MBi
Catatan pengalaman dan persepsi diri
Khamis, 13 April 2023
Isnin, 3 Januari 2022
Melawat Arau
Malam 30 Disember 2021 aku sampai di Arau. Esoknya, aku melawat sekitar bandar Arau. Arau merupakan Bandar DiRaja di negeri Perlis.
Terdapat lima sumber dipercayai asal-usul negeri Perlis, iaitu pertama, Phrau Loi (kelapa hanyut) yang dipendekkan bunyinya jadi 'pereleh' (Buyung Adil); kedua, daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah; ketiga, daripada nama seorang ulama besar Nusantara bernama Tok Perlis. Kuburnya di Bukit Mengulang, Perlis; keempat, daripada perkataan ‘perlus’ iaitu tanah sawahnya mudah ‘terperlus’; dan kelima, menurut Ahmad Ismail dan Yazid Mat nama Perlis dipercayai berasal daripada nama pokok perlis yang banyak tumbuh di kawasan pinggir sungai.
Keluasan negeri Perlis sekitar 821 kilometer persegi dengan kapasiti penduduknya bancian 2010 seramai Bumiputera (194,584 atau 88.4%), Cina (17,522 atau 8%), India (2,675 atau 1.2%) dan lain-lain (5,329 atau 2.4%). Ibu negeri bernama Kangar, manakala Arau merupakan Bandar Diraja.
Aku melawat Kangar dan bermalam di Arau pada malam 30 Disember 2021. Walaupun dikatakan terdapat 10 buah hotel terbaik di Arau, namun aku menjumpai dua hotel bajet sahaja. Keesokannya aku melawat Hub Bas Perlis, Stesen Kereta Api, Rumah Warisan Perlis dan masjid.
Kegiatan ekonomi utama masyarakat Perlis ialah menanam padi. Buah yang paling dikenali ialah buah Pauh Harum Manis.
Ahad, 3 Oktober 2021
Bersolat di bawah jajahan Covid-19
Bersolat itu wajib. Dalam penjajahan Covid-19 ini, sering kali aku bermasalah untuk mencari tempat bersolat, terutama dalam perjalanan atau musafir. Surau tutup, masjid tutup, surau di stesen minyak pun tutup. Hanya dapat solat di rumah. Sering terjadi, sesampai di rumah, waktu solat sudah terlepas. Adalah terasa sangat nikmat dapat mengerjakan solat, walaupun di bahagian luar masjid. Gambar - dua orang wanita sedang bersolat di bahagian luar masjid di Tanah Merah, Kelantan, pada 26 September 2021.
Sabtu, 26 Jun 2021
Jumaat, 11 Jun 2021
Tidak Tersalah Tafsir
![]() |
Kalau membaca biar sampai ke noktah.
Selasa, 8 Jun 2021
Ahad, 6 Jun 2021
Rasa Pandai
Kerana rasa lebih itulah kita selalu terbelakang dan ditertawakan.
Sabtu, 15 Mei 2021
Sejarah Hari Raya Aidilfitri 2021
![]() |
Rabu, 12 Mei 2021
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021
Sabtu, 27 Februari 2021
IPGKBM
Selasa, 16 Februari 2021
AKU SEBUTIR BINTANG KECIL
Jumaat, 18 Disember 2020
Aku Rindu Kamu
Ahad, 8 November 2020
Jumaat, 16 Oktober 2020
Lebih Baik Hadir Mesyuarat
Sebabnya, dalam mesyuarat Majlis Kualiti Institut (MKI), aku mewakili KJ, mereka bincang bahawa jika tidak hadir program Institut sebanyak tiga kali berturut-turut akan diberikan surat tunjuk sebab. Demikian, jika hadir sekejap, kemudian menghilang kerana pergi mengajar, juga akan dianggap tidak hadir,
Maka hari ini aku tidak masuk ke kelas yang sepatut bermula 8.45 - 12.45 tgh kerana mesyuarat MKI dari jam 9.00 - 12.55 tgh.
Petangnya pula, aku hadir Mesyuarat JK Arkib dan Repositori Bil. 1/2020 dari jam 2.00 - 4.00 ptg. Sungguh mahal gaji aku pada hari ini. Aku perlu hadir mesyuarat walaupun sebagai patung bernyawa.
Siapa mahu surat tunjuk sebab dan surat itu dimasukkan dalam fail peribadinya. Aku tidak mahu. Tentu tuan-tuan pun tidak mahu. Maka, lebih baik hadir mesyuarat daripada mengajar jika masanya serentak.
Pasar Karat
Pasar Karat barangan lama,
Selasa, 6 Oktober 2020
Denggi
Rabu, 23 September 2020
Khamis, 23 Julai 2020
Isnin, 2 Mac 2020
Khamis, 23 Januari 2020
Jumaat, 1 November 2019
Kampung Mati
