Merdeka bukan memandu Saga atau Wira atau Waja atau Perve atau Suprima S, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan menunggang Modenas, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan diam di rumah dan mengangguk-angguk setiap tutur kata politikus, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Perikatan/Barisan Nasional, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan mengibar jalur gemilang, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan sambutan ulang tahun dan pesta-pesta nyanyian, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan membantah setiap demonstrasi pembangkang, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan TV3 atau akhbar Utusan Malaysia, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Tunku, bukan Razak, bukan Mahathir, bukan Pak Lah dan Najib, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan mencintai Agong atau raja, ia lebih daripada itu. Merdeka bukan 'yes man, no man', ia lebih daripada itu. Merdeka bukan Melaka, bukan Baling atau Lahad Datu, ia lebih daripada itu. Di manapun engkau berada, merdeka adalah keselamatan dan kesejahteraan diri, agama, bangsa dan negara nan satu.
Sabtu, 31 Ogos 2013
Khamis, 29 Ogos 2013
Selasa, 27 Ogos 2013
TPPA
Saya menyokong penuh kenyataan Dr Mahathir dalam Malaysiakini 26 Ogos 2013 yang ditulis oleh Ram Ahmad sebagaimana dipaparkan di bawah ini. "Kerajaan patut berhenti "berahsia" berhubung Perjanjian Perkongsian
Trans-Pacific (TPPA) dan mendedahkan kandungan terperincinya kepada
awam, kata Dr Mahathir Mohamad.
"Kerajaan tidak patut berahsia kerana ia melibatkan rakyat Malaysia," kata bekas perdana menteri dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat meja bulat berkaitan TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini.
"Menyembunyikannya daripada pengetahuan awam bermaksud terhadap perkara dalam perjanjian itu yang (perunding) tidak mahu orang awam tahu," kata Mahathir, yang telah membaca keseluruhan 29 bahagian dalam perjanjian itu.
"Perjanjian ini akan meningkatkan import kita dan mengurangkan eksport. Ia tidak bagus untuk kita. Saya secara tidak langsung memberitahu kerajaan supaya tidak tandatangan perjanjian ini."
"Kerajaan tidak patut berahsia kerana ia melibatkan rakyat Malaysia," kata bekas perdana menteri dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat meja bulat berkaitan TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini.
"Menyembunyikannya daripada pengetahuan awam bermaksud terhadap perkara dalam perjanjian itu yang (perunding) tidak mahu orang awam tahu," kata Mahathir, yang telah membaca keseluruhan 29 bahagian dalam perjanjian itu.
"Perjanjian ini akan meningkatkan import kita dan mengurangkan eksport. Ia tidak bagus untuk kita. Saya secara tidak langsung memberitahu kerajaan supaya tidak tandatangan perjanjian ini."
Tiket
Saya tidak mendapat BR1M. Tidak layak mendapat BR1M. Gaji saya melebihi RM3,000. Namun, saya merupakan golongan pertengahan yang miskin. Hal ini kerana banyak saluran terpaksa saya belanjakan wang RM3,000 lebih itu. Antaranya ialah membeli tiket kapal terbang untuk pergi berkursus. Memang berkursus itu kerja rasmi dan ditanggung majikan. Namun, menurut pengarah, tabung kewangan kami sangat kritikal. Sudah masuk ICU. Terpaksalah kami beli tiket dengan duit sendiri. Tidak mengapa sebab boleh tuntut kembali. Cuma tidak dijamin tuntutan itu akan dapat bila. Berkemungkinan juga tidak akan dapat. Ya, bergembiralah mereka yang mendapat BR1M. Apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa nilai BR1M akan naik pada tahun hadapan, saya hanya mampu mendengar sahaja. Tidak mampu bergembira dan tidak menggembirakan. Kerana, dengan wang sebanyak itu, saya perlu membayar yuran pengajian dan penginapan anak di universiti, anak di asrama dan anak tidak di asrama. Malah, dengan wang sebanyak itu juga, saya perlu langsai cukai pendapatan secara beransur-ansur. Kata isteri, "Untung jadi orang miskin kerana sentiasa dapat bantuan; orang sederhana sentiasa gigit tangan." "His, awak ni!" kata saya.
Jumaat, 23 Ogos 2013
Minda
Kita ada pilihan sama ada berdiri menunggu kaunter berfungsi atau duduk dan membiarkan selipar/kasut yang beratur. |
Bukan senang mahu jadi senang dan bukan susah mahu jadi susah. Tidak mustahil juga bahawa bukan susah mahu jadi senang dan bukan senang mahu jadi susah. Umumnya beranggap semuanya itu bergantung pada nasib. Orang-orang Islam menganggapnya sebagai sudah ditakdirkan atau sudah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Dalam hal untungrugi nasib ini, saya percaya Allah tidak menetapkan secara objektif. Oleh sebab Allah telah beri fikiran kepada manusia, maka terserah kepada manusia mencorakkan untungrugi dirinya. Saya percaya bahawa Allah memberi alternatif terhadap untungrugi nasib manusia. Jika manusia itu memilih Jalan A, maka dia akan bertemu dengan sekian-sekian perkara. Jika manusia itu memilih Jalan B, maka dia akan menemui sekian-sekian perkara pula yang menjadi untungrugi nasib dirinya. Ini yang dikatakan keadilan sebab ada alternative bagi manusia mencorakkan untungrugi nasib dirinya. Semua ini bergantung pada akal fikiran atau minda. Minda itu pula banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keturunan, persekitaran, ideologi, pendidikan, jantina dan sebagai. Bak kata pepatah, minda kecil bincang pasal orang; minda sederhana bincang pasal peristiwa; dan minda besar bincang pasal idea. Minda manakah yang baik? Tentunya minda besar. Namun, minda kecil juga ada baiknya. Dari minda kecil boleh membentuk minda besar. Apabila kita merasa sedih akan nasib sebilangan rakyat Mesir yang mati dibunuh junta tentera diketuai al-Sisi atau kematian kanak-kanak Syria akibat serangan bom kimia, itu tergolong dalam minda kecil. Apabila kita membincangkan sebab-musabab peristiwa itu berlaku, sudah memasuki minda sederhana. Manakala, apabila kita membincangkan cara mengatasinya, maka perbincangan kita itu sudah memasuki minda besar. Kita mempunyai pilihan dan pilihan itu pula bakal menentukan untungrugi nasib diri kita. Saya percaya bahawa pilihan kita itu adalah juga berdasarkan ramalan untungrugi nasib diri kita.
Rabu, 21 Ogos 2013
Kadar Cukai Pendapatan
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kadar cukai pendapatan individu pemastautin adalah progresif, iaitu antara 0 % hingga 26 % dikenakan terhadap jumlah pendapatan bercukai tahunan. Kadar cukai pendapatan di bawah ini telah diluluskan dan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2010. Anda boleh mengira sendiri baki jumlah pendapatan bercukai setelah ditolak sekitar 20 item pelepasan yang tidak dikenakan cukai. Nilai wang 20 item pelepasan adalah sekitar RM65,300. Walau bagaimanapun, tidak semua 20 item pelepasan itu anda terlibat. Mungkin 10 item dengan nilai pelepasan sebanyak RM5,000 sahaja. Setiap pembelanjaan bagi 20 item itu mesti dibuktikan dengan resit. Jika tiada resit, pelepasan item berkenaan tidak diterima. Baki pendapatan tahunan (dari semua punca), jika melebihi RM2,500 akan dikenakan cukai pendapatan. Anda boleh mengira sendiri jumlah pendapatan tahunan dari semua punca. Setelah mengetahuinya, jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat yang membayar cukai. Terdapat satu pengiraan yang membebankan anda sebagai pembayar cukai dan menguntungkan pengutip cukai. Terdapat terdapat pendapatan tahunan yang tidak dilaporkan (misalnya pendapatan daripada royalty), jumlahnya bersama-sama caj dendaan (interes) akan dikenakan dalam tahun semasa. Katakan, pendapatan tidak dilaporkan pada tahun 2010 berjumlah RM2,000, 2011 (RM1,500), dan 2012 (RM2,500). Jumlah keseluruhannya RM6,000 (kiraan sebelum caj dendaan) akan digabungkan dengan jumlah pendapatan keseluruhan tahun 2013 (RM50,000 misalnya). Jumlah pendapatan RM56,000 itu ditolak dengan 20 item pelepasan. Bakinya, sekiranya melebihi RM2,500, akan dikenakan cukai. Kadar cukai 1 % hingga 26 % itu tidak termasuk dendaan lewat membayar.
PENDAPATAN BERCUKAI KADAR CUKAI RM1.00 – RM2,500 0 % RM2,501 – RM5,000 1 % RM5,001 – RM20,000 3 % RM20,001 – RM35,000 7 % RM35,001 – RM50,000 12 % RM50,001 – RM70,000 19 % RM70,001 – RM100,000 24 % RM100,001 dan seterusnya 26 %
Selasa, 20 Ogos 2013
R4BIA
Telah terhasil satu ciptaan baharu sebagai alat komunikasi bersimbol. Simbol ini dicipta sempena Peristiwa Berdarah di Dataran Rabia, Mesir. Simbol empat jari ditegakkan bersama-sama perkataan 'R4BIA.' Nombor '4' menggantikan huruf 'A' pertama. Menurut sumber, menegakkan empat jadi membawa maksud;
- Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan permesatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
- Simbol empat jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.
Pada sumber lain
pula menjelaskan makna yang lain, iaitu;
Simbol empat jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan pada hari Sabtu 17 Ogos 2013 sebagai tanda mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu (2 - 3 Ogos 2013) di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
- Satu jari ditegakkan bermakna "Allah Matlamat Kami."
- Dua jari ditegakkan bermakna "Rasul Pemimpin Kami."
- Tiga jari ditegakkan bermakna "al-Quran Perlembagaan Kami," dan
- Empat jari ditegakkan bermakna "Mati Dijalan Allah Cita-Cita Mulia Kami."
Simbol empat jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan pada hari Sabtu 17 Ogos 2013 sebagai tanda mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu (2 - 3 Ogos 2013) di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
Tujuan avatar simbol R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai satu bentuk solidariti dan kepedulian terhadap kekejaman yang berlaku di Mesir. Selain itu, bagi menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.Ssebagai penghuni satu dunia, simbol ini boleh digunakan pakai oleh seluruh masyarakat di dunia, sama ada sebagai lambang bantahan sesuatu negara terhadap negara lain mahupun (secara khusus) dalam negara sendiri.
Isnin, 19 Ogos 2013
Sistem Panggilan
· Nama :Mohd Ali bin Mohd
· jawatan : Menteri Besar
· Pendidikan : Doktor
Falsafah
· Gelaran : Datuk
|
Pada 18 Julai 2013 saya memberi soalan latihan kepada pelajar PISMP (Tesl) ambilan Januari 2013 yang mengambil Kertas WAJ3116 Bahasa Melayu Komunikatif 2. Menjadi kebiasaan saya memberi latihan pada setiap minggu atau pada setiap dua minggu setelah kuliah. Salah satu soalan latihan diberikan pada tarikh berkenaan ialah mencatat sistem panggilan yang betul berdasarkan maklumat yang diberikan di atas. Hasilnya adalah sebagaimana di bawah.
Bil
|
Nama
Sapaan/Panggilan
|
Kekerapan
|
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11 |
YAB
Menteri Besar Datuk Mohd Ali bin Mohd
YB
Datuk Dr. Mohd Ali bin Mohd
YAB
Datuk Dr. Mohd Ali bin Mohd
YAB
Menteri Besar Datuk Doktor Mohd Ali bin Mohd
Doktor
Datuk Mohd Ali bin Mohd
Yang
Berbahagia Dr. Mohd Ali bin Mohd
Yang
Berbahagia Menteri Besar Datuk Doktor Mohd
Ali bin Mohd
Yang
Amat Berbahagia Datuk Dr. Mohd Ali bin Mohd
Menteri
Besar Datuk Doktor Falsafah Mohd Ali bin
Mohd
Yang
Berhormat Datuk Seri Dr. Mohd Ali bin Mohd
Datuk
Doktor Mohd Ali bin Mohd
|
2
2
5
2
1
2
1
1
2
2
1
|
JUMLAH
|
21
|
Selasa, 13 Ogos 2013
Tembak Bunuh
Beberapa tahun lepas pembangkang menuduh bahawa rakyat Malaysia tidak selamat. Sebelum itu, dalam tahun 1990-an, Amerika mengata Malaysia menjadi trasit pengganas. Kedua-dua tuduhan itu disangkal oleh menteri dan pihak keselamatan.
Namun kini, sangat ternyata bahawa kegiatan tembak bunuh berlaku saban hari di Malaysia. Pun kegiatan mencuri, menyamun, meragut, pecah rumah, rogol, gaduh dan segala kejahatan kian menjadi-jadi di sekeliling kita. Maka, saban harilah rakyat Malaysia tidak selamat.
Tuduhan pembangkang dan Amerika itu ternyata ada benarnya.
Gusar dengan ketidakselamatnya itu, ada pihak menyalahkan Perdana Menteri, DS Mohd Najib, kerana memansuhkan Akta ISA. Mereka berseru agar akta itu dihidupkan kembali.
Saya, secara peribadi, tidak bersetuju dengan pandangan bekas Ketua Polis Negara untuk hidupkan kembali Akta ISA. Pada saya, tidak ada kena mengena antara tembak bunuh dengan Akta ISA.
Tembak bunuh ialah kegiatan jenayah. Malaysia sudah ada undang-undang jenayah. Maka gunalah undang-undang itu. Tidak perlu banyak undang-undang. Lebih baik menguatkuasakan atau mengemaskan undang-undang sedia ada.
Pada saya juga, fenomena tembak bunuh itu dilakukan oleh penjenayah terhadap penjenayah atau terhadap orang yang ingin membongkar kegiatan jenayah seseorang. Sejahat manapun manusia tidak akan menembak manusia sebarangan. Tentu orang yang ditembak itu ada sesuatu yang tidak kena sehingga hukuman tembak bunuh dikenakan terhadapnya.
Justeru, lebih baik polis menyiasat akan sebab tembak bunuh itu daripada berusaha menghidupkan Akta ISA. Berusaha dengan seikhlas hati dan semulia niat. Siasat dari manakah senjata api diperoleh? Siapakah pembekalnya? Siapakah pemilik senjata api berlesen? Di manakah pusat belajar menembak dan siapakah ahlinya?
Sebagai rakyat, saya rasa kecewa dengan kegiatan dadah. Walaupun hukum bunuh diperuntukkan dan dilaksana, namun kegiatan dadah dan kedadahan masih berleluasa. Ternyata Akta ISA pun tidak mampu mengatasinya. Maka, saya berpandangan, ada sesuatu yang tidak kena dalam pelaksanaannya. Ia bukan kerana undang-undang, tetapi kerana pelaksanaan. Sudah berpuluh tahun hukuman bunuh terhadap pengedar dadah dilaksanakan, namun kedadahan tidak juga ada titik penamatnya.
Dan, apakah femomena tembak bunuh ini juga tidak menemui titik penamatnya?
Rabu, 7 Ogos 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...