Saya akui kebenaran catatan AGI Sarawak dalam Utusan Malaysia (01.02.12) yang bertajuk "Banyak Karenah di IPG?" Menurut pensyarah lama, karenah itu sudah menjadi warisan dan sebati. Ia wujud sejak IPG bergelar maktab lagi. Walaupun maktab bernyawa dalam lumpur karenah, namun sumbangannya melahirkan guru cemerlang tidak dapat dinafikan. Sebilangan tenaga akademik pakar di universiti atau politikus berjaya pernah diasuh di maktab. justeru, saya berpendapat, maktab merupakan lambang keintelektualan guru di Malaysia. Maktab merupakan kilang yang berjaya menghasilkan guru-guru berkualiti di sekolah kerajaan di Malaysia. Kualiti gurunya mengatasi kualiti guru yang dihasilkan oleh universiti, walaupun tenaga kerjanya tiada bergelar profesor. Kini, semua itu menjadi catatan sejarah. IPG yang membesar daripada benih maktab perlu mencipta sejarahnya tersendiri. Diharapkan sejarah itu lebih gemilang daripada sejarah maktab. Untuk itu, IPG perlu bermuhasabah diri. Mengkaji segala kekuatan dan kelemahan maktab untuk diteladani. Catatan AGI Sarawak bahawa IPGM dan IPGK masih mengamalkan karenah lama perlu diberikan perhatian. Kalau kerajaan Barisan Nasional sedang rancak mentranformasikan sistem pentadbiran, maka IPGM dan IPGK perlu mereformasikan dirinya. Reformasi dan tranformasi perlu dijelmakan dalam semua aspek di IPG, baik dari segi perjawatan (staf akademik mahupun sokongan), sistem pentadbiran, pemikiran, sukatan pelajaran, aktiviti pelajar dan sebagainya. Kurang aktiviti bercakap, bermesyuarat, berhimpun, pesta-pestaan. Gantikan semuanya dengan aktiviti akademik bagi melahirkan modal insan berkualiti dalam pengajaran dan pemikiran. Bagi mencapai hasrat institusi akademik 'bertaraf dunia,' maka undang-undang, peraturan dan sistem perjawatannya juga mesti bertaraf dunia. Untuk itu, saya fikir, kuasa autonomi juga perlu diberikan kepada IPGK. Namun begitu, sebelum itu, peneraju IPGM dan IPGK mestilah tokoh akademik yang bertaraf dunia.
Ahad, 5 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan