Selasa, 20 Ogos 2013

R4BIA

Telah terhasil satu ciptaan baharu sebagai alat komunikasi bersimbol. Simbol ini dicipta sempena Peristiwa Berdarah di Dataran Rabia, Mesir. Simbol empat jari ditegakkan bersama-sama perkataan 'R4BIA.' Nombor '4' menggantikan huruf 'A' pertama. Menurut sumber, menegakkan empat jadi membawa maksud;  
  1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan permesatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
  2. Simbol empat jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah. 
Pada sumber lain pula menjelaskan makna yang lain, iaitu;

  1. Satu jari ditegakkan bermakna "Allah Matlamat Kami." 
  2. Dua jari ditegakkan bermakna "Rasul Pemimpin Kami." 
  3. Tiga jari ditegakkan bermakna "al-Quran Perlembagaan Kami," dan 
  4. Empat jari ditegakkan bermakna "Mati Dijalan Allah Cita-Cita Mulia Kami."
Berdasarkan dua sumber di atas, dan mengambil kira akan fenomena yang berlaku di Mesir dalam bulan Syawal ini, dapat diikonkan bahawa simbol empat jari ditegakkan sebagai lambang kebersatuan rakyat sesuatu negara atau ahli dalam sesuatu organisasi menentang kekejaman atau penindasan yang dilakukan oleh bangsa sendiri atau pemimpin dalam negara sendiri, atau pemimpin dalam organisasi sendiri. Cara menzahirkan bantahan boleh diperlakukan sebagaimana cara menzahirkan 'peace' atau kebebasan atau kemerdekaan negara sambil menjerit ucapan "R4BIA".

Simbol empat jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan pada hari Sabtu 17 Ogos 2013 sebagai tanda mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu (2 - 3 Ogos 2013) di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
Tujuan avatar simbol R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai satu bentuk solidariti dan kepedulian terhadap kekejaman yang berlaku di Mesir. Selain itu, bagi menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.Ssebagai penghuni satu dunia, simbol ini boleh digunakan pakai oleh seluruh masyarakat di dunia, sama ada sebagai lambang bantahan sesuatu negara terhadap negara lain mahupun (secara khusus) dalam negara sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AKAL BUDI MELAYU

  Akal Budi Melayu OLEH ATIQAH ABD RAHIM   Sesi Wacana Ilmu 2020 Siri Kedua telah bersiaran langsung menerusi laman Facebook rasmi Dew...