. 

Isnin, 14 Julai 2014

IFTAR PERDANA

Selamat merai Iftar Perdana tahun 2014 sempena bulan Ramadhan, kepada para pelajar dan pensyarah IPGKBM, semoga amalan dalam Ramadhan ini lebih berkat daripada Ramadahan sebelumnya

Isnin, 7 Julai 2014

Selamat Dirgahayu Bahasaku

Menonton peristiwa bersejarah ini dalam Berita Utama TV3, hati saya bertanya: Apa sudah jadi dengan Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak?, Apa sudah jadi dengan pegawai-pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri? Apa sudah jadi dengan pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia?, Dan yang paling penting, apa sudah jadi dengan Dasar Bahasa Kebangsaan? Ke manakah bahasa Melayu hendak dibawa dalam abad ke-21 ini? Apakah bahasa Melayu masih relevan sebagai bahasa ilmu? Sukar hendak saya menjawabnya kerana jawapan seakan tidak sealiran dengan aspirasi politikus dan, terutamanya, minda pegawai-pegawai di Kementerian Pejaran Malaysia.  Kalau Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed dianggap 'memotong' lidah generasi baharu Malaysia, dalam kes gambar di atas, nampaknya Datuk Seri Mohd Najib (kerana kecuaian minda menteri dan pegawai di kementerian pelajaran) dianggap terus mengebumikan bahasa Melayu! Tentulah peristiwa ini amat menyedihkan. Namun, siapakah dapat membetulkannya? Sebarang pemikiran yang tidak sealiran akan dianggap penentang/penderhaka. Penderhaka akan diburu oleh polis. Siapakah yang mahu dirinya diburu dan dianggap penderhaka? Sedangkan, Tan Seri Muhyidin Yassin dan Datuk Seri Idris Jusoh (sebagai Menteri Pelajaran) tidak mampu menegur MCA atau memasukkan bahasa Melayu di batu tanda perasmian Universiti Xiamen kampus Malaysia. Tiada guna ahli bahasa dan pendidik berjuang menegakkan bahasa Melayu, sedangkan cinta ini tidak ada dalam minda politikus Melayu sendiri. Termasuk kumpulan yang memperkenal dan menjerit-jerit mahu Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM). Mungkinkah, abad ke-21 ini akan merakamkan bahasa Melayu sebagai bahasa gelandangan di tanah airnya sendiri? Selamat dirgahayu bahasaku!  

Isnin, 30 Jun 2014

Ramadhan

Semoga Ramadhan yang datang ini lebih bererti daripada Ramadhan yang pergi itu. Rezeki dan kegembiraan ini lebih bererti daripada rezeki dan kegembiraan dahulu. Ya Allah, kerana Engkau Ramadhan ini datang maka kerana Engkaulah aku berpuasa. Semoga puasaku ini Engkau jauhi segala kebencian-Mu daripada datang mendekati diriku. Laparku ini adalah lapar yang menginsafkan. Dahagaku ini adalah dahaga yang memberkatkan, dan Engkau berkati kesihatanku ini hingga ke akhir hayat.

Jumaat, 13 Jun 2014

Halal@Haram


Cabaran paling besar umat Islam di Malaysia ialah barangan halal. Walaupun Dr Mahathir Mohamed telah mengisytiharkan bahawa Malaysia sebuah negara Islam, namun barangan yang dijual belum terjamin halal. Dalam kes coklat Cadbury misalnya, menteri bukan Islam mengisytiharkan ada kandungan babi, tetapi menteri beragama Islam mengisytiharkan sebaliknya. Dalam kes terbaharu, behoon cap masjid diisytiharkan menggunakan lambang halal secara haram dan kilangnya kotor. Sebelum ini ada kes sembelih ayam yang diragui.   Laporan Malaysiakini (13 Jun 2014) pula mendapati seramai 6,275 wanita dari pelbagai negara yang ditahan sejak Januari hingga April 2014 dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini. Ada kalanya tindakan tegas majlis agama Islam negeri-negeri terhadap orang Islam yang minum arak misalnya, mendapat bantahan daripada pemimpin kerajaan negara Islam Malaysia sendiri. Apabila diisytiharkan bahawa Malaysia merupakan negara Islam, sepatutnya institusi Islamnya mempunyai kuasa besar bagi memartabatkan Islam. Lebih-lebih lagi, agama Islam berada di bawah kuasa Agong/Sultan - satu kuasa tertinggi di Malaysia. Malangnya, nasib agama Islam 'dipermain-mainkan' oleh orang bukan Islam, dan kuasa institusinya sangat terhad.  

Konvokesyen Ke-4 IPGM

Selamat berkonvokesyen kepada semua pelajar IPGM dari seluruh Malaysia sepanjang 8 - 14 Jun 2014. Harapan saya, semoga kita sama-sama menjadi guru sebenarnya guru, bukannya guru yang mahukan gaji semata-mata. Cabaran pendidikan besar. Oleh itu, persiapkan diri dengan ilmu, terutamanya ilmu berkenaan subjek yang diajar dan menjadi major/minor ijazah kita.

Kenangan bersama-sama dengan Pyan

 Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...