Rabu, 8 Februari 2017

Telefon


Maaf, kalau saya tidak menjawab panggilan anda. Ia bukan disengajakan. Atau berniat apa-apa. Hal ini kerana saya bukan pemegang telefon yang setia. 

Selalunya telefon berada di atas meja atau dalam bilik, manakala saya berada jauh entah di mana. Ada kalanya saya tertinggal telefon di pejabat, dan ada kalanya saya tertinggal telefon di rumah. 

Almaklumlah, saya bukan pemegang telefon yang setia. Justeru, maaf, kalau saya tidak menjawab panggilan anda. Kalau berlaku demikian, anda hantarlah mesej.

Sangka Aku Memelihara Kucing, Rupa-rupanya Singa!


Ada dua sebab saya muat naik video ini. Pertama, berkenaan telur itik. Makin sukar telur itik diperoleh kerana jarang sudah orang menternak itik. Selain daripada reban, kawasan perternakan itik perlu luas dan ada kolam air.

Kedua, berkenaan suara dalam video itu. Entah mengapa, tiba-tiba saya terkesan amat dengan suara wanita dalam video itu. Jauh dalam sanubari jiwa saya berkata, "Celaka wanita itu!" 

Barangkali kerana saya baru terbaca berita tentang seorang ibu mengkelar leher bayinya hingga mati. Dan, kisah yang disiarkan dalam Adila siaran Radio Klasik. 

Seorang pengirim menceritakan pengalaman peribadinya yang dilacurkan oleh kakaknya sendiri. 

Wanita yang dimitoskan lembut, rupa-rupanya keras. Memang sekarang ramai sudah wanita yang menjadi 'celaka' dan menderhakai sifat yang dianugerahi Allah kepadanya.

Mengapakah mereka menderhakai sifatnya? Entahlah. Barangkali itulah juga antara sebab lelaki bertindak ganas pada wanita demi mengekalkan sifat kewanitaannya!