Rabu, 20 November 2013

Usia Kereta

Satu fenomena yang melanda masyarakat Malaysia, malah masyarakat dunia, khususnya kaum wanita, ialah ingin sentiasa kelihatan muda dan cantik. Justeru, pakar-pakar kecantikan telah menyahut impian itu dengan memperkenalkan pelbagai produk kecantikan, kelangsingan dan kemudaan. Industri kosmetik menduduki tempat kedua dalam minat masyarakat selepas industri teknologi komunikasi.

Barangkali seiring dengan impian tersebut, Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui proksinya, MIROS, telah mewarwarkan bahawa salah satu faktor kemalangan ialah kerana kereta tua masih beraksi di atas jalan raya. Sehubungan dengan itu, kementerian pengangkutan telah mewarwarkan usia kenderaan di atas jalan raya agar turut juga kelihat muda dan jelita, iaitu tidak melebihi 12 tahun.

Sabtu, 9 November 2013

Musuh Diri

Musuh orang kaya ialah orang miskin. Musuh orang miskin ialah dirinya sendiri.

Selasa, 5 November 2013

Bunga Beracun

Bunga menjadi lambang kecantikan. Halaman rumah yang ditanami dengan bunga akan kelihatan cantik dan menarik. Bunga juga dilambangkan kepada gadis atau wanita. Rumah yang mempunyai anak gadis atau wanita belum bersuami atau janda akan kelihat kemas dan menarik. Namun begitu, tidak semua halaman atau rumah yang mempunyai bunga akan kelihatan cantik, kemas dan menarik. Kenyataan ini adalah berdasarkan imej bunga dalam jabatanku. Kami ada dua kuntum bunga. Satu bunga Dartu, dan satu lagi bunga Gentu. Namun, kedua-duanya membawa imej yang sama.

Jumaat, 1 November 2013

Memo 2

Menanggung kesalahan orang lain. Itulah tanggapan saya apabila menerima memo ini. Sejak bantah usaha mengambil wang peruntukan khas untuk MBM/MBI bagi Projek Makroton 2013, saya telah mendapat dua Memo berunsur 'ugutan.'. Pertama, memo yang meminta saya habiskan wang MBM/MBI yang sebelumnya sering berbaki. Memo di atas baharu diterima. Kesalahannya ialah lewat menghantar borang tuntutan bulanan. Itu bukan kesalahan saya dan saya tidak menghantar lewat borang tuntutan. Yang lewat menghantarnya ialah Encik Mazania Kasimin. Beliau merupakan ahli jabatan. Mungkin, kerana beliau merupakan ahli jabatan, maka saya perlu juga bertanggungjawab. Kalau demikian, mengapakah dicatatkan nama saya secara peribadi. Bukankah yang sepatut dicatatkan ialah nama jawatan - Ketua Jabatan Pengajian Melayu (KJPM). Mencatatkan nama adalah bermaksud si penama berkenaan yang melakukan kesilapan. Jika dicatatkan nama jawatan akan bermaksud penjawatnya perlu memantau atau beri peringatan atau perhatian terhadap ahli jabatannya. Dengan mencatat nama saya secara peribadi, maka benarlah bahawa pencatatnya mempunyai elemen 'kedendaman' yang kuat, sebagaimana diwarwarkan oleh kakitangan di sini. Saya pasti, puncanya apabila saya menghalang penggunaan wang MBM/MBI untuk Projek Makroton. Sedangkan, penggunaan wang peruntukan khas itu telah dinasihatkan oleh Puan Siti Nafsiah hanya untuk kegunaan atau aktiviti pensyarah sahaja, bukannya untuk pelajar dan lebih-lebih lagi, pihak luar daripada pendidikan. Projek Makroton melibatkan makan minum pelajar dan orang luar (saksi), dan sangat tidak jelas penglibatan pensyarah memerlukan wang. Atau, melalui projek itu, dapat menambahkan ilmu dan kepakaran pensyarah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Atau, melalui projek itu, dapat memartabatkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sangat tidak jelas kepentingan MBM/MBI dan pensyarah MBM/MBI.