Aku bertolak dari KLIA2 ke Surabaya pada 18 Oktober. Kapal terbang mendarat LTA Juanda, Sodoarjo. Rupa-rupanya di Surabaya tiada LT bertaraf antarabangsa. Kami disambut oleh Ibu Habsah dan Ibu Tina, dan terus Probolinggo. Kami akan mendaki puncak Gunung Bromo Sukapura pada pagi 19 Okt. Bunyi kawah Gunung Bromo mengumam ganas seperti mengunyah sesuatu dengan lahapnya. Amat menakutkan. Kemudian, kami melawat ladang apel di Batu, Malang, dan berdiskusi budaya dan pendidikan dengan Universitas Brawijaya, dan bermalam di sana. Apel hijau, rasanya kemasaman. Oleh sebab perjalanan pergi dan baliknya jauh, tidak banyak tempat di Surabaya dapat aku lawati.
Jumaat, 10 November 2017
Selasa, 7 November 2017
Isnin, 23 Oktober 2017
Tahu dan Rasa
Tahu tidak pernah mendidik kita jadi berguna. Dan, besar. Diingati dunia dan dirahmati-Nya. Kecuali rasa. Rasa yang merasai tahunya.
Khamis, 12 Oktober 2017
Bangsa
Agama boleh bertukar, namun bangsa tidak. Sejauh manapun engkau
berjalan, setinggi manapun engkau belajar, sekaya manapun engkau berharta, sebesar manapun engkau berjawatan, sedalam manapun engkau berilmu: Bangsamu yang kini tetap bangsamu yang dulu. Dan, bahasamu juga! Oh, Tuhan, alangkah hinanya bangsa yang Engkau berikan bahasa, dia pertingkaikan keupayaan bahasanya.
Selasa, 3 Oktober 2017
Isnin, 25 September 2017
Aku Suka Teknologi
Aku suka teknologi. Ya, aku suka teknologi. Lagi canggih lagi suka. Lagi ringan dan perkasa. Walau mata dajalnya membunuh aku. Membikin aku sengsara. Rakan jadi penganggur. Jadi penjenayah. Merampas kerja dan bahagia. Namun, aku suka
teknologi. Dia punya seribu tangan, seribu mata, dan seribu daya. Aku suka teknologi. Ya, aku suka teknologi. Terpaksa!
Isnin, 11 September 2017
Jumaat, 18 Ogos 2017
Menyusu Kera di Hutan
Bermula tahun 2016, staf akademik di IPGKBM dibahagi dua, Sayap dalam Perkhidmatan yang mempunyai 70% pensyarah, dan sayap Praperkhidmatan yang mempunyai 30% pensyarah. Aku berada di sebelah Praperkhidmatan bertugas mendidik pelajar PPISMP (2 semester) dan pelajar PISMP (8 semester). Tugas sayap Dalam Perkhidmatan ialah membina modul dan memberi kursus kepada guru-guru. Kos pembelanjaannya ditanggung oleh PADU. Banyak modul dihasilkan dan diberikan percuma kepada guru. Tidak ada satupun modul dan kursus diberikan kepada pelajar sendiri (PISMP) yang bakal menjadi guru beberapa bulan lagi. Bagi aku, IPGKBM kini seumpama 'menyusu kera di hutan.' Alangkah baiknya kalau kursus dan modul yang dihasilkan itu diberikan juga kepada pelajar PISMP.
Isnin, 19 Jun 2017
Kad Hari Guru dan Minat Kesusasteraan
Seperti biasa aku menerima beberapa kad ucapan sempena sambutan hari guru. Paling terkesan kad dihantar oleh Jie Ying. Syukurlah, kalau benar begitu. Usaha aku memperkenal dan menarik minat pelajar terhadap kesusasteraan berjaya. Harapanku minatnya itu berkekalan. Dan, beliau menjadi guru Bahasa Melayu yang cemerlang.
Rabu, 12 April 2017
Gong
Awal tahun ini aku dapati kunci Bilik MQA BM telah dipotong dan diganti dengan mangga baharu. Pemotongnya tentulah pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP) yang diketuai oleh Encik Zakuan. Khabarnya, mereka mahu jadikan bilik itu dan lima bilik lain sebagai bilik peperiksaan. Sebelum ini, UPP telah ada empat bilik yang panjang dan luas digunakan untuk peperiksaan.
Ditakdirkan Allah, selepas tiga bulan, aku terjumpoa kunci yang dipotong itu dibuang di suatu sudut bangunan.
Dalam Bilik MQA BM itu penuh dengan fail kursus, buku-buku, tiga buah komputer, beberapa buah meja. Bilik ini khusus untuk proses akreditasi program PISMP. Kini, semua bahan-bahan itu hilang ghaib entah ke mana!
Kali terakhir Bilik MQA BM digunakan dan dilawati oleh Panel MQA ialah pada tahun 2010.
Kali terakhir Bilik MQA BM digunakan dan dilawati oleh Panel MQA ialah pada tahun 2010.
Aku terkilan juga kerana bilik itu diambil secara rampasan. Sepatutnya, mereka datang berjumpa ahli jabatan kami dan memaklumkan tujuannya serta memohon kunci.
Mesyuarat JK Akademik terakhir pada tahun 2016 telah diputuskan bahawa semua peperiksaan di IPG ini dilaksanakan di Dewan Aminuddin Baki. Encik Zakuan merupakan salah seorang ahli JK Akademik tersebut. Pelik juga mengapa beliau engkar keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh pengarah sendiri.
Kalau kita tidak hormat kepada ketua (pengarah) dan keputusan mesyuarat, pada siapa kita mahu hormat lagi. Apakah mahu tunjuk bahawa kita ada kuasa 'gong' dan boleh 'menggong sesiapa sahaja.
Isnin, 13 Mac 2017
Guru 'Munafik'
Kali kedua saya pergi pada 1 Mac 2017, dan kali ketiga pada 12 Mac 2017. Pengajarannya pada 1 Mac tidak menepati kurikulum. Sepatutnya beliau mengajar Komsas dan menggunakan bahan Komsas. Sebaliknya, beliau mengajar bahan lirik lagu "Kau Satu-Satunya." Bahan itu boleh digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu, bukannya dalam waktu Komsas.
Kedatangan saya pada kali ketiga mengecewakan juga kerana pelajar berkenaan belum menyediakan buku rekod pengajaran dan tidak menulis rancangan pengajaran harian. Pelajar ini telah berjanji dengan saya pada 1 Mac bahawa dia akan menyiapkan buku rekod. Dalam sesi perbincangan saya memberitahu bahawa saya boleh mengagalkan beliau. Dan, saya mengatakan bahawa beliau adalah munafik kerana tidak menepati janji.
Saya beri empat jenis dokumen kepada beliau, iaitu (1) Borang PR1 (Borang Bimbingan Praktikum Pelajar); (2) Borang 2-6a (notis Melanggar Peraturan Praktikum); (3) Borang 2-6b (Kes Praktikum; Surat Amaran 1); dan (4) Borang 2-6b Pengakuan Pelajar Sabitan Kes Praktikum.
Dokumen-dokumen itu sebagai amaran dan proses tindakan selanjutnya, jika masih tidak menulis buku rekod pengajaran. Sebelum itu, saya telah berjumpa dengan pengetua dan tuan pengetua telah membayangkan bahawa pelajar ini agak 'liat' menulis buku rekod. Apapun saya harap akan berlaku perubahan sikap pada kedatangan saya nanti.
Jumaat, 3 Mac 2017
Kepemimpinan - Peka
Hari ini saya berselisih pandangan dengan bos, KJ Jabatan Pengajian Melayu. Isunya berkenaan MBMMBI. Di IPGKBM ada jawatankuasa khusus menangani MBMMBI.
Tidak seperti di IPG lain, di IPGKBM ada dua sayap, iaitu sayap Praperkhidmatan (30% pensyarah), dan sayap Dalam Perkhidmatan (70% pensyarah). Saya berada dalam JPM dan JPM berada dalam Praperkhidmatan. Perubahan ini bermula tahun 2016.
IPGM minta semua KJ JPM di IPGK hadir mesyuarat untuk merangka program MBMMBI tahun 2017 dan mohon pembelanjaan anggaran. Pengarah telah minitkan surat itu kepada JPM. Apabila KJ minta saya mewakilinya ke mesyuarat berkenaan, saya pertingkaikan. Alasan saya, sepatut jawatankuasa berkenaan yang pergi kerana mesyuarat itu berkaitan dengan tanggungjawab mereka. KJ bantah kerana surat itu diminitkan kepada JPM, maka JPM patut pergi.
Kata saya (berdasarkan pengalaman sebagai KJ), dalam mesyuarat itu nanti akan diminta laporan aktiviti MBMMBI tahun 2016, sedangkan program itu dilaksanakan oleh jabatan di sayap Dalam Perkhidmatan. Nanti akan timbul masalah 'lembu punya susu, sapi punya nama' dan 'berebut' duit peruntukan nanti. Sepanjang tahun 2016, JPM tidak terlibat dalam pelaksanaan aktiviti MBMMBI.
Oleh sebab KJ rasa tercabar, beliau mewakilkan pensyarah lain ke mesyuarat berkenaan. Itu tandanya KJ marah kepada saya. Saya diam saja dan menerima 'pertukaran' itu dengan syukur.
Petangnya, KJ berjumpa saya dan mengakui kebenaran kata-kata saya (beliau baru dua bulan jadi KJ) akan pensyarah yang sepatutnya pergi. Perubahan sikap itu setelah beliau berbincang dengan pensyarah di jabatan yang bertanggungjawab terhadap MBMMBI.
Moralnya, pertama, pengarah perlu peka dan tahu ke mana surat-surat masuk hendak diminitkan. Nampaknya, pengarah sendiri tidak peka dengan perubahan yang beliau sendiri lakukan. Kedua, tidak semua surat arahan yang masuk ke jabatan perlu kita ikut. KJ perlu teliti, dan kenal pasti orang atau jawatankuasa yang bertanggungjawab menanganinya.
Dua moral ini boleh mengelakkan masalah dalam pentadbiran, dan membentuk keseronokan bekerja kepada diri dan kakitangan.
Rabu, 8 Februari 2017
Telefon
Maaf, kalau saya tidak menjawab panggilan anda. Ia bukan disengajakan. Atau berniat apa-apa. Hal ini kerana saya bukan pemegang telefon yang setia.
Selalunya telefon berada di atas meja atau dalam bilik, manakala saya berada jauh entah di mana. Ada kalanya saya tertinggal telefon di pejabat, dan ada kalanya saya tertinggal telefon di rumah.
Almaklumlah, saya bukan pemegang telefon yang setia. Justeru, maaf, kalau saya tidak menjawab panggilan anda. Kalau berlaku demikian, anda hantarlah mesej.
Selalunya telefon berada di atas meja atau dalam bilik, manakala saya berada jauh entah di mana. Ada kalanya saya tertinggal telefon di pejabat, dan ada kalanya saya tertinggal telefon di rumah.
Almaklumlah, saya bukan pemegang telefon yang setia. Justeru, maaf, kalau saya tidak menjawab panggilan anda. Kalau berlaku demikian, anda hantarlah mesej.
Sangka Aku Memelihara Kucing, Rupa-rupanya Singa!
Ada dua sebab saya muat naik video ini. Pertama, berkenaan telur itik. Makin sukar telur itik diperoleh kerana jarang sudah orang menternak itik. Selain daripada reban, kawasan perternakan itik perlu luas dan ada kolam air.
Kedua, berkenaan suara dalam video itu. Entah mengapa, tiba-tiba saya terkesan amat dengan suara wanita dalam video itu. Jauh dalam sanubari jiwa saya berkata, "Celaka wanita itu!"
Barangkali kerana saya baru terbaca berita tentang seorang ibu mengkelar leher bayinya hingga mati. Dan, kisah yang disiarkan dalam Adila siaran Radio Klasik.
Seorang pengirim menceritakan pengalaman peribadinya yang dilacurkan oleh kakaknya sendiri.
Wanita yang dimitoskan lembut, rupa-rupanya keras. Memang sekarang ramai sudah wanita yang menjadi 'celaka' dan menderhakai sifat yang dianugerahi Allah kepadanya.
Mengapakah mereka menderhakai sifatnya? Entahlah. Barangkali itulah juga antara sebab lelaki bertindak ganas pada wanita demi mengekalkan sifat kewanitaannya!
Kedua, berkenaan suara dalam video itu. Entah mengapa, tiba-tiba saya terkesan amat dengan suara wanita dalam video itu. Jauh dalam sanubari jiwa saya berkata, "Celaka wanita itu!"
Barangkali kerana saya baru terbaca berita tentang seorang ibu mengkelar leher bayinya hingga mati. Dan, kisah yang disiarkan dalam Adila siaran Radio Klasik.
Seorang pengirim menceritakan pengalaman peribadinya yang dilacurkan oleh kakaknya sendiri.
Wanita yang dimitoskan lembut, rupa-rupanya keras. Memang sekarang ramai sudah wanita yang menjadi 'celaka' dan menderhakai sifat yang dianugerahi Allah kepadanya.
Mengapakah mereka menderhakai sifatnya? Entahlah. Barangkali itulah juga antara sebab lelaki bertindak ganas pada wanita demi mengekalkan sifat kewanitaannya!
Jumaat, 6 Januari 2017
2017
Selamat datang 2017 dan selamat tinggal 2016. Banyak kenangan sepanjang 2016 terpaksa aku tinggalkan. Paling bahagia kerana penyakit gout tidak kunjung tiba. Dalam keyakinan aku, tahun berakhir dengan angka 7 merupakan tahun gawat. Gawat pertama aku hadapi pada tahun 2017 ini ialah gout datang kembali pada 2 Januari 2017. Sedangkan, 3 Januari aku mula bekerja. Maka, terkecoh-kecoh aku datang bekerja. Isteri cadang agar aku cuti saja. Tapi, rasa berat hati mahu bercuti. Tentu ada hikmahnya.
Rabu, 4 Januari 2017
Langgan:
Catatan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...