Sekumpulan penyelidik dari Universiti Manchester Metropolitan diketuai Dr. Andrew Parker mendakwa senaman mata dapat meningkatkan daya ingatan sehingga 10% (Berita Harian, 10 Mei 2007). Caranya dengan menggerakkan mata ke kiri dan ke kanan secara berulang selama 30 saat. Kelebihan senaman mata mengatasi pengambilan bahan stimulasi tiruan dan pil penguat daya ingatan kerana pergerakan mata menyebabkan dua bahagian otak saling berinteraksi. Hasil penemuan itu disiarkan dalam Jurnal Brain & Cognition dan Times of India. Manakala Miss Hana melalui blognya, betkidzs.blogspot.com menggarisi 10 cara menguatkan daya ingatan, iaitu (1) yakin dengan kebolehan sendiri, (2) latih otak berfikir, (3) kurangkan stres, (4) tingkatkan perhatian, (5) jaga pemakanan, (6) berikan cukup masa berfikir, (7) luaskan imaginasi, (8) sebut atau tulis berulang kali, (9) mengkategorikan berdasarkan kumpulannya, dan (10) aturkan perbuatan dengan kebiasaan. Selain itu, saya berpendapat dengan menganalogikan sesuatu dengan sesuatu yang biasa dengan diri kita juga boleh membantu meningkatkan dan mengekalkan daya ingatan.Sabtu, 21 April 2012
Mata
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Manchester Metropolitan diketuai Dr. Andrew Parker mendakwa senaman mata dapat meningkatkan daya ingatan sehingga 10% (Berita Harian, 10 Mei 2007). Caranya dengan menggerakkan mata ke kiri dan ke kanan secara berulang selama 30 saat. Kelebihan senaman mata mengatasi pengambilan bahan stimulasi tiruan dan pil penguat daya ingatan kerana pergerakan mata menyebabkan dua bahagian otak saling berinteraksi. Hasil penemuan itu disiarkan dalam Jurnal Brain & Cognition dan Times of India. Manakala Miss Hana melalui blognya, betkidzs.blogspot.com menggarisi 10 cara menguatkan daya ingatan, iaitu (1) yakin dengan kebolehan sendiri, (2) latih otak berfikir, (3) kurangkan stres, (4) tingkatkan perhatian, (5) jaga pemakanan, (6) berikan cukup masa berfikir, (7) luaskan imaginasi, (8) sebut atau tulis berulang kali, (9) mengkategorikan berdasarkan kumpulannya, dan (10) aturkan perbuatan dengan kebiasaan. Selain itu, saya berpendapat dengan menganalogikan sesuatu dengan sesuatu yang biasa dengan diri kita juga boleh membantu meningkatkan dan mengekalkan daya ingatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Aku belajar di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) mulai Julai 1987 hingga November 1989 dalam jurusan Pengajian Sekolah Menengah subje...
-
Buku MORFOLOGI - SINTAKSIS BAHASA MELAYU (MALAYA) DAN BAHASA INDONESIA: SATU PERBANDINGAN POLA ini merupakan karangan Asmah Binti Haji O...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan