Selasa, 8 Mei 2012

Fatwa

Hasil Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menganggap himpunan Duduk-Bantah Bersih 3.0 adalah haram di sisi agama Islam. Fatwa ini disanggah oleh TG Nik Abdul Aziz. Kata beliau, "Fatwakah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?  Huru-hara tercetus jika ia dihalang. Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara. Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden UMNO di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan? Nurul Izzah (Malaysiakini, 8 Mei 2012) mengemukakan enam soalan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, yang saya rumuskan sebagaimana berikut: (1) haramkah perhimpunan Duduk-Bantah Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya bebas dan adil?, (2) haramkah perhimpunan Duduk-Bantah Bersih 3.0 yang melanggar larangan mahkamah yang menghalang perhimpunan di Dataran Merdeka? (3) haramkah perhimpunan Duduk-Bantah Bersihb 3.0 yang ingin bersurai telah menerima tindakan kekerasan melampau daripada segelintir anggota polis bertugas? (4) haramkah perhimpunan Duduk-Bantah Bersih 3.0 menganjurkan demonstrasi bagi menjatuhkan kerajaan sah di sisi undang-undang? (5) haramkah perhimpunan Duduk-Bantah Bersih 3.0 kerana membantah proses pilihan raya yang disekat dengan pelbagai akta? dan (6) haramkah perhimpunan Duduk-Bantah Bersih 3.0 membantah kerajaan yang dibantuk berdasarkan pilihan raya tidak adil? Saya bersetuju dengan pandangan YAB TG Nik Abdul Aziz dan YB Nurul Izzah. Sudut pandangan fatwa tersebut jelas nampak kejulingan dan sangat membahayakan. Kenyataan ini boleh mengundang kenyataan juling yang lain, khususnya golongan berkepetingan dalam parti dan si jahil. Pada saya, kenyataan ini amat tidak sepatut datang daripada golongan berilmu seperti para mufti. Kejulingannya akan  merosakan imej agama Islam. Jika golongan dianggap ulama pun bertindak juling, maka kepada siapa lagi dapat masyarakat menyandarkan atau memurnikan akidahnya? Barangkali inilah yang dikatakan sebagai ulama di akhir zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AKAL BUDI MELAYU

  Akal Budi Melayu OLEH ATIQAH ABD RAHIM   Sesi Wacana Ilmu 2020 Siri Kedua telah bersiaran langsung menerusi laman Facebook rasmi Dew...