Tahniah kepada Mazlinah binti Arabi kerana cerpen anda telah disiarkan dalam Utusan Borneo pada 28 Oktober 2012. Mazlinah merupakan pelajar DPLI (Bahasa Melayu) di IPG Kampus Tawau. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah). Menunggu Hari Esok merupakan cerpen pertama yang dihasilkan olehnya, dan hasil bimbingan saya. Walaupun pertama kali menghasilkan cerpen, saya terkesan bakat dan keupayaannya dalam bidang sastera. Beliau boleh cepat maju jika terus berkarya dan membaiki kelemahan diri, serta rajin membaca dan meneliti karya-karya penulis terkenal. Saya telah membimbing anda dan Utusan Borneo telah membuka laluan pertama, sekarang terpulanglah kepada anda untuk terus berkarya atau setakat kejayaan pertama sahaja. Jika ingin terus maju, jangan lupa menghadiri aktiviti-aktiviti kesusasteraan dan selalulah meneroka alam pemasalahan baru sebagai persoalan karya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
AKAL BUDI MELAYU
Akal Budi Melayu OLEH ATIQAH ABD RAHIM Sesi Wacana Ilmu 2020 Siri Kedua telah bersiaran langsung menerusi laman Facebook rasmi Dew...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Selamat berbahagia melayari alam rumah tangga kepada Encik Roslan Madun dan Puan Aminah Mohktar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan