Sabtu, 31 Ogos 2013

Merdeka 56

Merdeka bukan memandu Saga atau Wira atau Waja atau Perve atau Suprima S, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan menunggang Modenas, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan diam di rumah dan mengangguk-angguk setiap tutur kata politikus, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Perikatan/Barisan Nasional, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan mengibar jalur gemilang, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan sambutan ulang tahun dan pesta-pesta nyanyian, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan membantah setiap demonstrasi pembangkang, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan TV3 atau akhbar Utusan Malaysia, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Tunku, bukan Razak, bukan Mahathir, bukan Pak Lah dan Najib, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan mencintai Agong atau raja, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan 'yes man, no man', ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Melaka, bukan Baling atau Lahad Datu, ia lebih daripada itu. Di manapun engkau berada, merdeka adalah keselamatan dan kesejahteraan diri, agama, bangsa dan negara nan satu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan