Pertama kali aku memiliki pasport ialah sekitar tahun 1982/1983. Waktu itu aku masih belajar di sekolah. Oleh sebab sekolah membuat lawatan ke Singapura, maka aku terpaksa membuat Pasport Terhad Singapura. Terlupa pula bayaran yang dikenakan. Itulah kali pertama dan kali terakhir aku ke Singapura. Pada tahun 1994, sekali lagi aku membuat pasport - Pasport Malaysia - kerana Inst. Bahasa Melayu (kini IPGKBM) bercadang membuat lawatan ke Indonesia. Bayarannya ialah RM300.00. Kini, tahun 2012 sekali lagi aku membuat pasport (bayarannya RM5.00) yang dinamakan Dokumen Perjalanan Terhad, dikeluarkan oleh Pejabatan Imigresen Sabah cawangan Tawau. Dengan pasport ini aku dibenarkan tinggal di Sabah sehingga 2017. Sebelum itu, aku diberikan Pas Lawatan untuk tinggal di Sabah selama 30 hari. Rupa-rupanya, kerajaan Sabah dan sarawak menganggap warganegara Malaysia dari Semenanjung sebagai pelawat. Statusnya sama dengan warga asing. Bezanya, rakyat Semenanjung boleh menggunakan kad pengenalan. Memang hati kecilku terarasa undang-undang ini menyusahkan dan tidak perlu. Terasa aneh apabila disyaratkan kepada rakyat Malaysia dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak perlu diberikan Pas Lawatan atau menggunakan pasport, sedangkan syarat ini tidak dikenakan terhadap rakyat Sabah dan Sarawak yang berkunjung ke Semenanjung. Saya fikir undang-undang imigresen ini perlu dimansuhkan kerana tidak menggambarkan ciri-ciri 1Malaysia.
Ahad, 29 Januari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...
Kepada Admin sila jangan buat spekulasi sendiri..sila buat rjukan tentang perjanjian Malaysia 1963 dan pekara 18 sarawak dan 20 sabah.sekian.
BalasPadamTerima kasih atas reaksi anda itu. Saya tahu ada perjanjian itu. Ia relevan pada masa itu. Kini, beberapa item dalam perjanjian itu perlu dimansuhkan kerana sudah tidak sesuai. Apalagi, apabila kerajaan telah memperkenalkan konsep 1Malaysia. Menghapuskan penggunaan passport, misalnya, tidak merugikan sesiapa. Tanah rakyat Sarawak dan Sabah masih kekal milik rakyat Sarawak dan Sabah. Berubahlah ikut kesesuaian zaman selagi ia tidak memudaratkan.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam