Isnin, 13 Mac 2017

Guru 'Munafik'

Sepanjang 5 Februari hingga 18 Mei 2017, saya ditugaskan menyelia guru SABK. Mereka ialah guru-guru yang sambung belajar untuk memperoleh Diploma Pendidikan Malaysia.  Kali ini di sebuah sekolah menengah agama di Parit Jawa, Muar. Kali pertama saya pergi pada 19 Februari untuk prapenyeliaan. Berbincang dengan pelajar (guru), memberitahu tanggungjawabnya. Sebenarnya, hal itu telahpun diberikan taklimat oleh Ketua Unit Praktikum. 

Kali kedua saya pergi pada 1 Mac 2017, dan kali ketiga pada 12 Mac 2017. Pengajarannya pada 1 Mac tidak menepati kurikulum. Sepatutnya beliau mengajar Komsas dan menggunakan bahan Komsas. Sebaliknya, beliau mengajar bahan lirik lagu "Kau Satu-Satunya." Bahan itu boleh digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu, bukannya dalam waktu Komsas.

Kedatangan saya pada kali ketiga mengecewakan juga kerana pelajar berkenaan belum menyediakan buku rekod pengajaran dan tidak menulis rancangan pengajaran harian. Pelajar ini telah berjanji dengan saya pada 1 Mac bahawa dia akan menyiapkan buku rekod.  Dalam sesi perbincangan saya memberitahu bahawa saya boleh mengagalkan beliau. Dan, saya mengatakan bahawa beliau adalah munafik kerana tidak menepati janji.

Saya beri empat jenis dokumen kepada beliau, iaitu (1) Borang PR1 (Borang Bimbingan Praktikum Pelajar); (2) Borang 2-6a (notis Melanggar Peraturan Praktikum); (3) Borang 2-6b (Kes Praktikum; Surat Amaran 1); dan (4) Borang 2-6b Pengakuan Pelajar Sabitan Kes Praktikum. 

Dokumen-dokumen itu sebagai amaran dan proses tindakan selanjutnya, jika masih tidak menulis buku rekod pengajaran. Sebelum itu, saya telah berjumpa dengan pengetua dan tuan pengetua telah membayangkan bahawa pelajar ini agak 'liat' menulis buku rekod. Apapun saya harap akan berlaku perubahan sikap pada kedatangan saya nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AKAL BUDI MELAYU

  Akal Budi Melayu OLEH ATIQAH ABD RAHIM   Sesi Wacana Ilmu 2020 Siri Kedua telah bersiaran langsung menerusi laman Facebook rasmi Dew...