Selasa, 3 September 2013

Orang Kinabatangan


"(Harga) minyak petrol naik pastinya tidak memudaratkan rakyat kerana (mereka) yang ada kereta besar adalah orang-orang besar dan berkemampuan, (sedangkan) orang kampung tidak berkereta," demikian ujar anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mohktar Radin terhadap isu kenaikan harga minyak RON 95 sebanyak 20 sen seliter yang diumumkan oleh Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 2 September 2013.

Pada padangan saya, kenyataan Bung Mokhtar itu tidak bertanggungjawab dan menghina mereka yang memiliki kereta besar (golongan atasan dan menengah), termasuk keluarga Bung Mokhtar sendiri. Bung terlepas pemikiran apabila beranggapan sedemikian kerana orang kampung juga (sebagaimana orang tidak kampung) memerlukan makanan. Sebahagian besar makanan yang dibeli dan dimakan oleh orang kampung itu adalah diangkut menggunakan kenderaan yang dinaikkan harga minyak. Apabila harga minyak naik akan secara langsung menyebabkan harga barangan juga naik. Kenaikan harga barangan inilah yang bakal 'memudaratkan' (menjejaskan) corak kehidupan dan pembelanjaan orang kampung, lebih-lebih lagi masyarakat kampung di kawasan Parlimen Kinabatangan dan Pekan yang sedia dhoih itu.

Kesan daripada kenaikkan harga tersebut, Malaysiakini pada 3 Sept. 2013 melaporkan syarikat pengangkutan kontena Taipanco Sdb. Bhd. telah berhasrat menaikkan surcaj bahan api kargo dari kadar 16.19% kepada 18.2%. Dalam hari sama, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) membayangkan agar kerajaan meluluskan tuntutan kenaikan tambang bas sebanyak 30% yang dimohon mereka sebelum ini. Tidakkah kenaikan harga dua contoh di atas bakal mengundang kenaikan harga narangan dan membebankan rakyat bawahan?

Kasihanilah mereka yang mengundi anda dan jangan bersikap 'madu yang diberi, racun yang dibalas.'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan