Jumaat, 25 Mei 2018
Jumaat, 18 Mei 2018
Rabu, 16 Mei 2018
Malaysia Baharu
Perang bendera di Kampung Tok Kah, Dungun |
Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke-14 (PRU-14), telah berjaya meruntuhkan dinasti UMNO/BN pimpinan DS Mohd Najib Tun Abdul Razak/Dr Mohd Zahid Hamidi dan diganti dengan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamed. Maka bermulalah Malaysia Baharu dalam pemerintahan di Malaysia. Saya katakan Malaysia Baharu kerana bukan sahaja parti dan perdana menteri memerintah berubah, malahan menteri besar dan ketua menteri di bawah Pakatan Harapan dan Barisan Nasional juga turut berubah.
Istilah Malaysia Baharu pertama kali digunakan dan saya pos dalam Facebook Nassury Ibrahim pada 11 Mei 2018 pada jam 3.52 pagi.
Penganalisis politik menganggapnya berlaku gelombang kebangkitan rakyat yang luar biasa dalam PRU-14. Gelombang ini berlaku disebabkan kemarahan rakyat terhadap pemimpin Dinasti UMNO/BN yang tidak menghiraukan keluhan rakyat. Mereka juga bersikap tamak dan sombong, serta selalu mengeji dan menghina lawan.
Istilah Malaysia Baharu pertama kali digunakan dan saya pos dalam Facebook Nassury Ibrahim pada 11 Mei 2018 pada jam 3.52 pagi.
Penganalisis politik menganggapnya berlaku gelombang kebangkitan rakyat yang luar biasa dalam PRU-14. Gelombang ini berlaku disebabkan kemarahan rakyat terhadap pemimpin Dinasti UMNO/BN yang tidak menghiraukan keluhan rakyat. Mereka juga bersikap tamak dan sombong, serta selalu mengeji dan menghina lawan.
Pada fikiran saya, PRU-14 merupakan 'bapa peristiwa sejarah.' Hal ini kerana beberapa peristiwa sejarah Malaysia berlaku kesan daripada PRU-14. Antaranya;
- Datuk Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir kembali menjadi Menteri Besar Kedah setelah dua tahun digulingkan,
- Tun Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail merupakan wanita Malaysia pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri,
- Semua menteri besar dan ketua menteri di semua negeri diganti dengan menteri besar/ketua menteri bahaeu,
- Penguasaan Dinasti UMNO/BN sebagai pemimpin Malaysia bertukar tangan,
- Pengerusi/presiden parti utama dalam BN kalah dalam pilihan raya,
- Pertama kali bekas perdana menteri dikuaratin di rumahnya daripada keluar negara,
- DS Anwar Ibrahim dibebaskan lebih awal (16 Mei) daripada hukuman penjaranya.
- Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 mula bersikap sopan dan tidak mencerca lawan politik pemerintah,
- Individu penting dalam agensi penguatkuasa seperti SPRM, SKMM disiasat,
- Cuti dua hari selepas pilihan raya,
Langgan:
Catatan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Perhatikan ayat di bawah. Rubrik ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Buku panduan ini adala...
-
Berdasarkan surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM.700-2/2/46 ( )) terdapat 64,140 orang guru Bahasa M...
-
Ini ialah Permit Mengajar aku yang pertama dan yang terakhir. Sebelum memohonnya, aku pernah berfikir: Bukankah aku dilatih dan ditugaskan...