Jumaat, 11 Disember 2015

Makam Nong Isa

Melawat Komplek Pemakaman Nong Isa, pada 6 Disember 2015, pembuka Pulau Batam, sejak 186 tahun lampau.





Batu Besar, Batam

Melawat perkampungan Melayu dan rumah Melayu terakhir di Batu Besar, Batam, pada 6 Disember 2015




Dialog Kawasan Selatan


Mewakili Pena hadir Dialog Kawasan Selatan di Batam pada 4 - 6 Disember 2015



Konvokesyen Disember 2015 PPG

Selamat berjaya kepada semua graduan Program Pengsiswazahan Guru (PPG) kohort 1 ambilan 2011. Saya terlibat dalam perarakan akademik pada 9 Disember 2015.







Konvokesyen Aswara



Selamat bergraduan kepada anakanda, Nur Syuhada, semoga hidup dan kerjaya terus maju, aamiin.

Ahad, 22 November 2015

Staf Jabatan Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa Melayu, Jun - Dis. 2015

BERDIRI: Hamidah Abdul Hamid, Hapsah Majid, Wan Mardziyah Wan Hasbullah, Sarimah Awang, Norhayati Md. Yatim, Zanariah Ibrahim, Dr. Tuan Jah Tuan Yusuf, dan Normah Isa. DUDUK: Mohd Yusuf Saad, Maniyamin Ibrahim, Dr. Mahsudi Bahari, Tengku Adli Raja Omar, Dr. Md. Sabri Che Man, dan Zawahir Ismail.  

Rabu, 18 November 2015

DLP

Saya menyokong Pena menentang pelaksanaan PPSMI, DLP mahupun apa sahaja nama dan konsep seumpamanya, yang menjatuhkan martabat bahasa kebangsaan di negara Malaysia. Tanpa mengira pelaksananya merupakan pemimpin tertinggi negara, atau separuh tertinggi mahupun tidak tinggi, atau pemandu malah pembonceng sekalipun, mereka ini, pada pendapat saya, merupakan pengganas dan penjenayah kepada bahasa Melayu dan bangsa Melayu.

Khamis, 6 Ogos 2015

APC IPGKBM 2015

Tahniah kepada pensyarah dan staf Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2015.

Mereka terdiri daripada Dr Supian mohamad Noor, Mohd Fauzi Abdullah, Hapsah Majid, Dr Mohamed Ayob Sukabi, Zulkifly Hussin, Ya'akub Ismail, Punithavathi a/p Sinnapoo, Shamsazila Sa'aban, Razman Kamaruddin, Norzeta Erham, Syed Zainal Abidin Syed Ahmad, Md Isa Ismail, Madjah Mustafar, Fauziah Ali, Salina Osman, Azmi Ahmad dan Zainiyah Md. Zain.

Tiga orang daripada mereka merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu. Tahniah. Kejayaan kamu menjadi pembakar semangat dan pendorong usaha kepada kami.

Sabtu, 6 Jun 2015

Dialog Borneo-Kalimantan Ke-12

Kita sering kali terlupa (?) memanfaatkan kearifan tempatan bagi membina bangsa dan negara, sedangkan kearifan tempatan itu amat membijaksanakan modal insan. Kata Dr Adi Badiozaman Tuah dalam Ucaptama, kearifan tempatan yang bermula dari ide, pemikiran atau gagasan dizahirkan dalam pelbagai bentuk amalan budaya material mahupun nonmaterial. Ia bersifat bijaksana, bernilai baik dan jadi pegangan atau amalan anggota masyarakat. 

Kita mempunyai ramai pemikir, malah ahli falsafah bertaraf dunia. Namun kita terlupa (?) memanfaatkannya hingga kearifan itu diambil oleh negara luar untuk membina negara mereka. Kita ada Aminuddin Baki, Atan Long, Awang Had Salleh, Za'ba, Ungku Omar, Zulkifli Muhammad, namun kita tidak menjanakan teori pendidikan mereka ke dalam sistem pendidikan negara. Kita lebih bahagia (?) merujuk teori-teori modal insan yang dijual oleh dunia Barat. Maka, jadilah kita orang Timur yang kebaratan.  

Jumaat, 22 Mei 2015

Memartabatkan Pengajian Melayu

Perlukah diperjuangkan Pengajian Melayu di Malaysia? Bagi saya tidak perlu sebab hal ini berlaku di Malaysia, tanah air Pengajian Melayu. Sepatutnya Pengajian Melayu bermartabat tinggi, mengatasi pengajian lain. 

Namun, kita tersilap melantik  sesetengah Naib Cancelor  yang berusaha keras 'membuang' Pengajian Melayu. Mereka sepatutnya dibuang kerana menjadi parasit atau liabiliti kepada Pengajian Melayu di Tanah Melayu. 

Justeru, bengkel bagi mengumpul maklumat untuk mempertahan dan memartabat Pengajian Melayu (dan universiti) seperti bengkel ini sepatut tiada, jika melantik orang yang layak. 

Saya pernah menulis sajak agar memartabatkan universiti, sebagaimana terdapat dalam Dongeng Bapak (ITBM, 2014).

Khamis, 2 April 2015

Hari Tipu 1Malaysia

01 April 2015, bermulanya kuat-kuasa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6%. Walaupun dibantah, GST tetap dilaksanakan. 

Pada hari pertama pelaksanaan telah banyak ketidakpuasan hati kerana terdapat ketidaktepatan @ 'penipuan' pelaksanaan. Mungkin peniaga tidak memahami, atau mungkin juga mengambil kesempatan mengaut keuntungan. 

Mangsanya ialah pengguna. Misalnya, syarikat prabayar talian telefon  (Telco) mengenakan caj berganda, iaitu SST (6%) dan GST (6%). Ada syarikat yang tidak berdaftar tetap mengenakan GST. Oleh sebab ia berlaku di seluruh negara Malaysia, maka saya menganggap 01 April sebagai 'Hari Tipu 1Malaysia.'


 

Khamis, 26 Februari 2015

Pelanduk Putih

Ulasan saya: Rupa-rupa pengarang Sejarah Melayu tidak berdusta. Yang berikut ialah berita penuh tentang pelanduk putih.

PELANDUK PUTIH JADI TUMPUAN DI LANGKAWI
oleh Hamzah Osman
(BH, 26 Februari 2015)
 
LANGKAWI: Penemuan seekor pelanduk putih di pulau legenda ini menyebabkan kediaman milik Jismani Hasan, 41, di Kampung Buluh Penyumpit, dekat Kuah, di sini, menjadi tumpuan ramai.

Difahamkan, pelanduk putih yang dianggap unik dan jarang ditemui itu, dijumpai Jismani ketika mencari madu lebah di kawasan Hutan Simpan Bukit Tekoh, di sini, bersama anak lelakinya pada petang Rabu minggu lalu.

Menceritakan penemuan pelanduk berkenaan, Jismani berkata, haiwan unik itu ditemui kira-kira jam 5.30 petang ketika dia dan anaknya berada di kawasan tepi sungai berhampiran Telaga Tok Siti di Hutan Simpan Bukit Tekoh.

"Kami terserempak dengan pelanduk putih berkenaan ketika ia turun untuk meminum air di tepi sungai... tanpa berlengah kami terus pasang pukat di kawasan terbabit, sebelum pelanduk putih berkenaan berjaya dijerat kira-kira sejam kemudian," katanya.

Jismani berkata, sejak berita penemuan haiwan unik itu tersebar, pelanduk yang diberi nama 'Awang Putih' itu ternyata mencuri tumpuan ramai sehinggakan kediaman Jismani sering dikunjungi orang ramai yang berhasrat menyaksikan haiwan berkenaan.

Malah, bapa kepada enam anak itu turut mengakui ada pihak yang menawarkan harga sehingga melebihi RM1,000 untuk membeli Awang Putih, namun dia lebih selesa untuk membelanya sendiri.

Difahamkan penemuan pelanduk putih itu adalah yang kedua di pulau pelancongan ini, selepas haiwan ganjil sama pertama kali ditemui di Hutan Simpan Bukit Tekoh pada 23 Mac 2001.

Rabu, 25 Februari 2015

Cuci Tandas

Sejak berkhidmat di IPGKBM pada 2014, saya 'diminta tolong' menyediakan MQA PISMP (PJJ) PPG)) ambilan 2011 di sini. Tidak sukar menyediakannya. Yang menyukarkan mahu mengumpul dokumen sejak 2011, apalagi dengan kerjasama yang sangat kelorek dan kupik. Banyak dokumen sudah lupus. Terpaksalah saya mencari pelajar (guru-guru). Saya merasai satu keanehan. Permohonan 'minta tolong' telah menjadi tanggungjawab yang membebankan. Maka saya berpendapat bahawa kedatangan saya ke sini tidak ubah seumpama 'mencuci tandas yang DIGUNAKAN SEJAK tiga tahun lepas, sedang peralatannya tidak ada. Dan, persepsi saya terhadap rakan sejawat bak 'duit ambil kerja tinggal.' Perkhidmatan mereka dibayar sebanyak RM150.00 sejam selama 10 jam persubjek. Kerja saya ini pula tidak berbayar. Satu lagi masalah kerana sikap IPGM yang sering membawa maklumat berubah-ubah. Maklumat dan arahan kerja pada hari ini akan berubah pada hari esoknya, menyebabkan terpaksa melaksanakan kerja yang sama berkali-kali, dan pembaziran tenaga, masa dan material (misalnya kertas, dakwat, elektrik, makanan).    

Jumaat, 13 Februari 2015

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat


Alhamdulillah, pernah beberapa kali dalam hidup, saya bersolat berimamkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Pergi mendengar ceramah agama di Dataran Ilmu pada setiap pagi Jumaat. Kini, pada malam Jumaat, 12 Februari 2015 bermula kenangan pada usaha dan jasanya mengajak manusia mendiami Syurga. Ya Allah, Engkau rahmatilah rohnya kekal di Syurga selama-lamanya. Aamiin.

Jumaat, 2 Januari 2015

GUA MUSANG














Bandar Gua Musang dan laluan ke Kesedar Inn pada 14 Disember 2014, Pra-Bah Kuning Kelantan 2014. Sudah hujan dan gerimis. Langit mendung.