Khamis, 27 Disember 2018

Gerik

Pertempatan Gerik dibuka oleh Tun Saban, anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum. Nama Gerik diberikan oleh Raja Reman yang pernah menguasai Gerik menjelang abad ke-19 dan pernah berada di bawah kekuasaan Siam. Pada 16 Julai 1902, Siam telah menyerahkan Gerik kepada Inggeris.  

Kini Gerik berstatus Mukim dan berada di bawah Daerah Hulu Perak. Keluasan Gerik 1993 batu persegi. Bandarnya bernama Bandar Gerik. Telah telah berkembang maju dan mempunyai balai polis, balai bomba dan penyelamat, pasar basah, pasar raya, beberapa buah hotel dan jalan bertar.

Rabu, 21 November 2018

Melawat Tawau

Sebelum pulang dari Semporna ke Kuala Lumpur pada 11 November 2018, aku singgah di bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan, iaitu Tawau.  Aku mengimbas kenangan lampau. 

Keluasan Tawau sekitar 6,125 km atau 612,506 hektar, dihuni oleh masyarakat Tidung dan Suluk. Kini sudah ramai etnik lain seperti Melayu, Bajau, Sungai dan Bugis.  Sehingga tahun 2000, populasi Tawau seramai 304,888 ribu orang. Ekonomi Tawau berubah daripada kelapa kopra, pisang Abaka, koko dan getah kepada kelapa sawit.  

Aku sempat merayau-rayau sekitar bandar Tawau seperti Pasar Tanjung, Sabido dan sekitarnya. 

Aku beli buku lama di sebuah kedai di Jalan Daeng Kerahu berjumlah RM60.00. Di kedai buku di Sabido aku membeli buku-buku DBP berjumpa RM360. Beratnya mencecah 17 kilo sedangkan bagasi AirAsia aku beli ialah 20 kilo. Terpaksalah menumpang barang pada Dr Saleeh Rahamad.


Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-19




Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-19 berlangsung di Hotel Seafest, Sempurna pada 9 - 11 November 2018. 

Asalnya dijadualkan di Tawau. 

Aku mewakili Pena bersama-sama Encik Atok, Naseer, S.M. Zakir Dr Hanafi dan Dr Saleeh. Turut hadir ialah wakili sasterawan dari Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, dan Thailand.

Aku sebilik dengan S.M. Zakir.Dan, sempat juga aku bergambar dengan YB Kunak yang merasmi majlis.

Selasa, 2 Oktober 2018

Lubang Jepang


Pada 16hb. September 2018, aku dan isteri ke Bukit Tinggi, Padang. Kami berkunjung ke Lubang Jepang. Bayaran RP100,000 seorang (sekitar RM28.00). Terbayang usaha askar Jepun untuk menguasai Indonesia. Kami diberitahu bahawa segala aktiviti berlaku dalam lubang ini. Ada tempat tidur, tempat rehat, tempat simpan barang dan senjata, dapur, tempat penyiksaan, mengintai, lubang buang mayat, dan sebagainya.




Buah Labu dan Netup



Istano Minang


Isnin, 1 Oktober 2018

Dumai


Istano Minang

Pada 17 September 2018, aku bersama-sama isteri dan rombongan dari IPGKBM berkunjung ke Batu Sangkar. Salah satu tempat kami lawati ialah Istano Minang.  

Istana diperbuat daripada kayu ini mempunyai tiga tingkat. Dindingnya diperbuat daripada buloh, manaka atapnya daripada daun palma. 
 
 







Kami disambut oleh badut lelaki dan perempuan. Tidak seperti di Jakarta, di sini rasa lebih aman dan selamat. Tiada anak-anak kecil meminta wang. Istananya sungguh menarik dan kukuh. Ada bahagian dapur dan ada bangunan berasingan. Kawasannya luas. 
Berdepan istana di seberang jalan, aku membeli sebuah buku PATATAH-PATITIAH MINANGKABAU hasil usaha Yos Magek Bapayuang. 

Buku ini diterbitkan dengan kerjasama Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia - Indonesia. 

Kata Pengantarnya ditulis oleh Tan Sri Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia.




Jumaat, 17 Ogos 2018

Baca 10 buku

Saya sokong usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan pelajar membaca sekurang-kurangnya 10 buah buku setahun. 

Cadangan baik ini, elok juga diperluaskan kepada kakitangan Kementerian Pelajaran, kementerian lain dan masyarakat awam yang lain.

Mungkin boleh buat pertandingan menulis sinopsis buku yang dibaca, atau bengkel membuat ulasan, dan sebagainya.

Dan, elok juga digalakkan tubuh Pasar Buku Jalanan di setiap daerah.

Jumaat, 25 Mei 2018

Jemaah Menteri PH 2018

Kabinet Malaysia Baharu bagi fasal pertama. Semoga mendapat keberkatan Allah dan rakyat terbela.





Pesanku, jadilah menteri bukannya pencuri. Jadilah yang berkhidmat bukannya yang pengkhianat.

 

Rabu, 16 Mei 2018

Malaysia Baharu

Perang bendera di Kampung Tok Kah, Dungun
Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke-14 (PRU-14), telah berjaya meruntuhkan dinasti UMNO/BN pimpinan DS Mohd Najib Tun Abdul Razak/Dr Mohd Zahid Hamidi dan diganti dengan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamed. Maka bermulalah Malaysia Baharu dalam pemerintahan di Malaysia. Saya katakan Malaysia Baharu kerana bukan sahaja parti dan perdana menteri memerintah berubah, malahan menteri besar dan ketua menteri di bawah Pakatan Harapan dan Barisan Nasional juga turut berubah.

Istilah Malaysia Baharu pertama kali digunakan dan saya pos dalam Facebook Nassury Ibrahim pada 11 Mei 2018 pada jam 3.52 pagi.

Penganalisis politik menganggapnya berlaku gelombang kebangkitan rakyat yang luar biasa dalam PRU-14. Gelombang ini berlaku disebabkan kemarahan rakyat terhadap pemimpin Dinasti UMNO/BN yang tidak menghiraukan keluhan rakyat. Mereka juga bersikap tamak dan sombong, serta selalu mengeji dan menghina lawan.

Pada fikiran saya, PRU-14 merupakan 'bapa peristiwa sejarah.' Hal ini kerana beberapa peristiwa sejarah Malaysia berlaku kesan daripada PRU-14. Antaranya;

Tun Dr. Mahathir bin Mohamed kembali menjadi Perdana Menteri (ke-7) setelah 20 tahun meletakkan jawatan perdana menteri,

  1. Datuk Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir kembali menjadi Menteri Besar Kedah setelah dua tahun digulingkan,
  2. Tun Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail merupakan wanita Malaysia pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri,
  3. Semua menteri besar dan ketua menteri di semua negeri diganti dengan menteri besar/ketua menteri bahaeu,
  4. Penguasaan Dinasti UMNO/BN sebagai pemimpin Malaysia bertukar tangan,
  5. Pengerusi/presiden parti utama dalam BN kalah dalam pilihan raya,
  6. Pertama kali bekas perdana menteri dikuaratin di rumahnya daripada keluar negara, 
  7. DS Anwar Ibrahim dibebaskan lebih awal (16 Mei) daripada hukuman penjaranya.
  8. Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 mula bersikap sopan dan tidak mencerca lawan politik pemerintah,
  9. Individu penting dalam agensi penguatkuasa seperti SPRM, SKMM disiasat,
  10. Cuti dua hari selepas pilihan raya,
  11.   

Rabu, 25 April 2018

GST dan Kami Orang Kampung

Kami orang kampung, mencari rezeki bak kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Kalau tidak kais maka kami tidak dapat makan. 

Sebarang kenaikan atau penambahan nilai harga barangan amat memberi kesan kepada kami. 

Memang kami akui bahawa GST memberi keuntungan kepada negara, namun ia sangat memeritkan kehidupan kami.

Teks Ucapan APC

Hari ini aku telah siap menulis teks ucapan untuk Pengarah sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017.


TEKS UCAPAN PENGARAH
SEMPENA MAJLIS APC 2017


ASSALAMUALAIKUM WARRAMATULLAHI WABARAKATUH
SELAMAT SEJAHTERA, DAN SALAM 1 MALAYSIA


1.           Syukur Alhamdulillah, dengan limpah dan rahmat-Nya majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) warga Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu 2017, yang dirancangkan pada hari ini, telah menjadi kenyataan dan berjalan lancar.

2.           Saya dan seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan Yang Berusaha Dato’ Hj. Idris bin Zaharudin, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia ke kampus IPG Kampus Bahasa Melayu. Sesungguhnya, kehadiran Yang Berusaha Dato’ amat bermakna bagi kami di sini.

Indah berbalam si awan petang,
        Berarak cecelah pohon cemara;
Pemanis kalam selamat datang,
        Awal bismillah pembuka bicara.

Tempat bermula awal pendidikan,
        Ilmu bertambah hari ke hari;
Kehadiran Dato’ dialu-alukan,
        Semoga majlis tambah berseri.

3.           Terima kasih kepada tetamu VIP kita, Yang Berusaha Dato’ Hj. Idris bin Zaharudin, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, kerana berkelapangan dan dapat hadir ke majlis APC  IPG Kampus Bahasa Melayu tahun 2017. Sesungguhnya, kehadiran tetamu kita telah menyerikan lagi majlis yang sangat bermakna, khususnya kepada penerima APC IPG Kampus Bahasa Melayu 2017.

4.           Untuk makluman Yang Berbahagia Dato’, IPG Kampus Bahasa Melayu ditubuhkan pada 12 Januari 1956 menggunakan nama Institut Bahasa. Penubuhannya sebagai menyahut syor dalam Laporan Penyata Razak 1956. Fungsinya adalah untuk melaksanakan tugas melatih bakal-bakal guru yang akan mengajarkan bahasa Melayu.

5.           Pada November 1957, Institut Bahasa telah memperoleh bangunan sendiri di Bukit  Senyum, Johor Bahru. Pada akhir tahun 1958, Institut Bahasa berpindah ke kampus tetap di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan kekal sehingga kini.

6.           Pada 25 Ogos 2008, Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Perndidikan 1996 yang membenarkan maktab perguruan dinaik taraf ke Institut Pendidikan Guru Malaysia. Sekali lagi nama institut ini berubah daripada nama Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia telah ditukarkan kepada IPG Kampus Bahasa Melayu. Kini, sebagaimana peranan IPG yang lain, kami menawarkan kursus pada peringkat ijazah pertama.

7.           IPG Kampus Bahasa Melayu sentiasa mengadakan pelbagai majlis, baik di peringkat kampus mahupun di peringkat kebangsaan.  Malah, kami juga berkolaboratif dengan agensi luar seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Jabatan Pendidikan Daerah dan Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Institut Integriti Malaysia dan sebagainya. Semuanya demi memberi impak kepada pelajar dan warga IPGKBM.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN

8.           Majlis pada hari ini membuktikan komitmen dan kesungguhan warga IPG Kampus Bahasa Melayu melaksanakan amanah selaku penjawat awam bagi memastikan dasar dan agenda nasional dapat direalisasikan dengan sempurna, selaras dengan akuntabiliti dan integriti.

9.           Dalam kehangatan kempen Pilihan Raya Ke-14 ini, IPG Kampus Bahasa Melayu tidak lupa dengan pelbagai isu yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran. Antaranya ialah isu integriti dalam kalangan warga institut.

10.        Isu integriti ini merupakan satu daripada beberapa isu yang sering dikaitkan dengan penjawat awam. Bidang pendidikan tidak terlepas daripada isu nasional ini. Warga IPG Kampus Bahasa Melayu juga terlibat secara langsung dan tidak langsung. Baik staf akademik mahupun staf sokongan, semuanya mempunyai peranan penting bagi memastikan diri masing-masing mempunyai integriti yang tinggi.

11.        Sebagai kakitangan yang cintakan keharmonian, marilah kita sama-sama membina dan mermpertingkatkan ciri-ciri integriti dalam diri kita sendiri dan menjadi suri teladan kepada orang lain. Dengan adanya imej integriti dalam diri kita akan memberi keselesaan bekerja dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi diri dan organisasi. Orang yang berintegriti sentiasa ceria. Hidupnya lebih bahagia. Tidak ada stress. Orang berintegriti sentiasa bersemangat hendak melaksanakan amanah, tanggungjawab dan berdaya maju. Bak kata perpatah, belum ditanya sudah menjawap. Imej inilah yang sentiasa diamalkan dan ditunjukkan oleh warga IPG Kampus Bahasa Melayu, khususnya para penerima APC tahun ini.

Kayu Cengal dari Inderagiri,
    Kayu Meranti dari Lembayu;
Hendak kenal orang berintegriti,
    wajah berseri berdaya maju.



PARA HADIRIN SEKALIAN.

12.        Selain intergriti, kita juga dituntut agar mempunyai 5C, iaitu Communication, Critical Thinking, Collaboration, Creativity dan Computer. Kepada pensyarah ditambahkan satu lagi syarat, iaitu kemahiran pengajaran dan pemudahcaraan. Kemahiran ini dapat membantu meningkatkan kualiti diri dan produktiviti. Malah, kemahiran ini merupakan ciri penting bagi mencapai kejayaan dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).
13.        Tanpa ciri-ciri integriti dan kemahiran PAK21, adalah sukar untuk kita mencapai objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

14.        Sesungguhnya, kakitangan yang cemerlang, berintegriti dan saling berkolaboratif akan dapat menghasilkan pelajar yang berjiwa cemerlang. Kecemerlangan pelajar adalah bukti kecemerlangan kita yang mendidiknya. Kayu ukur kepada kejayaan PAK21 ialah kemenjadian pelajar yang kita hasilkan. Baik kepada staf akademik mahupun staf sokongan, malah agensi-agensi lain juga,  produk kita ialah kemenjadian pelajar atau warga generasi baharu.

Hadirin sekalian.

15.        Sempena majlis ini, saya mengucapkan tahniah kepada semua warga IPG Kampus Bahasa Melayu yang dinobatkan menerima  APC pada tahun 2017. Kepada yang belum menerima, bukan bererti khidmat anda tidak cemerlang. Saya yakin pada tahun-tahun berikutnya, mungkin giliran anda pula naik ke pentas sebagai penerima APC. Saya berharap, penerima-penerima APC dapat meneruskan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi sepanjang perkhidmatan mereka.

16.        Kepada Yang Berusaha Dato’ Hj. Idris bin Zaharudin, sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat menyempurnakan acara dalam majlis ini.

Bunga Seroja bunga Selasih,
Sekian sahaja terima kasih.

ASSALAMUALIKUM WARAMATULLAHI  WABARAKATUH
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.




AKAL BUDI MELAYU

  Akal Budi Melayu OLEH ATIQAH ABD RAHIM   Sesi Wacana Ilmu 2020 Siri Kedua telah bersiaran langsung menerusi laman Facebook rasmi Dew...