Isu kemalangan murid di hadapan dan di dalam kawasan sekolah bukan isu baharu. Sudah banyak cadangan dikemukakan dan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, masalah ini tetap berlaku. Puncanya adalah pelbagai. Berdasarkan pemerhatian, salah satu faktor ialah tapak sekolah dibina bersebelahan jalan raya utama. Cadangan dan tindakan memasang papan tanda kelajuan di hadapan kawasan sekolah tidak berkesan. Manakala cadangan terbaharu mengehadkan kenderaan berat melintasi kawasan sekolah pada waktu-waktu tertentu, pada pandangan saya, tidak menjamin akan dipatuhi. Justeru, saya mencadangkan, pada masa akan datang, (a) sekolah-sekolah baharu yang akan dibina hendaklah berjarak satu atau dua kilometer daripada jalan raya utama; (b) melantik seorang pengawal lalu-lintas yang akan menguruskan murid melintas jalan di hadapan sekolahnya; (c) membuat tanda belang kuning sepanjang 50 atau 100 meter di atas jalan raya di hadapan pintu masuk ke sekolah; (d) menyediakan tapak parkir kenderaan tempat menurun dan menunggu murid yang lebih luas dan selesa; (e) membina beberapa laluan atau jalan alternatif ke sekolah berkenaan; dan (f) menghalang sepenuhnya penjajah berjualan di tepi pagar sekolah, lebih-lebih lagi di kaki lima jalan raya. Khamis, 6 Oktober 2016
Cadangan Membina Sekolah
Isu kemalangan murid di hadapan dan di dalam kawasan sekolah bukan isu baharu. Sudah banyak cadangan dikemukakan dan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, masalah ini tetap berlaku. Puncanya adalah pelbagai. Berdasarkan pemerhatian, salah satu faktor ialah tapak sekolah dibina bersebelahan jalan raya utama. Cadangan dan tindakan memasang papan tanda kelajuan di hadapan kawasan sekolah tidak berkesan. Manakala cadangan terbaharu mengehadkan kenderaan berat melintasi kawasan sekolah pada waktu-waktu tertentu, pada pandangan saya, tidak menjamin akan dipatuhi. Justeru, saya mencadangkan, pada masa akan datang, (a) sekolah-sekolah baharu yang akan dibina hendaklah berjarak satu atau dua kilometer daripada jalan raya utama; (b) melantik seorang pengawal lalu-lintas yang akan menguruskan murid melintas jalan di hadapan sekolahnya; (c) membuat tanda belang kuning sepanjang 50 atau 100 meter di atas jalan raya di hadapan pintu masuk ke sekolah; (d) menyediakan tapak parkir kenderaan tempat menurun dan menunggu murid yang lebih luas dan selesa; (e) membina beberapa laluan atau jalan alternatif ke sekolah berkenaan; dan (f) menghalang sepenuhnya penjajah berjualan di tepi pagar sekolah, lebih-lebih lagi di kaki lima jalan raya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Buku MORFOLOGI - SINTAKSIS BAHASA MELAYU (MALAYA) DAN BAHASA INDONESIA: SATU PERBANDINGAN POLA ini merupakan karangan Asmah Binti Haji O...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan