Jumaat, 14 Mac 2014

Bomoh Plagiat


Inilah dikatakan tujuan tidak menghalalkan cara. Seorang VVIP telah memanggil sekumpulan bomoh untuk melaksanakan aktiviti perbomohan mereka di KLIA bagi mencari MH370 yang hilang. Namun, aktiviti mereka dilihat bertentangan dengan agama Islam dan aneh. Oleh sebab itu, usaha mereka telah dikecam oleh masyarakat dan dianggap memalukan negara. Berdasarkan gambar aktiviti perbomohan mereka dengan filem Bujang Lapuk, didapati ada persamaan. Mungkinkah mereka plagiat atau kebetulan begitu caranya. Apapaun kecaman yang diterima, pembomohan yang sedemikian adalah cara (sumbangan) mereka dalam usaha mencari MH370 yang hilang.

Selasa, 11 Mac 2014

Ayam RM1

Malaysiakini bertarikh 10 Mac 2014 melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membeli seekor ayam berharga RM1 di NSK Trade City, Kuala Lumpur. Sekaligus membuktikan bahawa harga ayam tidak naik sebagaimana diwar-warkan. Justeru, beliau menasihatkan agar pengguna membuat pilihan bijak (tidak membeli ayam berharga mahal).

“Jangan mengadu harga barang naik kerana kamu mempunyai pilihan,” katanya. "Saya sudah beli satu, ada 999 ekor lagi," katanya lagi sambil tersenyum.

Ahad, 9 Mac 2014

Wanita Cekal


Sempena Hari Wanita ini, saya menyarankan, kalau ada mana-mana pihak yang perihatin mahu mewujudkan Anugerah Wanita Cekal, inilah dia orangnya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berjaya (cekal) dalam pelajaran, berjaya dalam politik dan cekal menguruskan hidup dan kehidupannya yang dibeliti pelbagai masalah nasional, tomahan dan hinaan. Sukar menemui wanita seperti beliau. Beliau boleh dijadikan icon negara bagi wanita cekal. Tulislah biografi tentang kecekalan beliau. Ciptalah poster menggambarkan kecekalan beliau. Lukislah sebanyak potret mengabadikan kecekalan beliau, semoga ia boleh dijadikan teladan kepada generasi mendatang.

Rabu, 5 Mac 2014

Dera

Secara ibarat, sejak pindah IPGKBM, saya diberikan sebuah kereta. Cantik dan bergaya mewah. Tersilau mata mengimpikannya. Saya diminta memandu bersiar-siar ke mana sahaja yang dimimpikan. Carilah tempat yang mahu dituju, tempat cantik, indah dan mendamaikan. Kereta itu menjadi milik saya, menjadi tanggungjawab saya menjaganya. Malangnya, saya tidak diberikan kunci. Apabila minta, saya disuruh guna mana-mana kunci yang ada. Atau, cari sendiri kuncinya. Demikianlah ibarat, apabila diberikan tanggungjawab menulis teks ucapan pengarah bagi majlis MOU IPGKBM dengan BTN. Tidak diberikan sebarang maklumat. Siapa penganjurnya pun tidak diberitahu. Apabila diminta, disuruhnya saya cari di internet. Apabalia minta kertas kerja projek, jawabnya tidak ada. Macam projek atas angin saja. Beginilah kebanyakan sikap pensyarah di IPG. Mereka tahu merancang aktiviti, tetapi orang lain melaksanakannya. Tidak salah mohon pertolongan, namun biarlah berhemah. Berilah maklumat yang berkaitan. Kalau silap nanti, kita juga yang malu. Yang pasti, sikap begini bukan berfikir di luar kotak.

AKAL BUDI MELAYU

  Akal Budi Melayu OLEH ATIQAH ABD RAHIM   Sesi Wacana Ilmu 2020 Siri Kedua telah bersiaran langsung menerusi laman Facebook rasmi Dew...