Ini permit mengajar aku yang pertama dan terakhir. Aku mula mengajar pada 1 Disember 1989 (pada masa itu, sesi persekolahan bermula pada bulan Disember). Dengan bangganya aku memohon permit, namun setelah menerimanya, aku rasa marah. Apa tidaknya? Permit yang diberikan itu sah untuk beberapa hari sahaja. Yang sepatutnya permit itu sah selama setahun. Mungkin alasan mereka kerana aku memohon pada akhir tahun, maka tarikh permit itu tidak boleh melangkaui tahun berikutnya. Aku fikir memohon permit pada awal sesi persekolahan itu sudah bijak. Rupa-rupanya .... Marah terhadap tindakan dan pemikiran tidak bijak pegawai (dan JPWP juga), maka sehingga kini aku tidak memohon permit mengajar. Dan, ramai guru yang tiada permit mengajar. Apakah permit ini masih ada kini, tidak dapat pula saya pastikan.Khamis, 18 Oktober 2012
Permit Mengajar
Ini permit mengajar aku yang pertama dan terakhir. Aku mula mengajar pada 1 Disember 1989 (pada masa itu, sesi persekolahan bermula pada bulan Disember). Dengan bangganya aku memohon permit, namun setelah menerimanya, aku rasa marah. Apa tidaknya? Permit yang diberikan itu sah untuk beberapa hari sahaja. Yang sepatutnya permit itu sah selama setahun. Mungkin alasan mereka kerana aku memohon pada akhir tahun, maka tarikh permit itu tidak boleh melangkaui tahun berikutnya. Aku fikir memohon permit pada awal sesi persekolahan itu sudah bijak. Rupa-rupanya .... Marah terhadap tindakan dan pemikiran tidak bijak pegawai (dan JPWP juga), maka sehingga kini aku tidak memohon permit mengajar. Dan, ramai guru yang tiada permit mengajar. Apakah permit ini masih ada kini, tidak dapat pula saya pastikan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
-
Aku belajar di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) mulai Julai 1987 hingga November 1989 dalam jurusan Pengajian Sekolah Menengah subje...
-
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan