Selasa, 27 Ogos 2013

TPPA

Saya menyokong penuh kenyataan Dr Mahathir dalam Malaysiakini 26 Ogos 2013 yang ditulis oleh Ram Ahmad sebagaimana dipaparkan di bawah ini. "Kerajaan patut berhenti "berahsia" berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) dan mendedahkan kandungan terperincinya kepada awam, kata Dr Mahathir Mohamad.

NONE"Kerajaan tidak patut berahsia kerana ia melibatkan rakyat Malaysia," kata bekas perdana menteri dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat meja bulat berkaitan TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini.

"Menyembunyikannya daripada pengetahuan awam bermaksud terhadap perkara dalam perjanjian itu yang (perunding) tidak mahu orang awam tahu," kata Mahathir, yang telah membaca keseluruhan 29 bahagian dalam perjanjian itu.

"Perjanjian ini akan meningkatkan import kita dan mengurangkan eksport. Ia tidak bagus untuk kita. Saya secara tidak langsung memberitahu kerajaan supaya tidak tandatangan perjanjian ini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PANTUN SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI MELAYU TRADISIONAL

  PANTUN SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI MELAYU TRADISIONAL § Mohamad Saleeh Rahamad   Bukan lebah sebarang lebah,                    Lebah be...