Khamis, 14 Februari 2019
Selasa, 12 Februari 2019
Jualan Buku Terpakai Di Pusanika, UKM
Ini kali kedua ada jualan buku terpakai di Pusanika, UKM. Oleh sebab dibuat semasa cuti, maka dapatlah aku menyertainya. Dari segi jualan adalah tidak memberangsangkan. Pelajar universiti sudah kurang membeli buku. Mungkin disebabkan sumber kewangan. Tetapi, aku yakin punca utamanya ialah kerana kemajuan internet. Pelajar boleh memcari sebarang maklumat dalam internet. Justeru, industri buku kian mengecil. Sebelum ini, aku pernah membuat jualan buku dalam program deklamasi sajak di UPSI. Tiada seorangpun pelajar datang melihatnya, apalagi membeli. Aku menjual buku-buku sajak, sesuai dengan program mereka, namun ....
Khamis, 17 Januari 2019
Kota Bharu
Bandar Kota Bharu (KB) ialah ibu negeri Kelantan. Mula dibuka pada 1844, iaitu semasa pemerintahan Sultan Muhammad II dan terletak di tebing Sungai Kelantan.
Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh pergi ke Kota Bharu melalui (a) Lebuh Raya Karak ke Lebuh Raya Pantai Timur, (b) Lebuh Raya Karak - Bentong - Gua Musang, (c) Lebuh Raya Utara Selatan - Simpang Pulai, Ipoh - Tanah Tinggi Cameron - Gua Musang, (d) Lebuh Raya Utara Selatan - Kuala Kangsar - Gerik - Tanah Merah, (e) Lebuh Raya Utara Selatan - Butterworth - Gerik - Tanah Merah, (f) Lapangan Terbang KLIA - Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra, (g) Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz - Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra. Keluasannya ialah 152.1 batu persegi (394 km²).
Kepadatan penduduk pada tahun 2010 berjumlah 491,237 dengan kepadatannya 3,229.7 /batu persegi (1,247/km²). Bandar Kota Bharu diisytiharkan sebagai bandar raya Islam pada hari Sabtu 1 Oktober 2005 oleh DYMM Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra di Stadium Sultan Mohammed Ke IV.
Jumaat, 4 Januari 2019
Taiping
Taiping dimajukan oleh Inggeris kerana di sini terdapat banyak bijih timah. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh dan merupakan bandar warisan yang berada dalam daerah Larut, Matang dan Selama. Taiping pernah menjadi ibu negeri Perak sebelum tahun 1937.
Nama Taiping daripada bahasa Cina yang bermaksud "aman" atau 'Damai". Nama Klian bermaksud lombong, manakala Pauh merujuk sejenis buah mangga bersaiz kecil. Keluasan Taiping ialah
186.46 km2 (71.99 batu persegi). Pada tahun 2010, jumlah penduduknya seramai 212.562.
Asal ekonomi Taiping ialah bijih timah yang diusahakan oleh Cina Ghee Hin dan Hai San. Di sini terdapat Kem Tentera, Zoo Taiping, Penjara Taiping, Hospital Taiping, Muzium, sekolah sejak zaman Inggeris dan sebagainya. Kereta api baharu
Malaysia (ETS) juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam pantas dari Taiping ke
Ipoh dan ke Kuala Lumpur
Khamis, 27 Disember 2018
Gerik
Pertempatan Gerik dibuka oleh Tun Saban, anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun
ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban
berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau
menjadi ketua masyarakat di Belum. Nama Gerik diberikan oleh Raja Reman yang pernah menguasai Gerik menjelang abad ke-19 dan pernah berada di bawah kekuasaan Siam. Pada 16 Julai 1902, Siam telah menyerahkan Gerik kepada Inggeris.
Kini Gerik berstatus Mukim dan berada di bawah Daerah Hulu Perak. Keluasan Gerik 1993 batu persegi. Bandarnya bernama Bandar Gerik. Telah telah berkembang maju dan mempunyai balai polis, balai bomba dan penyelamat, pasar basah, pasar raya, beberapa buah hotel dan jalan bertar.
Langgan:
Catatan (Atom)
Kenangan bersama-sama dengan Pyan
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Berdasarkan cerita lisan, asal nama Kampung Inderasabah ialah daripada perkataan Indonesia dan Sabah. Hal ini kerana masyarakat di sini ...
-
Aku kenal Pyan sekitar tahun 1987. Aku selalu bertandang di Rumah Anak Alam, Jalan Merbuk, Kuala Lumpur. Di sini aku berkenalan juga dengan...
-
Aku belajar di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) mulai Julai 1987 hingga November 1989 dalam jurusan Pengajian Sekolah Menengah subje...