Jumaat, 10 November 2017

Melawat Surabaya

Aku bertolak dari KLIA2 ke Surabaya pada 18 Oktober. Kapal terbang mendarat LTA Juanda, Sodoarjo. Rupa-rupanya di Surabaya tiada LT bertaraf antarabangsa. Kami disambut oleh Ibu Habsah dan Ibu Tina, dan terus Probolinggo. Kami akan mendaki puncak Gunung Bromo Sukapura pada pagi 19 Okt. Bunyi kawah Gunung Bromo mengumam ganas seperti mengunyah sesuatu dengan lahapnya. Amat menakutkan. Kemudian, kami melawat ladang apel di Batu, Malang, dan berdiskusi budaya dan pendidikan dengan Universitas Brawijaya, dan bermalam di sana. Apel hijau, rasanya kemasaman. Oleh sebab perjalanan pergi dan baliknya jauh, tidak banyak tempat di Surabaya dapat aku lawati.

Selasa, 7 November 2017

Nikmat Kata


Kerana kuasa, kata-katamu menjadi azimat pemburu harta. Dipuji dan dipuja hingga tujuh petala usia. 

Si Papa dan Si Kedana lena bermimpi dek puji dan pujamu itu. 

Dan engkau "erkkkk," berkali-kali kerana kekenyangan menikmati lakonanmu itu.

Isnin, 23 Oktober 2017

Tahu dan Rasa


Tahu tidak pernah mendidik kita jadi berguna. Dan, besar. Diingati dunia dan dirahmati-Nya. Kecuali rasa. Rasa yang merasai tahunya.

Khamis, 12 Oktober 2017

Bangsa



Agama boleh bertukar, namun bangsa tidak. Sejauh manapun engkau berjalan, setinggi manapun engkau belajar, sekaya manapun engkau berharta, sebesar manapun engkau berjawatan, sedalam manapun engkau berilmu: Bangsamu yang kini tetap bangsamu yang dulu. Dan, bahasamu juga! Oh, Tuhan, alangkah hinanya bangsa yang Engkau berikan bahasa, dia pertingkaikan keupayaan bahasanya.

Selasa, 3 Oktober 2017

Aku Perlu Jadi Kuini

Aku perlu jadi kuini bukan manggis. Memikat dengan kulit. Memanggil dengan bau. Cantik, licin dan mengiurkan. Dicintai rupa. Aku perlu jadi kuini yang memikat yang mengiurkan, betapa ada hantu bertakhta di istanaku!

Kenangan bersama-sama dengan Pyan

 Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...