Tarian Gawai merupakan tarian warisan masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak, dan sekali gus menjadi kebangaan bagi masyarakat dan negara Malaysia. Tarian ini disambut selepas musim menuai, iaitu sekitar bulan Mei atau Jun. Tarian Gawai boleh dipersembahkan secara solo atau berpasangan. Si lelaki menari membongkok sambil berjalan dan membawa pedang. Ada kalanya pedang di tangan dan ada kalanya pedang digigit. Si perempuan pula bergerak perlahan sekadar menginjak-injak kaki dan menarikan tangan, mengiringi rentak tari si lelaki. Penari memakai baju tradisi kaum, berantai manik, berperisai di tangan kiri dan beberapa helai bulu Burung Kenyalang diikat tegak di kepala si lelaki. Si perempuan berpakaian lengkap, berbaju tanpa lengan, berkain skert dan berhiasan di kepala. Nampak sopan dan menarik. Namun, pakaian si lelaki separuh bogel. Hanya bercawat bagi menutup anu sahaja. Aku fikir, cara berpakaian si lelaki itu tidak sesuai lagi, khususnya bagi majlis peringkat nasional. Tepat untuk zaman tradisional, namun tidak tepat pada zaman moden. Apalagi, tarian itu dipersembahkan di hadapan tetamu kehormat dari etnik dan budaya berbeza. Dengan paha dan punggung penuh tatu dan tertonggeng-tonggeng ke arah tetamu pulak, amat terasa ketidaksopanan masa. Alangkah baiknya jika si lelaki memakai trek atau setidak-tidaknya berseluar pendek. Kemudian, diikuti pakaian tradisional yang bermanik-manik itu. Pergerakannya pula disopankan agar tidak membelakang tetamu atau punggung 'tertunjuk-tunjuk' pada tetamu. Manakala air tuak boleh digantikan dengan air mineral.Sabtu, 5 Mei 2012
Gawai
Tarian Gawai merupakan tarian warisan masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak, dan sekali gus menjadi kebangaan bagi masyarakat dan negara Malaysia. Tarian ini disambut selepas musim menuai, iaitu sekitar bulan Mei atau Jun. Tarian Gawai boleh dipersembahkan secara solo atau berpasangan. Si lelaki menari membongkok sambil berjalan dan membawa pedang. Ada kalanya pedang di tangan dan ada kalanya pedang digigit. Si perempuan pula bergerak perlahan sekadar menginjak-injak kaki dan menarikan tangan, mengiringi rentak tari si lelaki. Penari memakai baju tradisi kaum, berantai manik, berperisai di tangan kiri dan beberapa helai bulu Burung Kenyalang diikat tegak di kepala si lelaki. Si perempuan berpakaian lengkap, berbaju tanpa lengan, berkain skert dan berhiasan di kepala. Nampak sopan dan menarik. Namun, pakaian si lelaki separuh bogel. Hanya bercawat bagi menutup anu sahaja. Aku fikir, cara berpakaian si lelaki itu tidak sesuai lagi, khususnya bagi majlis peringkat nasional. Tepat untuk zaman tradisional, namun tidak tepat pada zaman moden. Apalagi, tarian itu dipersembahkan di hadapan tetamu kehormat dari etnik dan budaya berbeza. Dengan paha dan punggung penuh tatu dan tertonggeng-tonggeng ke arah tetamu pulak, amat terasa ketidaksopanan masa. Alangkah baiknya jika si lelaki memakai trek atau setidak-tidaknya berseluar pendek. Kemudian, diikuti pakaian tradisional yang bermanik-manik itu. Pergerakannya pula disopankan agar tidak membelakang tetamu atau punggung 'tertunjuk-tunjuk' pada tetamu. Manakala air tuak boleh digantikan dengan air mineral.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Buku MORFOLOGI - SINTAKSIS BAHASA MELAYU (MALAYA) DAN BAHASA INDONESIA: SATU PERBANDINGAN POLA ini merupakan karangan Asmah Binti Haji O...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan