Rabu, 14 Disember 2016

Keracunan Pembelajaran

Sistem pendidikan kita, baik peringkat rendah mahupun peringkat IPT terdedah kepada keracunan pembelajaran. Hal ini disebabkan perubahan yang kerap berlaku pada gaya pentadbiran, pengurusan penilaian dan peperiksaan, dan muatan dalam sukatan. Pelajar dan mahasiswa diberikan kuasa menilai pengajar dengan item penilaian yang mereka sendiri tidak memahami, atau tiada kaitan dengan pengajarnya. Perubahan adalah penting, namun perubahan yang kerap perlu dielakkan. Misalnya, perubahan daripada jenama proforma kepada Table 3 dan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) di IPG. Tahun 2014 lebih empat kali kandungan Table 3 berubah. Manakala, perubahan RMK dalam tahun 2016 sebanyak tiga kali (Januari, April dan November). Antara sebab kerap berlaku perubahan ialah permasalahan tidak dihadam dengan baik sebelum dilaksanakan, dan juruubah yang tidak pakar dalam bidang yang ditanganinya.