Rabu, 21 Ogos 2013

Kadar Cukai Pendapatan

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kadar cukai pendapatan individu pemastautin adalah progresif, iaitu antara 0 % hingga 26 % dikenakan terhadap jumlah pendapatan bercukai tahunan. Kadar cukai pendapatan di bawah ini telah diluluskan dan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2010. Anda boleh mengira sendiri baki jumlah pendapatan bercukai setelah ditolak sekitar 20 item pelepasan yang tidak dikenakan cukai. Nilai wang 20 item pelepasan adalah sekitar RM65,300. Walau bagaimanapun, tidak semua 20 item pelepasan itu anda terlibat. Mungkin 10 item dengan nilai pelepasan sebanyak RM5,000 sahaja. Setiap pembelanjaan bagi 20 item itu mesti dibuktikan dengan resit. Jika tiada resit, pelepasan item berkenaan tidak diterima. Baki pendapatan tahunan (dari semua punca), jika melebihi RM2,500 akan dikenakan cukai pendapatan. Anda boleh mengira sendiri jumlah pendapatan tahunan dari semua punca. Setelah mengetahuinya, jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat yang membayar cukai. Terdapat satu pengiraan yang membebankan anda sebagai pembayar cukai dan menguntungkan pengutip cukai. Terdapat terdapat pendapatan tahunan yang tidak dilaporkan (misalnya pendapatan daripada royalty), jumlahnya bersama-sama caj dendaan (interes) akan dikenakan dalam tahun semasa. Katakan, pendapatan tidak dilaporkan pada tahun 2010 berjumlah RM2,000, 2011 (RM1,500), dan 2012 (RM2,500). Jumlah keseluruhannya RM6,000 (kiraan sebelum caj dendaan) akan digabungkan dengan jumlah pendapatan keseluruhan tahun 2013 (RM50,000 misalnya). Jumlah pendapatan RM56,000 itu ditolak dengan 20 item pelepasan. Bakinya, sekiranya melebihi RM2,500, akan dikenakan cukai. Kadar cukai 1 % hingga 26 % itu tidak termasuk dendaan lewat membayar.
PENDAPATAN BERCUKAI
KADAR CUKAI
RM1.00 – RM2,500
0 %
RM2,501 – RM5,000
1 %
RM5,001 – RM20,000
3 %
RM20,001 – RM35,000
7 %
RM35,001 – RM50,000
12 %
RM50,001 – RM70,000
19 %
RM70,001 – RM100,000
24 %
RM100,001 dan seterusnya
26 %

1 ulasan: