Khamis, 3 Mei 2012

Sajak Pertama

Di sebelah merupakan siaran pertama sajak aku sejak menetap di Tawau. Sajak ini disiarkan dalam Utusan Borneo bertarikh 24 April 2012. Sajak ini telah lama dikarang: dari pendek hingga menjadi panjang, dari gemuk hingga menjadi kurus. Diksinya sering berubah. Ada yang menjelma dan ada yang menghilang. Demikian, rangkapnya: dari banyak baris kepada sedikit baris. Dari sedikit baris kepada banyak baris. Juga kepuasan: sekejap terasa puas  sekejap terasa tidak puas. Telah berkali juga dihantar ke media, namun tidak bersambut. Mungkin rezekinya di Tawau. Apapun, terima kasih Abd Naddin Shaiddin. Beliau telah memasyarakatkan sajak lima rangkap ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AKAL BUDI MELAYU

  Akal Budi Melayu OLEH ATIQAH ABD RAHIM   Sesi Wacana Ilmu 2020 Siri Kedua telah bersiaran langsung menerusi laman Facebook rasmi Dew...