Isnin, 27 Januari 2014

OTAS

Minggu ke-4 Januari 2014, merupakan hari-hari terakhir saya di IPG Kampus Tawau, sebelum bertugas ditempat baharu pada Februari nanti. Sedaya-upaya saya cuba menyelesaikan fail-fail dan pengurusan jabatan yang tertunggak. Masalah yang dihadapi sekarang ialah mendapatkan syarikat penghantaran barang. Oleh sebab peruntukan belum sampai, maka urusan tempah syarikat juga tergendala. Tidak mampu pula saya hendak membayar sendiri kos pengangkutan. Rupa-rupanya kerajaan dermawan kepada bukan kakitangan begitu sukar menyalurkan peruntukan ke organisasi kakitangan. Saya telah letak jawatan sebagai Ketua Jabatan. Oh, barulah kita tahu siapa kawan. Sejak mendapat berita dapat berpindah, dua orang ahli jabatan (OTAS - Orang Tawau Asal Sulawesi / Orang Tawau Asal Selangor) tunjuk muka masam. Langsung tak tegur. Mesyuarat awal tahun dan terakhir saya kendalikan, pun tidak dia masuk. Padahal ada di sebelah dinding dan tahu ada mesyuarat pada tarikh dan masa tersebut. Saya buat tak tahu sahaja, maklumlah dua orang OTAS inipun garang, suka meroyan tak tentu pasal. Walaupun tak tegur, laporan prestasi OTAS berdua tetap tinggi, melepasi markah sebelumnya. Sebagaimana saya tidak mahu orang tabur pasir dalam periuk nasi saya, demikianlah saya tidak akan tabur pasir dalam periuk nasi anda. Semoga OTAS dan semua yang lain sukses sentiasa. aamiin.   

Kenangan bersama-sama dengan Pyan

 Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...