Ya Allah, Engkau ampuni dosa-dosa ayahku, ibuku, saudara-maraku, isteriku, daku, guru-guruku, kawan-kawanku. Engkau terimalah segala jasa, amal dan ibadah kami. Tempatkanlah kami dalam syurga-Mu ya Allah. Dan, jauhi api neraka-Mu daripada kami. Aamiin.
Jumaat, 18 Disember 2020
Ahad, 8 November 2020
Jumaat, 16 Oktober 2020
Lebih Baik Hadir Mesyuarat
Hadir mesyuarat lebih penting daripada mengajar. Itu persepsi aku.
Sebabnya, dalam mesyuarat Majlis Kualiti Institut (MKI), aku mewakili KJ, mereka bincang bahawa jika tidak hadir program Institut sebanyak tiga kali berturut-turut akan diberikan surat tunjuk sebab. Demikian, jika hadir sekejap, kemudian menghilang kerana pergi mengajar, juga akan dianggap tidak hadir,
Maka hari ini aku tidak masuk ke kelas yang sepatut bermula 8.45 - 12.45 tgh kerana mesyuarat MKI dari jam 9.00 - 12.55 tgh.
Petangnya pula, aku hadir Mesyuarat JK Arkib dan Repositori Bil. 1/2020 dari jam 2.00 - 4.00 ptg. Sungguh mahal gaji aku pada hari ini. Aku perlu hadir mesyuarat walaupun sebagai patung bernyawa.
Siapa mahu surat tunjuk sebab dan surat itu dimasukkan dalam fail peribadinya. Aku tidak mahu. Tentu tuan-tuan pun tidak mahu. Maka, lebih baik hadir mesyuarat daripada mengajar jika masanya serentak.

Pasar Karat
Di sini orang menjual bermacam barangan. Ada yang berkarat dan ada yang masih
baharu. Barangan tiada di kedai mungkin akan ditemukan di sini. Aku datang ke
sini kerana mencari buku-buku lama. Dan, aku berpuas hati dengan pencarian aku
itu.
Pasar Karat barangan lama,
kalau dapat (peroleh) senyum sokmo.
Selasa, 6 Oktober 2020
Denggi
Walau ramai orang bersiap-sedia menghadapi serangan Covid-19, namun tidak ramai yang bersiap-sedia menghadapi serangan Aedes. Telah dua bulan kementerian kesihatan datang menyembur asap setiap minggu di kawasan perumahan kami.
Rabu, 23 September 2020
Khamis, 23 Julai 2020
Isnin, 2 Mac 2020
Langgan:
Catatan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...