Cabaran paling besar umat Islam di Malaysia ialah barangan halal. Walaupun Dr Mahathir Mohamed telah mengisytiharkan bahawa Malaysia sebuah negara Islam, namun barangan yang dijual belum terjamin halal. Dalam kes coklat Cadbury misalnya, menteri bukan Islam mengisytiharkan ada kandungan babi, tetapi menteri beragama Islam mengisytiharkan sebaliknya. Dalam kes terbaharu, behoon cap masjid diisytiharkan menggunakan lambang halal secara haram dan kilangnya kotor. Sebelum ini ada kes sembelih ayam yang diragui. Laporan Malaysiakini (13 Jun 2014) pula mendapati seramai 6,275 wanita dari pelbagai negara yang ditahan sejak Januari hingga April 2014 dipercayai terbabit
dalam kegiatan pelacuran di negara ini. Ada kalanya tindakan tegas majlis agama Islam negeri-negeri terhadap orang Islam yang minum arak misalnya, mendapat bantahan daripada pemimpin kerajaan negara Islam Malaysia sendiri. Apabila diisytiharkan bahawa Malaysia merupakan negara Islam, sepatutnya institusi Islamnya mempunyai kuasa besar bagi memartabatkan Islam. Lebih-lebih lagi, agama Islam berada di bawah kuasa Agong/Sultan - satu kuasa tertinggi di Malaysia. Malangnya, nasib agama Islam 'dipermain-mainkan' oleh orang bukan Islam, dan kuasa institusinya sangat terhad. Jumaat, 13 Jun 2014
Halal@Haram
Cabaran paling besar umat Islam di Malaysia ialah barangan halal. Walaupun Dr Mahathir Mohamed telah mengisytiharkan bahawa Malaysia sebuah negara Islam, namun barangan yang dijual belum terjamin halal. Dalam kes coklat Cadbury misalnya, menteri bukan Islam mengisytiharkan ada kandungan babi, tetapi menteri beragama Islam mengisytiharkan sebaliknya. Dalam kes terbaharu, behoon cap masjid diisytiharkan menggunakan lambang halal secara haram dan kilangnya kotor. Sebelum ini ada kes sembelih ayam yang diragui. Laporan Malaysiakini (13 Jun 2014) pula mendapati seramai 6,275 wanita dari pelbagai negara yang ditahan sejak Januari hingga April 2014 dipercayai terbabit
dalam kegiatan pelacuran di negara ini. Ada kalanya tindakan tegas majlis agama Islam negeri-negeri terhadap orang Islam yang minum arak misalnya, mendapat bantahan daripada pemimpin kerajaan negara Islam Malaysia sendiri. Apabila diisytiharkan bahawa Malaysia merupakan negara Islam, sepatutnya institusi Islamnya mempunyai kuasa besar bagi memartabatkan Islam. Lebih-lebih lagi, agama Islam berada di bawah kuasa Agong/Sultan - satu kuasa tertinggi di Malaysia. Malangnya, nasib agama Islam 'dipermain-mainkan' oleh orang bukan Islam, dan kuasa institusinya sangat terhad. Konvokesyen Ke-4 IPGM
Selamat berkonvokesyen kepada semua pelajar IPGM dari seluruh Malaysia sepanjang 8 - 14 Jun 2014. Harapan saya, semoga kita sama-sama menjadi guru sebenarnya guru, bukannya guru yang mahukan gaji semata-mata. Cabaran pendidikan besar. Oleh itu, persiapkan diri dengan ilmu, terutamanya ilmu berkenaan subjek yang diajar dan menjadi major/minor ijazah kita.
Khamis, 17 April 2014
Selamat Melangkahi Mayat Karpal Singh
"Nah, hari ini orang yang dianggap menjadi penghalang hukum hudud nombor
satu itu sudah tidak ada lagi dan apakah hukum hudud akan dapat
dilaksanakan semudah dianggap sekiranya tanpa penentangannya?" Kata MSO dalam blognya, Merah Tinta bertajuk Karpal Sing, Walau Sudah Tiada, Suaranya Masih Bergema. Beliau merujuk kepada Karpal Singh yang baharu sahaja meninggal dunia pada 17 April 2014 pukul 12.45 pagi kerana kemalangan jalan raya.
Dalam Buletin Utama TV3 pukul 8.30 malam, 16 April 2014, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar Abdullah menegaskan bahawa PAS akan tetap membentang rang undang-undang hukum hudud di Parlimen, walaupun ditentang oleh DAP dan PKR.
Nampaknya Allah telah membuka ruang kepada PAS untuk melaksanakan hajat dan tanggungjawabnya. Selamat 'melangkahi mayat Karpal Singh.' Saya berharap cita-cita PAS itu berjalan lancar kerana kalangan ahli UMNO sendiripun menyokongnya. Semoga Allah akan terus memberkati negara kita yang kini sarat dengan masalah.
Jumaat, 14 Mac 2014
Bomoh Plagiat
Inilah dikatakan tujuan tidak menghalalkan cara. Seorang VVIP telah memanggil sekumpulan bomoh untuk melaksanakan aktiviti perbomohan mereka di KLIA bagi mencari MH370 yang hilang. Namun, aktiviti mereka dilihat bertentangan dengan agama Islam dan aneh. Oleh sebab itu, usaha mereka telah dikecam oleh masyarakat dan dianggap memalukan negara. Berdasarkan gambar aktiviti perbomohan mereka dengan filem Bujang Lapuk, didapati ada persamaan. Mungkinkah mereka plagiat atau kebetulan begitu caranya. Apapaun kecaman yang diterima, pembomohan yang sedemikian adalah cara (sumbangan) mereka dalam usaha mencari MH370 yang hilang.Selasa, 11 Mac 2014
Ayam RM1
Malaysiakini bertarikh 10 Mac 2014 melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membeli seekor ayam berharga RM1 di NSK Trade City, Kuala Lumpur. Sekaligus membuktikan bahawa harga ayam tidak naik sebagaimana diwar-warkan. Justeru, beliau menasihatkan agar pengguna membuat pilihan bijak (tidak membeli ayam berharga mahal).“Jangan mengadu harga barang naik kerana kamu mempunyai pilihan,” katanya. "Saya sudah beli satu, ada 999 ekor lagi," katanya lagi sambil tersenyum.
Ahad, 9 Mac 2014
Wanita Cekal
Sempena Hari Wanita ini, saya menyarankan, kalau ada mana-mana pihak yang perihatin mahu mewujudkan Anugerah Wanita Cekal, inilah dia orangnya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berjaya (cekal) dalam pelajaran, berjaya dalam politik dan cekal menguruskan hidup dan kehidupannya yang dibeliti pelbagai masalah nasional, tomahan dan hinaan. Sukar menemui wanita seperti beliau. Beliau boleh dijadikan icon negara bagi wanita cekal. Tulislah biografi tentang kecekalan beliau. Ciptalah poster menggambarkan kecekalan beliau. Lukislah sebanyak potret mengabadikan kecekalan beliau, semoga ia boleh dijadikan teladan kepada generasi mendatang.Rabu, 5 Mac 2014
Dera
Secara ibarat, sejak pindah IPGKBM, saya diberikan sebuah kereta. Cantik dan bergaya mewah. Tersilau mata mengimpikannya. Saya diminta memandu bersiar-siar ke mana sahaja yang dimimpikan. Carilah tempat yang mahu dituju, tempat cantik, indah dan mendamaikan. Kereta itu menjadi milik saya, menjadi tanggungjawab saya menjaganya. Malangnya, saya tidak diberikan kunci. Apabila minta, saya disuruh guna mana-mana kunci yang ada. Atau, cari sendiri kuncinya. Demikianlah ibarat, apabila diberikan tanggungjawab menulis teks ucapan pengarah bagi majlis MOU IPGKBM dengan BTN. Tidak diberikan sebarang maklumat. Siapa penganjurnya pun tidak diberitahu. Apabila diminta, disuruhnya saya cari di internet. Apabalia minta kertas kerja projek, jawabnya tidak ada. Macam projek atas angin saja. Beginilah kebanyakan sikap pensyarah di IPG. Mereka tahu merancang aktiviti, tetapi orang lain melaksanakannya. Tidak salah mohon pertolongan, namun biarlah berhemah. Berilah maklumat yang berkaitan. Kalau silap nanti, kita juga yang malu. Yang pasti, sikap begini bukan berfikir di luar kotak.
Langgan:
Catatan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
-
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Aku belajar di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) mulai Julai 1987 hingga November 1989 dalam jurusan Pengajian Sekolah Menengah subje...

