Isnin, 25 September 2017

Aku Suka Teknologi

Aku suka teknologi. Ya, aku suka teknologi. Lagi canggih lagi suka. Lagi ringan dan perkasa. Walau mata dajalnya membunuh aku. Membikin aku sengsara. Rakan jadi penganggur. Jadi penjenayah. Merampas kerja dan bahagia. Namun, aku suka teknologi. Dia punya seribu tangan, seribu mata, dan seribu daya. Aku suka teknologi. Ya, aku suka teknologi. Terpaksa!

Jumaat, 18 Ogos 2017

Reunion PSM:SJ/PS dan PSR: PM 1987 - 1989 IPSI



Menyusu Kera di Hutan

Bermula tahun 2016, staf akademik di IPGKBM dibahagi dua, Sayap dalam Perkhidmatan yang mempunyai 70% pensyarah, dan sayap Praperkhidmatan yang mempunyai 30% pensyarah. Aku berada di sebelah Praperkhidmatan bertugas mendidik pelajar PPISMP (2 semester) dan pelajar PISMP (8 semester). Tugas sayap Dalam Perkhidmatan ialah membina modul dan memberi kursus kepada guru-guru. Kos pembelanjaannya ditanggung oleh PADU. Banyak modul dihasilkan dan diberikan percuma kepada guru. Tidak ada satupun modul dan kursus diberikan kepada pelajar sendiri (PISMP) yang bakal menjadi guru beberapa bulan lagi. Bagi aku, IPGKBM kini seumpama 'menyusu kera di hutan.' Alangkah baiknya kalau kursus dan modul yang dihasilkan itu diberikan juga kepada pelajar PISMP.

Isnin, 19 Jun 2017

Kad Hari Guru dan Minat Kesusasteraan

Seperti biasa aku menerima beberapa kad ucapan sempena sambutan hari guru. Paling terkesan kad dihantar oleh Jie Ying. Syukurlah, kalau benar begitu. Usaha aku memperkenal dan menarik minat pelajar terhadap kesusasteraan berjaya. Harapanku minatnya itu berkekalan. Dan, beliau menjadi guru Bahasa Melayu yang cemerlang.

Rabu, 12 April 2017

Gong

Awal tahun ini aku dapati kunci Bilik MQA BM telah dipotong dan diganti dengan mangga baharu. Pemotongnya tentulah pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP) yang diketuai oleh Encik Zakuan. Khabarnya, mereka mahu jadikan bilik itu dan lima bilik lain sebagai bilik peperiksaan. Sebelum ini, UPP telah ada empat bilik yang panjang dan luas digunakan untuk peperiksaan.

Ditakdirkan Allah, selepas tiga bulan, aku terjumpoa kunci yang dipotong itu dibuang di suatu sudut bangunan.

Dalam Bilik MQA BM itu penuh dengan fail kursus, buku-buku, tiga buah komputer, beberapa buah meja. Bilik ini khusus untuk proses akreditasi program PISMP. Kini, semua bahan-bahan itu hilang ghaib entah ke mana!

Kali terakhir Bilik MQA BM digunakan dan dilawati oleh Panel MQA ialah pada tahun 2010.

Aku terkilan juga kerana bilik itu diambil secara rampasan. Sepatutnya, mereka datang berjumpa ahli jabatan kami dan memaklumkan tujuannya serta memohon kunci.

Mesyuarat JK Akademik terakhir pada tahun 2016 telah diputuskan bahawa semua peperiksaan di IPG ini dilaksanakan di Dewan Aminuddin Baki. Encik Zakuan merupakan salah seorang ahli JK Akademik tersebut. Pelik juga mengapa beliau engkar keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh pengarah sendiri.

Kalau kita tidak hormat kepada ketua (pengarah) dan keputusan mesyuarat, pada siapa kita mahu hormat lagi. Apakah mahu tunjuk bahawa kita ada kuasa 'gong' dan boleh 'menggong sesiapa sahaja.

Isnin, 13 Mac 2017

Guru 'Munafik'

Sepanjang 5 Februari hingga 18 Mei 2017, saya ditugaskan menyelia guru SABK. Mereka ialah guru-guru yang sambung belajar untuk memperoleh Diploma Pendidikan Malaysia.  Kali ini di sebuah sekolah menengah agama di Parit Jawa, Muar. Kali pertama saya pergi pada 19 Februari untuk prapenyeliaan. Berbincang dengan pelajar (guru), memberitahu tanggungjawabnya. Sebenarnya, hal itu telahpun diberikan taklimat oleh Ketua Unit Praktikum. 

Kali kedua saya pergi pada 1 Mac 2017, dan kali ketiga pada 12 Mac 2017. Pengajarannya pada 1 Mac tidak menepati kurikulum. Sepatutnya beliau mengajar Komsas dan menggunakan bahan Komsas. Sebaliknya, beliau mengajar bahan lirik lagu "Kau Satu-Satunya." Bahan itu boleh digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu, bukannya dalam waktu Komsas.

Kedatangan saya pada kali ketiga mengecewakan juga kerana pelajar berkenaan belum menyediakan buku rekod pengajaran dan tidak menulis rancangan pengajaran harian. Pelajar ini telah berjanji dengan saya pada 1 Mac bahawa dia akan menyiapkan buku rekod.  Dalam sesi perbincangan saya memberitahu bahawa saya boleh mengagalkan beliau. Dan, saya mengatakan bahawa beliau adalah munafik kerana tidak menepati janji.

Saya beri empat jenis dokumen kepada beliau, iaitu (1) Borang PR1 (Borang Bimbingan Praktikum Pelajar); (2) Borang 2-6a (notis Melanggar Peraturan Praktikum); (3) Borang 2-6b (Kes Praktikum; Surat Amaran 1); dan (4) Borang 2-6b Pengakuan Pelajar Sabitan Kes Praktikum. 

Dokumen-dokumen itu sebagai amaran dan proses tindakan selanjutnya, jika masih tidak menulis buku rekod pengajaran. Sebelum itu, saya telah berjumpa dengan pengetua dan tuan pengetua telah membayangkan bahawa pelajar ini agak 'liat' menulis buku rekod. Apapun saya harap akan berlaku perubahan sikap pada kedatangan saya nanti.

Kenangan bersama-sama dengan Pyan

 Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...