Selasa, 24 Disember 2013
Rabu, 20 November 2013
Usia Kereta
Satu fenomena yang melanda masyarakat Malaysia, malah masyarakat dunia, khususnya kaum wanita, ialah ingin sentiasa kelihatan muda dan cantik. Justeru, pakar-pakar kecantikan telah menyahut impian itu dengan memperkenalkan pelbagai produk kecantikan, kelangsingan dan kemudaan. Industri kosmetik menduduki tempat kedua dalam minat masyarakat selepas industri teknologi komunikasi.
Barangkali seiring dengan impian tersebut, Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui proksinya, MIROS, telah mewarwarkan bahawa salah satu faktor kemalangan ialah kerana kereta tua masih beraksi di atas jalan raya. Sehubungan dengan itu, kementerian pengangkutan telah mewarwarkan usia kenderaan di atas jalan raya agar turut juga kelihat muda dan jelita, iaitu tidak melebihi 12 tahun.
Sabtu, 9 November 2013
Selasa, 5 November 2013
Bunga Beracun
Bunga menjadi lambang kecantikan. Halaman rumah yang ditanami dengan bunga akan kelihatan cantik dan menarik. Bunga juga dilambangkan kepada gadis atau wanita. Rumah yang mempunyai anak gadis atau wanita belum bersuami atau janda akan kelihat kemas dan menarik. Namun begitu, tidak semua halaman atau rumah yang mempunyai bunga akan kelihatan cantik, kemas dan menarik. Kenyataan ini adalah berdasarkan imej bunga dalam jabatanku. Kami ada dua kuntum bunga. Satu bunga Dartu, dan satu lagi bunga Gentu. Namun, kedua-duanya membawa imej yang sama.
Jumaat, 1 November 2013
Memo 2
Menanggung kesalahan orang lain. Itulah tanggapan saya apabila menerima memo ini. Sejak bantah usaha mengambil wang peruntukan khas untuk MBM/MBI bagi Projek Makroton 2013, saya telah mendapat dua Memo berunsur 'ugutan.'. Pertama, memo yang meminta saya habiskan wang MBM/MBI yang sebelumnya sering berbaki. Memo di atas baharu diterima. Kesalahannya ialah lewat menghantar borang tuntutan bulanan. Itu bukan kesalahan saya dan saya tidak menghantar lewat borang tuntutan. Yang lewat menghantarnya ialah Encik Mazania Kasimin. Beliau merupakan ahli jabatan. Mungkin, kerana beliau merupakan ahli jabatan, maka saya perlu juga bertanggungjawab. Kalau demikian, mengapakah dicatatkan nama saya secara peribadi. Bukankah yang sepatut dicatatkan ialah nama jawatan - Ketua Jabatan Pengajian Melayu (KJPM). Mencatatkan nama adalah bermaksud si penama berkenaan yang melakukan kesilapan. Jika dicatatkan nama jawatan akan bermaksud penjawatnya perlu memantau atau beri peringatan atau perhatian terhadap ahli jabatannya. Dengan mencatat nama saya secara peribadi, maka benarlah bahawa pencatatnya mempunyai elemen 'kedendaman' yang kuat, sebagaimana diwarwarkan oleh kakitangan di sini. Saya pasti, puncanya apabila saya menghalang penggunaan wang MBM/MBI untuk Projek Makroton. Sedangkan, penggunaan wang peruntukan khas itu telah dinasihatkan oleh Puan Siti Nafsiah hanya untuk kegunaan atau aktiviti pensyarah sahaja, bukannya untuk pelajar dan lebih-lebih lagi, pihak luar daripada pendidikan. Projek Makroton melibatkan makan minum pelajar dan orang luar (saksi), dan sangat tidak jelas penglibatan pensyarah memerlukan wang. Atau, melalui projek itu, dapat menambahkan ilmu dan kepakaran pensyarah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Atau, melalui projek itu, dapat memartabatkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sangat tidak jelas kepentingan MBM/MBI dan pensyarah MBM/MBI.
Selasa, 29 Oktober 2013
Catatan Perjalanan
Oleh sebab Mesyuarat Induksi Kursus Generik bagi Semester 2 PPISMP ambilan Jun 2013 pada 28 Oktober 2013 bermula pukul 8.30 pagi, terpaksalah saya bertolak ke Kota Kinabalu pada 27 Oktober. Waran diberikan pukul 3.15 petang. Dari Airport KK menaiki teksi (RM30), menginap di Hotel Tang Dynasty, menyewa bilik 711 bernilai RM130. Hotel ini terletak di bahagian tepi bangunan kedai yang pelbagai. Tambang teksi dari hotel ke IPGK Gaya bernilai RM15. IPGK Gaya terletak di pinggir kota raya dan sebuah IPG klasik. Masalah utama pelawat ke sini ialah pengangkutan. Teramat sukar mendapatkan teksi. Terpaksalah mohon belas ihsan warga IPGK Gaya menghantar kami ke bandar. Dari bandar saya menaiki teksi (tambang RM20) ke Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Niat hati mahu membeli buku. Malangnya, kedai buku Dawama telah berpindah. Saya bertemu dengan kawan lama, Encik Nordin Zainal Abidin (Norza) dan Ritah Yahya. Lama juga kami berbual tentang kisah silam semasa di Kuala Lumpur. Petangnya, Encik Nordin menghantar saya ke Airport. Jadual penerbangan pada pukul 8.30 telah ditunda ke 8.50 malam kerana kelewatan tiba AK6264 dari Singapura, yang dijadualkan berlepas ke Tawau.
Ahad, 27 Oktober 2013
Tunggakan Pendapatan
Pada 21 Ogos 2013, telah saya pos satu entri berkaitan cukai pendapatan. Sekarang dipaparkan kadar baharu cukai pendapatan sebagaimana dibentangkan dalam Belanjawan 2014 di Parlimen pada 25 Oktober 2013.
PENDAPATAN BERCUKAI KADAR CUKAI RM5.001 – RM20,000 1 % RM20,001 – RM35,000 5 % RM35,001 – RM50,000 10 % RM50,001 – RM70,000 16 % RM70,001 – RM100,000 21 % RM100,001 – RM250,000 24 % RM250,001 – RM400,000 24.5 % RM400,001 - ke atas 25 %
Kadar baharu ini amat membanggakan. Terima kasih, Perdana Menteri. Namun begitu tidak ada perubahan terhadap pendapatan tertunggak yang tidak dilaporkan dalam tahun sebelum. Jumlah pendapatan itu masih dikira dalam tahun semasa. Bagi saya, tindakan ini perlu diberikan perhatian dan diberikan alternatif bagi mengatasinya. Hal ini kerana, melonggokkan pendapatan tidak terlapor tahun sebelumnya ke dalam tahun semasa, adalah membebankan rakyat dan tidak telus. Ada banyak sebab terlewat lapor pendapatan. Salah satu ialah kelewatan menerima penyata daripada daripada pihak berkenaan. Ada juga tunggakan pendapatan yang diuruskan lewat oleh majikan dan memasuki tahun berlainan. Misalnya, tunggakan kenaikan pangkat tahun 2011 atau 2012 yang dibayar dalam tahun 2013. Harap, dalam belanjawan seterusnya akan diberikan perhatian oleh Lembaga Hasil Dalam Nagara (LHDN).
Jumaat, 18 Oktober 2013
Pejuang
Kini ada dua pihak yang mendakwa bahawa kumpulan masing-masing sebagai pejuang kemerdekaan. Pertama, golongan politik Barisan Nasional (BN), manakala golongan kedua ialah kumpulan beraliran komunisme. Paling kuat bersuara ialah golongan BN. Golongan komunisme tidak bersuara. Hanya pihak yang bersimpati dengannya menyuarakan sumbangan mereka.
Pada saya, pejuang kemerdekaan dan kemerdekaan diperoleh bukan kesan daripada perjuangan satu golongan sahaja. Ia adalah hasil kerja secara kolektif masyarakat Tanah Melayu dahulu. Asal perjuangan menentang penjajahan Inggeris bukan kerana mahu kemerdekaan. Perjuangan menentang Inggeris tercetus kerana perasaan tidak puas hati para pembesar terhadap tindakan Inggeris yang menyekat 'kemewahan' dan kebebasan mereka. Pejuang awal seperti Dato' Kelana misalnya, menentang Inggeris kerana Inggeris menyekat kebebasannya mengutip cukai. Manakala pejuang akhir, Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut misalnya, menentang Inggeris kerana Inggeris mengenakan cukai terhadap barangan atau usaha mereka. Mereka menentang Inggeris bukan kerana mahu memartabatkan agama dan bangsa, sebaliknya kerana mahu mengembalikan martabat kekuasaan mereka.
Golongan berpendidikan Mesir menentang Inggeris kerana faktor agama. Kesedarannya timbul setelah digerakkan oleh golongan radikal di Timur Tengah. Walaupun agama Islam cemerlang di Tanah Melayu, namun tiada catatan membayangi bahawa kecemerlangan itu mencetuskan bibit-bibit kesedaran menentang penjajahan Inggeris. Api penentangan mereka diimport.
Satu kumpulan, pada saya, adalah juga golongan yang menyemarakan kesedaran menentang penjajahan Inggeris ialah penjajahan Jepun. Idealisme Jepun, Asia untuk orang Asia, dan kejayaannya menentang Inggeris telah membangkitkan semangat juang orang Melayu dan bukan Melayu secara menyeluruh di Tanah Melayu. Hal ini ditambah pula dengan kekejaman pemerintah pada masa itu, baik dari kalangan tentera Jepun mahupun pemerintah selepas penguasaan tentera Jepun.
Saya katakan bahawa pejuang kemerdekaan dan kemerdekaan diperoleh bukan kesan daripada perjuangan satu golongan sahaja. Maka, siapakah golongan yang ramai itu. Saya merumuskan bahawa pejuang-pejuang kemerdekaan Tanah Melayu terdiri daripada golongan pembesar yang kecundang kekuasaan, golongan beraliran kapitalis, golongan beraliran komunis sosialis, golongan beraliran agama, dan golongan pendidik (guru dan wartawan). Yang lebih mendominasi di saat ambang kemerdekaan dan seterusnya menguasai negara ialah golongan kapitalis.
Malangnya, pada saya, nilai kemerdekaan yang mereka capai itu, kini kian pudar pada generasi. Malah, identiti kenegaraan yang sepatutnya berdiri kukuh, juga kian menghilang.
Jumaat, 11 Oktober 2013
Pemimpin
Dari Kiri: Doti, Dr. Azma, Haslinda, Maniyamin dan Augustine |
- Kita tak perlu jadi pemimpin untuk semua, cukuplah kalau dapat jadi pemimpin kepada mereka yang memerlukannya.
- Jangan engkau suka melihat depanku sahaja, dan benci melihat belakangku.
- Peristiwa negatif mudah tersebar, namun peristiwa positif sukar disebarkan.
- Yang dilihat pada orang lain itu, seharusnya yang nampak ialah diri sendiri.
- Ramai yang suka pada rama-rama, namun benci pada ulat daun.
- Kita perlu mempelajari, sekurang-kurang 10 tahun, untuk menjadi pakar yang sebenar-benar pakar.
- Kalau etika tiada maka produknya tidak bernilai.
- Menyeru orang menjadi baik lebih mudah berbanding menyeru diri sendiri.
Rabu, 9 Oktober 2013
Pinggan Cuci
Agak sukar juga mahu percayai peristiwa 14 September 2013 itu, namun jika itu hakikatnya, ya apa salahnya kita percaya bahawa 26,213 keping pinggan telah berjaya dicuci bersih dengan hanya menggunakan sebotol pencuci Joy seberat 800 mililiter (tanpa habis) berharga RM13.95. Khabarnya, pinggan-pinggan itu diambil dari beberapa buah universiti di Lembah Kelang, kemudian dicuci oleh 16 staf Joy dan disusunaturkan oleh 200 sukarelawan di atas trek olahraga Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jarak sejauh 6.8 kilometer. Masa mencuci pinggan-pinggan tersebut ialah Sembilan jam, bermula tujuh pagi hingga empat petang. Kejayaan ini dicatat dalam Guinness World Records.
Ahad, 6 Oktober 2013
Sabtu, 5 Oktober 2013
Tersibuk
Encik Mazania Bin Kasimin, Ketua Panel Hakim Pertandingan Pidato Integriti 2013 Peringkat IPGKT |
Bermula 23 September 2013, adalah musim sibuk. Bermula tarikh itu hingga 26 September merupakan Minggu Integriti. Jabatan saya (JPM) menganjur Pertandingan Pidato Integriti pada 24 Sept. Pada 25 Sept. ada Karnival Seni. Kebetulan, pada 25 - 28 Sept. kawan-kawan dari DBPKL datang ke Tawau kerana mengkaji pantun tradisional. Ada tawaran sebagai fasilitator CPD pada 7 - 11 Okt., namun terpaksa saya tolak. Sepanjang akhir Sept. memang kami sibuk kerana akhir Projek Mikroton tanpa henti yang akan berlangsung sepanjang 4 - 11 Oktober. Saya bertugas sebagai penulis teks kata alu-aluan Pengarah dan Rektor bagi buku program dan penulis teks ucapan Pengarah, Rektor dan Timbalan Menteri Pendidikan 1 untuk majlis Perasmian Penutupan pada 12 Okt. sekali gus jadi L.O saksi untuk beberapa sesi. Dalam tarikh sama ditawarkan pula Kursus Profesionalisme pada 8 - 10 Oktober di Kuching (tiket kapal terbang beli sendiri), dan fasilitator CPD pada 7 - 11 Oktober. Oleh sebab tawaran Kursus Profesionalisme lebih awal dan sudah memberi persetujuan, maka sekali lagi tawaran fasilitator CPD terpaksa saya tolak (sehingga kini sudah tiga kali urus setia telefon mohon persetujuan). Ini tidak termasuk beberapa Kursus MBM yang dapat diganti oleh orang lain (misalnya di Concord Inn KLIA pada 7 - 10 Okt.). Dalam masa sama juga saya mesti memeriksa tugasan dan membina soalan peperiksaan akhir semester. Mesyuarat untuk anjur Perhimpunan Bulanan IPGKT belum lagi dibuat. Oh, memang dua bulan ini amat tersibukan!
Jumaat, 4 Oktober 2013
Makroton
IPG Kampus Tawau Mulakan Cabaran Cipta Rekod Pengajaran Makro 182 Jam Tanpa Henti
Oleh Nashir MansorTAWAU, 4 Okt (Bernama) -- Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau hari ini memulakan cabaran mencipta nama dalam Malaysia Book Of Records melalui pelaksanaan Pengajaran Makro selama 182 jam tanpa henti.
Projek Makroton yang membabitkan 249 guru pelatih dan kakitangan IPG berkenaan dimulakan tepat 8 pagi ini di kampus itu dan akan berakhir pada pukul 10 malam 11 Okt.
Guru-guru pelatih berkenaan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan ada di kalangan mereka bertindak sebagai guru dan sebahagiannya sebagai murid dan setiap kumpulan itu akan menyampaikan pengajaran makro mereka selama sejam.
"Proses mencipta rekod ini akan mengambil masa sembilan hari lapan malam membabitkan 74 orang saksi daripada kalangan bukan kakitangan IPG Tawau tetapi dari pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan terdiri daripada doktor, jururawat, pengetua dan penolong-penolong kanan sekolah.
"Mereka secara sukarela dan gembira dilibatkan dalam projek yang disifatkan sebagai julung-julung kali diadakan dan ingin menyaksikannya," kata Pengarah IPG Kampus Tawau Masni Madat kepada Bernama di sini hari ini.
Masni berkata antara lain projek berkenaan bertujuan mempromosi kecemerlangan pendidikan IPG Kampus Tawau ke peringkat kebangsaan dan memartabatkan pengajaran bahasa Melayu dan Inggeris memandang pengajaran makro dilaksanakan menggunakan kedua-dua bahasa berkenaan.
Melalui usaha ini, ia dapat memberi pengalaman autentik kepada pelatih mengenai prosedur melaksanakan projek bagi melonjakkan kecemerlangan profesionalisme keguruan serta memberi pendedahan kontektual mengenai amalan kebertanggungjawaban bersama untuk meningkatkan kualiti profesion keguruan.
Masni berkata pihaknya sudah bersedia sepenuhnya dari segala segi termasuk menghadapi kemungkinan gangguan bekalan elektrik sepanjang projek itu berlangsung bagi memastikan kejayaannya.
"Rakaman semua rancangan pengajaran sepanjang 182 jam itu akan diserahkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching pada 12 Okt sebagai bukti pengajaran ini telah selesai dan terlaksana," katanya.
Masni juga berkata semua rancangan pengajaran yang disampaikan sepanjang projek berkenaan juga diharap akan menjadi sumber rujukan kepada IPG lain di seluruh negara yang berminat menggunakannya.
"Sepanjang tempoh 182 jam itu, pengajaran makro ini disampaikan melalui pelbagai cara termasuk menggunakan komputer riba dan lukisan," katanya.
-- BERNAMA 4 Oktober 2013
Rabu, 2 Oktober 2013
Rabu, 25 September 2013
Kampung Inderasabah
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini terdiri daripada pendatang dari Indonesia, terutama komuniti Bugis dari Nunukan, Tarakan dan Sulawesi. Terdapat juga etnik dari Selantan Filipina. Secara umumnya, masyarakat di sini terdiri daripada warganegara asal, warganegara projek Dr. Mahathir dan bukan warganegara. Kegiatan utama penduduk Kampung Inderasabah ialah perikanan, termasuk bilis dan ikan kering. Justeru, Kampung Inderasabah dikenali sebagai tempat memancing dan pendaratan ikan bilis dari kepulauan sekitar. Nadi kampung ialah perkampungan di atas air. Di sini terdapat satu jeti, yang agak sibuk pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari Jumaat juga ada Pasar Tamu. Oleh sebab kampung ini terdedah kepada ancaman lanun, maka sebuah pos kawalan tentera dibina. Menghala ke daratan terdapat SK Inderasabah, tadika, sebuah masjid dan pusat komuniti. Saya sering datang ke sini, terutama hari Sabtu (lazimnya ada pendaratan ikan dan ikan bilis) atau Jumaat (pasar tamu).
Selasa, 17 September 2013
Durian Lai
Rupanya seperti durian. Ulasnya pun seperti durian. Masyarakat tempatan memanggilnya buah Lai. Maka, saya menamakannya sebagai Durian Lai. Durian ini banyak terdapat di Sarawak, Tawau (Merontai) dan Kalimatan.
Walaupun Durian Lai berduri, namun durinya lembut berbanding dengan duri durian biasa. Di pangkal tangkai terdapat bulu panjang di sekelilingnya.
Walaupun isi dan bijinya seperti durian, namun baunya tidak seperti durian. Ada rasa kelemakan dan rasa bawang putih. Ulasnya sebagaimana ulasan durian. Ada yang banyak ulas dalam satu paksa, dan sebaliknya. Warna ulasnya ada berwarna kuning air, keputihan dan kuning. Buah muda boleh disayurkan, manakala buah yang sudah masak boleh dimakan seperti biasa.
Rabu, 4 September 2013
Menaruh Harapan
Dibandingkan dengan Semenanjung, prasarana sekolah di Sabah masih jauh ketinggalan. Banyak sekolah masih berbangunan kayu atau playwood dan beratap zink. Ada kalanya dinding atau lantainya berlubang-lubang. Meja pula banyak yang rosak, bertampal dan tercabut, namun masih digunakan kerana bekalan meja tidak mencukupi. Sebahagian papanya sudah reput. Bagi menampakkan keceriaan, bangunan papan itu dicat berkali-kali dengan warna cerah. Banyak juga sekolah tidak berpagar atau berpagar dawai, apalagi berpagar konkrit sebagaimana sekolah di Semenanjung. Kawasan sekolah pula berhimpit dengan rumah-rumah masyarakat setempat. Ada kalanya pelawat tertukar antara bangunan sekolah dengan bangunan rumah kediaman masyarakat setempat.
Gambar di sebelah adalah semasa saya menyelia praktikum pelajar. Saya tidak dibekalkan meja kerana sememangnya tidak ada meja lebih di kelas berkenaan mahupun di kelas sebelah. Mujur ada kerusi guru untuk saya duduk menyelia pengajaran guru. Terpaksalah saya menulis laporan beralaskan kaki sendiri. Perhatikan dinding dan lantainya adalah dari kayu playwood.
Gambar di bawah pula menunjukan tanggungjawab seorang guru di sekolah. Kerjanya melampaui tugas sebagai pengajar. Inilah sinario yang berlaku di sekolah. Seorang guru akan sekali gus menjadi kerani, jurulatih sukan, tukang kebun, tukang perabut, pemandu, pegawai perhubungan pelanggan, kaunselor, jurucakap, penyelenggara perabut dan bangunan, bomoh, jururawat dan sebagainya.
Masyarakat pendidik, terutama di Sabah dan warga Institut Pendidikan Guru (IPG) sangat bergantung harapan kepada Datuk Mary Yap Kaing Ching, Timbalan Menteri Pendidikan yang baharu. Diharapkan beliau akan membawa perubahan kepada sekolah agar selari dengan visi dan misi kementerian. Begitu juga dengan IPG yang masih banyak ketinggalan berbanding dengan institusi pendidikan yang menawarkan ijazah. Bilik pensyarah seumpama stor atau pasar kering. Kurikulumnya tidak tersusun dengan baik dan akademik. Malah, aktivitinya banyak dikawal oleh pihak luar, bukannya IPG berkenaan. Tenaga pengajarnya masih bermentaliti guru, bukannya pakar akademik. Ini semua memerlukan sentuhan Datuk Mary Yap, lebih-lebih lagi beliau pernah memegang jawatan tertinggi di IPG. Beliau akan dikenang jika Berjaya membawa perubahan kepada IPG dan sekolah-sekolah di Sabah terutamanya.
Selasa, 3 September 2013
Orang Kinabatangan
"(Harga) minyak petrol naik pastinya tidak memudaratkan rakyat kerana (mereka) yang ada kereta besar adalah orang-orang besar dan berkemampuan, (sedangkan) orang kampung tidak berkereta," demikian ujar anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mohktar Radin terhadap isu kenaikan harga minyak RON 95 sebanyak 20 sen seliter yang diumumkan oleh Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 2 September 2013.
Pada padangan saya, kenyataan Bung Mokhtar itu tidak bertanggungjawab dan menghina mereka yang memiliki kereta besar (golongan atasan dan menengah), termasuk keluarga Bung Mokhtar sendiri. Bung terlepas pemikiran apabila beranggapan sedemikian kerana orang kampung juga (sebagaimana orang tidak kampung) memerlukan makanan. Sebahagian besar makanan yang dibeli dan dimakan oleh orang kampung itu adalah diangkut menggunakan kenderaan yang dinaikkan harga minyak. Apabila harga minyak naik akan secara langsung menyebabkan harga barangan juga naik. Kenaikan harga barangan inilah yang bakal 'memudaratkan' (menjejaskan) corak kehidupan dan pembelanjaan orang kampung, lebih-lebih lagi masyarakat kampung di kawasan Parlimen Kinabatangan dan Pekan yang sedia dhoih itu.
Kesan daripada kenaikkan harga tersebut, Malaysiakini pada 3 Sept. 2013 melaporkan syarikat pengangkutan kontena Taipanco Sdb. Bhd. telah berhasrat menaikkan surcaj bahan api kargo dari kadar 16.19% kepada 18.2%. Dalam hari sama, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) membayangkan agar kerajaan meluluskan tuntutan kenaikan tambang bas sebanyak 30% yang dimohon mereka sebelum ini. Tidakkah kenaikan harga dua contoh di atas bakal mengundang kenaikan harga narangan dan membebankan rakyat bawahan?
Kasihanilah mereka yang mengundi anda dan jangan bersikap 'madu yang diberi, racun yang dibalas.'
Pada padangan saya, kenyataan Bung Mokhtar itu tidak bertanggungjawab dan menghina mereka yang memiliki kereta besar (golongan atasan dan menengah), termasuk keluarga Bung Mokhtar sendiri. Bung terlepas pemikiran apabila beranggapan sedemikian kerana orang kampung juga (sebagaimana orang tidak kampung) memerlukan makanan. Sebahagian besar makanan yang dibeli dan dimakan oleh orang kampung itu adalah diangkut menggunakan kenderaan yang dinaikkan harga minyak. Apabila harga minyak naik akan secara langsung menyebabkan harga barangan juga naik. Kenaikan harga barangan inilah yang bakal 'memudaratkan' (menjejaskan) corak kehidupan dan pembelanjaan orang kampung, lebih-lebih lagi masyarakat kampung di kawasan Parlimen Kinabatangan dan Pekan yang sedia dhoih itu.
Kesan daripada kenaikkan harga tersebut, Malaysiakini pada 3 Sept. 2013 melaporkan syarikat pengangkutan kontena Taipanco Sdb. Bhd. telah berhasrat menaikkan surcaj bahan api kargo dari kadar 16.19% kepada 18.2%. Dalam hari sama, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) membayangkan agar kerajaan meluluskan tuntutan kenaikan tambang bas sebanyak 30% yang dimohon mereka sebelum ini. Tidakkah kenaikan harga dua contoh di atas bakal mengundang kenaikan harga narangan dan membebankan rakyat bawahan?
Kasihanilah mereka yang mengundi anda dan jangan bersikap 'madu yang diberi, racun yang dibalas.'
Sabtu, 31 Ogos 2013
Merdeka 56
Merdeka bukan memandu Saga atau Wira atau Waja atau Perve atau Suprima S, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan menunggang Modenas, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan diam di rumah dan mengangguk-angguk setiap tutur kata politikus, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Perikatan/Barisan Nasional, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan mengibar jalur gemilang, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan sambutan ulang tahun dan pesta-pesta nyanyian, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan membantah setiap demonstrasi pembangkang, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan TV3 atau akhbar Utusan Malaysia, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Tunku, bukan Razak, bukan Mahathir, bukan Pak Lah dan Najib, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan mencintai Agong atau raja, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan 'yes man, no man', ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Melaka, bukan Baling atau Lahad Datu, ia lebih daripada itu. Di manapun engkau berada, merdeka adalah keselamatan dan kesejahteraan diri, agama, bangsa dan negara nan satu.
Khamis, 29 Ogos 2013
Selasa, 27 Ogos 2013
TPPA
Saya menyokong penuh kenyataan Dr Mahathir dalam Malaysiakini 26 Ogos 2013 yang ditulis oleh Ram Ahmad sebagaimana dipaparkan di bawah ini. "Kerajaan patut berhenti "berahsia" berhubung Perjanjian Perkongsian
Trans-Pacific (TPPA) dan mendedahkan kandungan terperincinya kepada
awam, kata Dr Mahathir Mohamad.
"Kerajaan tidak patut berahsia kerana ia melibatkan rakyat Malaysia," kata bekas perdana menteri dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat meja bulat berkaitan TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini.
"Menyembunyikannya daripada pengetahuan awam bermaksud terhadap perkara dalam perjanjian itu yang (perunding) tidak mahu orang awam tahu," kata Mahathir, yang telah membaca keseluruhan 29 bahagian dalam perjanjian itu.
"Perjanjian ini akan meningkatkan import kita dan mengurangkan eksport. Ia tidak bagus untuk kita. Saya secara tidak langsung memberitahu kerajaan supaya tidak tandatangan perjanjian ini."
"Kerajaan tidak patut berahsia kerana ia melibatkan rakyat Malaysia," kata bekas perdana menteri dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat meja bulat berkaitan TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini.
"Menyembunyikannya daripada pengetahuan awam bermaksud terhadap perkara dalam perjanjian itu yang (perunding) tidak mahu orang awam tahu," kata Mahathir, yang telah membaca keseluruhan 29 bahagian dalam perjanjian itu.
"Perjanjian ini akan meningkatkan import kita dan mengurangkan eksport. Ia tidak bagus untuk kita. Saya secara tidak langsung memberitahu kerajaan supaya tidak tandatangan perjanjian ini."
Tiket
Saya tidak mendapat BR1M. Tidak layak mendapat BR1M. Gaji saya melebihi RM3,000. Namun, saya merupakan golongan pertengahan yang miskin. Hal ini kerana banyak saluran terpaksa saya belanjakan wang RM3,000 lebih itu. Antaranya ialah membeli tiket kapal terbang untuk pergi berkursus. Memang berkursus itu kerja rasmi dan ditanggung majikan. Namun, menurut pengarah, tabung kewangan kami sangat kritikal. Sudah masuk ICU. Terpaksalah kami beli tiket dengan duit sendiri. Tidak mengapa sebab boleh tuntut kembali. Cuma tidak dijamin tuntutan itu akan dapat bila. Berkemungkinan juga tidak akan dapat. Ya, bergembiralah mereka yang mendapat BR1M. Apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa nilai BR1M akan naik pada tahun hadapan, saya hanya mampu mendengar sahaja. Tidak mampu bergembira dan tidak menggembirakan. Kerana, dengan wang sebanyak itu, saya perlu membayar yuran pengajian dan penginapan anak di universiti, anak di asrama dan anak tidak di asrama. Malah, dengan wang sebanyak itu juga, saya perlu langsai cukai pendapatan secara beransur-ansur. Kata isteri, "Untung jadi orang miskin kerana sentiasa dapat bantuan; orang sederhana sentiasa gigit tangan." "His, awak ni!" kata saya.
Jumaat, 23 Ogos 2013
Minda
Kita ada pilihan sama ada berdiri menunggu kaunter berfungsi atau duduk dan membiarkan selipar/kasut yang beratur. |
Bukan senang mahu jadi senang dan bukan susah mahu jadi susah. Tidak mustahil juga bahawa bukan susah mahu jadi senang dan bukan senang mahu jadi susah. Umumnya beranggap semuanya itu bergantung pada nasib. Orang-orang Islam menganggapnya sebagai sudah ditakdirkan atau sudah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Dalam hal untungrugi nasib ini, saya percaya Allah tidak menetapkan secara objektif. Oleh sebab Allah telah beri fikiran kepada manusia, maka terserah kepada manusia mencorakkan untungrugi dirinya. Saya percaya bahawa Allah memberi alternatif terhadap untungrugi nasib manusia. Jika manusia itu memilih Jalan A, maka dia akan bertemu dengan sekian-sekian perkara. Jika manusia itu memilih Jalan B, maka dia akan menemui sekian-sekian perkara pula yang menjadi untungrugi nasib dirinya. Ini yang dikatakan keadilan sebab ada alternative bagi manusia mencorakkan untungrugi nasib dirinya. Semua ini bergantung pada akal fikiran atau minda. Minda itu pula banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keturunan, persekitaran, ideologi, pendidikan, jantina dan sebagai. Bak kata pepatah, minda kecil bincang pasal orang; minda sederhana bincang pasal peristiwa; dan minda besar bincang pasal idea. Minda manakah yang baik? Tentunya minda besar. Namun, minda kecil juga ada baiknya. Dari minda kecil boleh membentuk minda besar. Apabila kita merasa sedih akan nasib sebilangan rakyat Mesir yang mati dibunuh junta tentera diketuai al-Sisi atau kematian kanak-kanak Syria akibat serangan bom kimia, itu tergolong dalam minda kecil. Apabila kita membincangkan sebab-musabab peristiwa itu berlaku, sudah memasuki minda sederhana. Manakala, apabila kita membincangkan cara mengatasinya, maka perbincangan kita itu sudah memasuki minda besar. Kita mempunyai pilihan dan pilihan itu pula bakal menentukan untungrugi nasib diri kita. Saya percaya bahawa pilihan kita itu adalah juga berdasarkan ramalan untungrugi nasib diri kita.
Rabu, 21 Ogos 2013
Kadar Cukai Pendapatan
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kadar cukai pendapatan individu pemastautin adalah progresif, iaitu antara 0 % hingga 26 % dikenakan terhadap jumlah pendapatan bercukai tahunan. Kadar cukai pendapatan di bawah ini telah diluluskan dan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2010. Anda boleh mengira sendiri baki jumlah pendapatan bercukai setelah ditolak sekitar 20 item pelepasan yang tidak dikenakan cukai. Nilai wang 20 item pelepasan adalah sekitar RM65,300. Walau bagaimanapun, tidak semua 20 item pelepasan itu anda terlibat. Mungkin 10 item dengan nilai pelepasan sebanyak RM5,000 sahaja. Setiap pembelanjaan bagi 20 item itu mesti dibuktikan dengan resit. Jika tiada resit, pelepasan item berkenaan tidak diterima. Baki pendapatan tahunan (dari semua punca), jika melebihi RM2,500 akan dikenakan cukai pendapatan. Anda boleh mengira sendiri jumlah pendapatan tahunan dari semua punca. Setelah mengetahuinya, jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat yang membayar cukai. Terdapat satu pengiraan yang membebankan anda sebagai pembayar cukai dan menguntungkan pengutip cukai. Terdapat terdapat pendapatan tahunan yang tidak dilaporkan (misalnya pendapatan daripada royalty), jumlahnya bersama-sama caj dendaan (interes) akan dikenakan dalam tahun semasa. Katakan, pendapatan tidak dilaporkan pada tahun 2010 berjumlah RM2,000, 2011 (RM1,500), dan 2012 (RM2,500). Jumlah keseluruhannya RM6,000 (kiraan sebelum caj dendaan) akan digabungkan dengan jumlah pendapatan keseluruhan tahun 2013 (RM50,000 misalnya). Jumlah pendapatan RM56,000 itu ditolak dengan 20 item pelepasan. Bakinya, sekiranya melebihi RM2,500, akan dikenakan cukai. Kadar cukai 1 % hingga 26 % itu tidak termasuk dendaan lewat membayar.
PENDAPATAN BERCUKAI KADAR CUKAI RM1.00 – RM2,500 0 % RM2,501 – RM5,000 1 % RM5,001 – RM20,000 3 % RM20,001 – RM35,000 7 % RM35,001 – RM50,000 12 % RM50,001 – RM70,000 19 % RM70,001 – RM100,000 24 % RM100,001 dan seterusnya 26 %
Selasa, 20 Ogos 2013
R4BIA
Telah terhasil satu ciptaan baharu sebagai alat komunikasi bersimbol. Simbol ini dicipta sempena Peristiwa Berdarah di Dataran Rabia, Mesir. Simbol empat jari ditegakkan bersama-sama perkataan 'R4BIA.' Nombor '4' menggantikan huruf 'A' pertama. Menurut sumber, menegakkan empat jadi membawa maksud;
- Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan permesatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
- Simbol empat jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.
Pada sumber lain
pula menjelaskan makna yang lain, iaitu;
Simbol empat jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan pada hari Sabtu 17 Ogos 2013 sebagai tanda mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu (2 - 3 Ogos 2013) di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
- Satu jari ditegakkan bermakna "Allah Matlamat Kami."
- Dua jari ditegakkan bermakna "Rasul Pemimpin Kami."
- Tiga jari ditegakkan bermakna "al-Quran Perlembagaan Kami," dan
- Empat jari ditegakkan bermakna "Mati Dijalan Allah Cita-Cita Mulia Kami."
Simbol empat jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan pada hari Sabtu 17 Ogos 2013 sebagai tanda mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu (2 - 3 Ogos 2013) di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
Tujuan avatar simbol R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai satu bentuk solidariti dan kepedulian terhadap kekejaman yang berlaku di Mesir. Selain itu, bagi menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.Ssebagai penghuni satu dunia, simbol ini boleh digunakan pakai oleh seluruh masyarakat di dunia, sama ada sebagai lambang bantahan sesuatu negara terhadap negara lain mahupun (secara khusus) dalam negara sendiri.
Isnin, 19 Ogos 2013
Sistem Panggilan
· Nama :Mohd Ali bin Mohd
· jawatan : Menteri Besar
· Pendidikan : Doktor
Falsafah
· Gelaran : Datuk
|
Pada 18 Julai 2013 saya memberi soalan latihan kepada pelajar PISMP (Tesl) ambilan Januari 2013 yang mengambil Kertas WAJ3116 Bahasa Melayu Komunikatif 2. Menjadi kebiasaan saya memberi latihan pada setiap minggu atau pada setiap dua minggu setelah kuliah. Salah satu soalan latihan diberikan pada tarikh berkenaan ialah mencatat sistem panggilan yang betul berdasarkan maklumat yang diberikan di atas. Hasilnya adalah sebagaimana di bawah.
Bil
|
Nama
Sapaan/Panggilan
|
Kekerapan
|
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11 |
YAB
Menteri Besar Datuk Mohd Ali bin Mohd
YB
Datuk Dr. Mohd Ali bin Mohd
YAB
Datuk Dr. Mohd Ali bin Mohd
YAB
Menteri Besar Datuk Doktor Mohd Ali bin Mohd
Doktor
Datuk Mohd Ali bin Mohd
Yang
Berbahagia Dr. Mohd Ali bin Mohd
Yang
Berbahagia Menteri Besar Datuk Doktor Mohd
Ali bin Mohd
Yang
Amat Berbahagia Datuk Dr. Mohd Ali bin Mohd
Menteri
Besar Datuk Doktor Falsafah Mohd Ali bin
Mohd
Yang
Berhormat Datuk Seri Dr. Mohd Ali bin Mohd
Datuk
Doktor Mohd Ali bin Mohd
|
2
2
5
2
1
2
1
1
2
2
1
|
JUMLAH
|
21
|
Langgan:
Catatan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...